Thursday 24 November 2011

SEBAB MENGAPA DOA KITA TIDAK DIMAKBULKAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Setiap hari kita menadah tangan berdoa memohon bermacam perkara dari Allah ta'ala. Siang malam pagi petang kita berdoa. Malah ada masa-masa kita berdoa hingga mengeluarkan air mata. Namun, mengapa doa kita masih tidak diperkenankan? Mengapa Allah tak makbulkan doa kita? Apa silapnya?

Sedangkan Allah Ta'ala telah pun berjanji melalui firmanNya di dalam Quran;

“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al-Mu’minun : 60)

Allah telah berjanji, tapi hairan,mengapa doa-doa kita langsung tidak memberikan sebarang kesan. Apa kita minta dan doa hari-hari, tak pernah kita dapat. Di mana silapnya? “Mengapa doaku tak di kabul?”

Pertanyaan ini sebenarnya pernah dilontarkan kepada seorang ahli sufi dan wali terkenal, Ibrahim bin Adham. Apabila ditanya “Mengapa doa tidak dikabulkan?”.

Lantas Ibrahim Adham pun menjawab, “Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah mati.”

Lalu ditanyakan lagi, “Apa yang boleh mematikan hati?”.

Beliau menjawab, “Ada lapan perkara, diantaranya:


    * Kamu mengetahui hak Allah, tapi kamu tetap tidak menunaikan hakNya itu. (Malah ada ramai pun yang tak tahu apakah itu hak-hak Allah yang perlu kita tunaikan, tahukah anda?)

    * Kamu membaca Al-Qur’an tetapi kamu tidak mengamalkan hukum-Nya. (Yang baca Quran memang OK, tapi bacakah anda? Baca Quran pun jarang sekali, tapi mengharapkan doa dimakbulkan…)

    * Kamu mengatakan cinta Rasulullah tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya. (Kita ni jangan kata cinta, sesetengahnya malah memperlekeh sunnah-sunnah Nabi SAW. Kata sunnah dah ketinggalan zaman dan sebagainya.)

    * Kamu mengatakan takut mati tetapi masih tidak mempersiapkan diri untuk menghadapi mati. (Bersediakah anda untuk mati? Apa bekalan yang kita dah persiapkan?)

    * Kamu mengakui bahawa syaitan itu musuh, tetapi kamu ikut perangai syaitan. (Cuba periksa diri, apakah perangai syaitan yang ada dalam diri kita?)

    * Kamu selalu berdoa supaya terhindar dari api neraka, tapi kamu sendiri yang melemparkan dirimu ke dalamnya. (Doa minta jauh azab neraka kononnya, tapi dosa dan maksiat kita buat dengan selamba jer. Boleh makbul ker doa kita?)

    * Kamu ingin memasuki Syurga, tapi kamu masih tidak melakukan amal soleh. (Kita hari-hari minta doa untuk masuk syurga, tapi buat amal ibadat malas. Solat kita cuaikan, solat sunat jarang sekali, quran kita tak baca, zikir memang tak buat, sedekah amal jariah kita kedekut taik hidung masin. Tapi kata nak syurga. Macammana tu?)

    * Kamu sibuk memikirkan kesalahan dan keburukan orang lain, sedangkan keburukan dan kesalahan diri sendiri tidak pernah kamu hiraukan. (Asyik-asyik kata orang ni salah, orang ni tak betul. Kutuk sana kutuk sini. Tapi rupa-rupanya 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih')

    * Kamu mendapat pelbagai kenikmatan yang diberikan Allah swt, tetapi kamu tidak pernah bersyukur dengan mematuhi segala perintah Allah. (Tubuh badan sihat sokmo, perut kenyang sentiasa, tapi 'Alhamdulillah' pun tak boleh nak ucap.)

    * Kamu menguburkan jenazah orang lain, tapi tidak menginsafi diri kamu sendiri bahawa kelak kamu juga akan dikuburkan. (Tengok berita atau baca cerita pasal orang mati hari-hari, tapi tak pernah rasa insaf melihat kematian. Kita duk rasa nyawa kita panjang lagi. Kita rasa kita boleh hidup lama lagi. Lantas kita menjadi begitu culas dalam membuat bekalan hari kemudian.)

“Jika begitu, bagaimana mungkin Allah dapat mengkabulkan doa kamu?”

Itulah diantara sebab-sebab mengapa DOA kita tak dikabulkan oleh Allah swt. Padahal kita sangat mengharapkan doa kita dikabulkan oleh Allah swt, dan permintaan kita segera dijawab oleh-Nya.

Apa-apapun, kita TIDAK seharusnya berputus asa dalam berdoa. Yakinlah, jika kita minta pada Allah dengan penuh pengharapan, insyaAllah permintaan kita pasti diperkenankan.

Justeru, marilah kita terus berdoa lagi dan lagi, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan yang dirasa hari ini, mungkin ia menjadi kemanisan pada hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu juga kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa lah bertawakal kepada Allah dan jangan sekali-kali berputus asa berdoa kepadaNya.


WALLAHU`ALAM.. ^_^

MENTAATI KEDUA IBU BAPA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUMW.B.T..


Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
 (Riwayat al-Hakim)

Huraian :
 Pengajaran hadis:

i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.

iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.

v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.


40 NASIHAT SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,,
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saiyidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al Jaahidh r.a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebiih baik daripada tenaga seorang muda.

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.

4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.

5. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu.

6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah swt.

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.

8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.

9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu.

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.

12. Mengajar adalah belajar.

13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.

14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.

15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.

19. Manusia sebenarnyasedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.

21. Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.

22. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya.

23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.

24. Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas kehilangan hartanya.

25. Barangsiapa yang mencari qpq yqng tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.

27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.

28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.

29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.

30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.

32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.

33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.

34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.

35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.

36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura pura.

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.

40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerapa perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

10 JENIS KETAKUTAN YANG PATUT ADA PADA DIRI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,,
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

10 JENIS KETAKUTAN tersebut ialah

1.  Takut mati sebelum sempat bertaubat

 2.  Takut istidraj dalam nikmat

 3.  Takut tidak beristiqamah dalam beramal

 4.  Takut kesudahan hidup yang buruk( mati dalam keadaan yg buruk)

 5.  Takut sakaratulmaut, dan yg berkatan denganna seperti azab kubur, soal jawab dalam kubur

 6.  Takut berdiri di padang Mahsyar

 7.  Takut Menyeberangi Siratul Mustaqim

 8.  Takut akan bahangnya Api Neraka

 9.  Takut tidak dibenarkan masuk ke dalam Syurga

10. Takut terhijab kepada Allah

SIAPAKAH YANG ALLAH CINTAI?

Assalamualaikum w.b.t


Orang yang bertaqwa. Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaqwa.” ( Surah al-Tawbah 9: 4 )

Orang yang cepat-cepat bertaubat. Allah berfirman yang bermaksud:
“ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri diri.” ( Surah al-Baqarah 2: 222 )

Orang yang adil. Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang adil.” ( Surah al- Mumtahanah 60: 8 )

Orang yang bertawakal. Allah berfirman yang bermaksud:
“Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada-Nya.” ( Surah Ali ‘Imran 3: 159 )

Orang yang berbuat kebaikan. Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.” ( Surah al-Baqarah 2: 195 )

Orang yang berjuang pada jalan Allah. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang pada jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” ( Surah al-Saff 61: 4 )

Adakah kita termasuk dalam golongan orang di atas ? Tepuk dada tanya IMAN  kita masing-masing. Marilah kita berusaha mencari cinta-Nya. Sesungguhnya hanya Dia lah yang paling layak di cinta.



PETUA MENCUCI HATI


Bismillahirrahmanirrahim,,
Assalamualaikum w.b.t..

Post yg ny qira copy jek,, tp,, harap2 korg dpt cket input,, insyaAllah,, ^_^


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1.      Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang
        sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku
        bersih."

2.     Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini
        merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-
        ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
        semua perkara kebaikan.

3.     Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
        menenangkan minda.

4.     Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
        penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
        sebanyak 3X.

5.      Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
        sebutkan.

6.     Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk
        diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku
        sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7.     Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
        senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci
        hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."
        Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
        sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8.     Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2
        kejahatan.

9.      Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
        tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10.    Kekalkan wuduk.

 11.    Bersedekah.

12.    Belanja orang makan.

13.   Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14.   Berkawan dengan ulama.

15.   Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16.   Pesan pada orang, jadi baik.

17.   Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat.



Wednesday 23 November 2011

50 KELEBIHAN WANITA SOLEHAH

Bismillahirrahmanirrahim,,

Assalamualaikum w.b.t ..

Kali ny qira nk berkongsi tentang 50 KELEBIHAN WANITA SOLEHAH,, tajuk ni kwn qira yg cr n pilih,, trime kseh banyak-banyak sbab tolong..
erm,, ok2,, qira troz listkan KELEBIHANNYA..


1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika 


ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari 


bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."




2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh. 


3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali. 


4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh. 


5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang 


senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan 


diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 


6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari 


pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. 


Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan 
anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS 


8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga. 



9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak 


perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka 


dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.


10. Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu 


dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya dari api neraka." 


11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. 


12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 


13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka 


pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 


14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, 


matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan 


meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya) 


15. 'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar 


haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" 


Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya". 


16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan 


(Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk 


syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki. 



17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan 


dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun). 


18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para 


malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan 


menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 


19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang 


tidak hamil. 


20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. 


21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. 


22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan 


baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT 


23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan 


pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.


24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan 


ibunya melahirkannya. 


25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati 


syahid. 


26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat 


satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya


27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. 


28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi 


pahala satu tahun solat dan puasa. 


29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang 


sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 



30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan 


diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 


tahun pahala ibadat. 


31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya 


seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari 


sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat 


untuknya. 


32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang 


wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan 


dibukakan baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab. 


33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, 


dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya 


atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau 


memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan 


baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada 


suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan 


Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun 


yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.


34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya 


menggembirakan suaminya. 


35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan 


kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat. 


36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. 


37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan 


mendapat pahala jihad. 



38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita 


memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.


39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk 


suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya 


dari bakaran api neraka. 


40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat 


baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, 


dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan 


sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang 


buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan 


menghormati suaminya). 


41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati 


beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu 


menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak". Sabda Baginda "Sebaiknya kamu sekalian 


tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah 


kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki. 


42. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu 


dengan doa keberkatan. 


43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" , Allah akan berkahkan rezekinya. 


44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.


45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah 


akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh 


langit dan bumi." 



46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya 


perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat." 


47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah 


menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat." 


48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk 


anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi 


makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian." 


49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci 


pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan 


baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan 


menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya." 


50. Sabda Nabi SAW: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut 


suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia 


dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya 


menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api 


neraka dan selamatlah ia melintas Titian Sirat."




p/s: no.7 ilang,, sorry yek,,



Tuesday 15 November 2011

GUNAKANLAH TUDUNG DAN LABUHKANLAH HINGGA KE DADA...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..


ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang-orang mukmin. Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih muda untuk di kenal karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah maha pengampun dan penyayang.
[Al-Ahzab : 59]

"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman:Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak padanya, dan hendaklan mereka MENUTUP KAIN TUDUNG KE DADANYA.."
[Ayat Al-Quran Surah An-Nur: 31]




WASSALAM.. ^_^





SURAH AN-NISA'

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Kali ni,, qira nak berkongsi sedikit ilmu yg tidak berapa banyak.. same ade kte sedar atau pown tdk,, kte mesti tidak berkesempatan nk baca ayat al-quran dan mknenyer???.. terms0k la qira nyh,, jadi,, qira mengambil kesempatan untuk berkongsi ilmu tentang KETERANGAN SURAH AN-NISA’ AYAT 107-109.

MAKSUDNYA:-


Janganlah kamu membela orang yang khianat terhadap diri mereka sendiri. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang yang berkhianat lagi berdosa.(107)
Mereka menyembunyikan kesalahannya daripada manusia, tetapi mereka tidak dapat menyembunyikan daripada ALLAH, kerana DIA bersama mereka, sewaktu mereka merancang pada malam hari perkataan(perbuatan) yang tidak disukai ALLAH. Dan ALLAH Maha Mencakupi IlmuNYA tentang apa sahaja yang mereka kerjakan.(108)
Kamukah sekalian yang mempertahankan mereka dalam hal kehidupan di dunia ini? Maka siapakah yang akan mempertahankan mereka pada hari kiamat? Atau siapakah yang akan menjadi pelindung mereka dari seksaan ALLAH?(109)

KETERANGAN AYAT:-

 Janganlah kamu membela orang-orang yang khianat yang bahayanya kepada mereka sendiri. Khianat ialah lawan amanah,orang yang tidak menunaikan amanah dikatakan khianat. Pengkhianat itu banyak pada setiap masa dan tempat. Mereka melakukan khianat itu dengan bersembunyi dari mata mnusia kerana mereka hanya takut kepada hukuman di dunia. Tetapi mereka tidak dapat bersembunyi daripada ALLAH, kerana ALLAH melihat mereka meskipun dalam keadaan gelap dan berseorangan. Orang yang sebenarnya beriman kepada ALLAH, tidak akan berlaku khianat, meskipun tidak dilihat oleh mata manusia. Dia percaya jika terlepas dari hukuman dunia, dia tidak akan terlepas daripada hukuman ALLAH yang Maha Adil di akhirat kelak.
Jika kamu dapat membela orang-orang khianat di atas dunia ini, maka siapakah yang dapat membelanya pada hari Kiamat?..

Akhr kte:-
Harap2 korang yang baca dapat memahami setiap isi yang telah qira sampaikan ny..
Wassalam,, Ma’assalamah wailalliqo’… J