Friday 30 December 2011

99 CARA UNTUK BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


1. Bersyukur apabila mendapat nikmat

2. Sabar apabila mendapat kesulitan

3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program

4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan

5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan

6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan

7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan

8. Jangan runsing dengan kekayaan orang

9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;

10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan

11. Jangan tamak kepada harta

12. Jangan terlalu mengiginkan akan sesuatu kedudukan

13. Jangan hancur kerana kezaliman

14. Jangan goyah kerana fitnah

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram

17. Jangan sakiti ayah dan ibu

18. Jangan usir orang yang meminta-minta

19. Jangan sakiti anak yatim

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu'

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid

25. Biasakan solat malam

26. Perbanyak zikir dan do'a kepada Allah

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat

28. Sayangi dan santuni fakir miskin

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah

30. Jangan marah berlebih-lebihan

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan

32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah

33. Berlatihlah konsentrasi fikiran

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan

36. Jangan percaya ramalan manusia

37. Jangan terlampau takut miskin

38. Hormatilah setiap orang

39. Jangan terlampau takut kepada manusia

40. Jangan sombong, takbur dan besar kepala

41. Berlakulah adil dalam segala urusan

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah

43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran

45. Perbanyak silaturrahim

46. Tutup aurat sesuai dengan ajaran Islam

47. Bicaralah secukupnya

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin

52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga

53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan

54. Hormatilah kepada guru dan ulama

55. Sering-sering beralawat kepada nabi

56. Cintai keluarga Nabi s.a.w

57. Jangan terlalu banyak hutang

58. Jangan terlampau mudah berjanji

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap perkara yang tidak berfaedah

61. Bergaullah dengan orang-orang soleh

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi

66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan

70. Jangan melukai hati orang lain

71. Jangan membiasakan berkata dusta

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

76. Jangan membuka aib orang lain

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita

78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan

80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa

85. Hargai prestasi dan pemberian orang

86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan

88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan keadaan diri kita

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal dan mental kita menjadi terganggu

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana

91 . Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina

93. Jangan cepat percaya kepada berita kurang baik yang berkaitan dengan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya

94. Jangan bertangguh-tangguh pelaksanaan tugas dan kewajiban

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri

97. Waspadalah akan setiap ujian, dugaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan

98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan

99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang




TIADA SEORANG PUN SEMPURNA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Tiada seorang pun sempurna.

Mereka yang mahu belajar dari kesalahan adalah bijak.

Menyedihkan melihat orang berkeras bahwa mereka benar meskipun terbukti salah

Bila kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk masa lalu dan kebimbangan untuk masa depan,kita tak 
memiliki hari ini untuk kita syukuri.

Fikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup, merupakan suatu kombinasi kebahagiaan.

Semakin banyak anda berbicara tentang diri sendiri,semakin banyak pula kemungkinan untuk anda berbohong.

Jika anda tidak boleh menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik.

Iri hati yang ditunjukan kepada seseorang akan melukai diri sendiri.

Anda cuma boleh hidup sekali saja di dunia ini, tetapi jika anda hidup dengan benar,sekali saja sudah cukup.

Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingat-ingat.

Rasa takut bukanlah untuk dinikmati,tetapi untuk dihadapi.

Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan.

Buka mata kita lebar-lebar sebelum menikah,dan biarkan mata kita setengah terpejam sesudahnya

Persahabatan sejati layaknya kesihatan, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.

Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah

Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan.

Kerana semua manusia itu baik kalau kita bisa melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kita bisa melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak boleh melihat keduanya.

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab,merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,
memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.

Sesungguhnya sebagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu,lebih tajam dari tusukan jarum,
lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara.

Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamkanlah ia dengan perkataan yang baik kerana jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) nescaya tumbuh sebagiannya

Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu.

Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.

Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal.

Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut.



Thursday 29 December 2011

RENUNGAN UNTUK HAMBA ALLAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


RENUNGAN SESAAT...


1. Apabila jasad kita ditimpa penyakit atau wabak, cepat-cepat kita mencari doktor atau pakar, resahnya kita pada ujian ALLAH, tapi apabila roh kita meraung kesakitan, pernahkah kita merasa sakitnya? Pernahkah kita mencari ubatnya? Hairan... resahnya hati apabila sakit... tapi tiada kisah apabila HATI MATI !...

2. Sedinya apabila miskin... Bangganya apabila kaya... Adakah kamu tahu apa yang ALLAH mahu? Susah atau senang datang dari ALLAH! Jangan kamu bangga dengan kaya, itu tanda TAKBUR... Jangan dirimu sedih apabila dirimu miskin , itu tanda kamu benci pada ALLAH.. BAHAYA!.. Ubah sikapmu.. redha pada ALLAH...
`Sesungguhnya tiada suka atau duka di hati orang mukmin itu pada pemberian ALLAH'...
Muhasabalah dirimu...

3. Renungkanlah dirimu, jangan renung kepada orang lain, bacalah hatimu, jagan baca hati orang lain, janganlah kamu terpaut pada makhluk, buang ia daripada hatimu... Barulah kamu mendapat CINTA SEJATI...

4. Selagimana kamu ada rasa BENCI kepada orang lain, ketahuilah hatimu SANGAT KOTOR, SANGAT HITAM.BUANGlah sifat itu, ALLAH benci pada dirimu sebenarnya...... Maka dia menzahirkan kepadamu... Tapi kamu masih tidak faham... Bagaimana nakku jelaskan... Berdoalah kepada ALLAH... tunjukkan hatimu itu..InsyaAllah..kamu akan dapat kebenaran...

5. `Berakhlaklah kamu dengan AKHLAK ALLAH' Jadikanlah hatimu sepertimana al-quran... bukan hanya baca sahaja, amalkanlah apa yang diajar oleh ALLAH, apa yang diberitahu oleh rasulullah S.A.W. Ketahuilah bahawasanya orang kafir pun boleh menghafaz al-quran Sami pun boleh sembahyang, majusi pun boleh berdoa... jangan ISLAM hanya dimulut tapi dihati KUFUR... ALLAH tidak memandang zahirmu, tapi ALLAH memandang HATI.. jika baik hatinya..maka zahirnya akan menjadi baik...Sesungguhnya hati itu raja. Anggota itu rakyatnya... Jika baik rajanya.. Makmurlah  negerinya..

6. Sihatkan rohmu dengan makanan kerohanian, baliklah kepada ALLAH dengan sempurna...



TINGKATAN HADITH

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Sunnah Perkataan: perkataan yang diucapkan oleh rasulullah s.a.w.

Sunnah Perbuatan: perlakuan rasulullah s.a.w. Contohnya. Hadith baginda: bersembahyanglah kamu seperti mana kamu melihat aku sembahyang. (Bukhari & Muslim)

Sunnah Tarqir: rasulullah berdiam diri dan redha atas satu perkara. Contohnya rasulullah s.a.w. berdiam diri dalam kisah para sahabat yang bertentangan pendapat mengenai solat asar. Dalam satu perjalanan, para sahabat telah disuruh oleh rasulullah untuk jangan bersembahyang sebelum tiba di Bani Quzairah. Dalam perjalanan, waktu asar hampir tamat tetapi mereka belum sampai. Ada sahabat yang mentakhir solat asar di waktu maghrib tetapi ada yang memahami bahawa rasulullah sebenarnya menyuruh mereka bersegera. Oleh itu mereka bersolat asar walaupun belum tiba. Kedua-duanya diterima.

1. Hadith mutawatir
Hadith yang diberitakan oleh ramai sahabat. Bilangannya begitu ramai sehingga mustahil ia adalah dusta.

2. Hadith masyhur
Hadith yang diriwayatkan oleh sekurang-kurangnya tiga orang. Hadith ini sekurang-kurangnya diberitakan oleh tiga sanad yang berlainan. Contoh, satu hadith yang diriwayatkan oleh tiga orang; Muslim, Bukhari dan Tarmidzi. Manakala sanad setiap imam berbeza orang-orangnya. (Sanad: orang-orang di dalam perjalanan hadith)

3. Hadith sahih
Hadith yang mana sanadnya:
I) Bersikap adil. Islam, berakal waras, baligh dan tidak melakukan dosa besar.
II) Orang cukup kuat ingatannya
III) Orang yang sejahtera dan tidak mempunyai kecacatan yang boleh menjejaskan penyampaian hadith.

4. Hadith hassan
Hampir serupa dengan hadith sahih tetapi ada diantara sanadnya mempunyai kelemahan dalam daya ingatan.

5. Hadith hassan sahih
Mempunyai perjalanan hassan dan sahih.

6. Hadith daif (lemah)
Tidak mengikut syarat-syarat hadith hassan. Iaitu lemah sanadnya. Sesetengah ulama membolehkan penggunaan hadith daif hanya dalam menggalakkan sesuatu amalan atau kebaikan, tetapi tidak boleh diguna sebagai sumber hukum.

7. Hadith Maudu (palsu)
Tidak dapat dibuktikan hadith rasulullah. Contohnya tidak diketahui sanadnya. Fitnah ini berlaku bermula pada zaman Khalifah Uthman di mana hadith palsu telah dicipta untuk mempertahankan aliran peribadi. Contoh hadith palsu: â€Å“Barangsiapa ingin melihat kepada Adam tentang ketinggian ilmunya, dan kepada Nuh tentang ketakwaannya dan baktinya, dan kepada Ibrahim tentang kebaikan hatinya, dan kepada Musa tentang kehebatannya, dan kepada Isa tentang ibadatnya, maka hendaklah ia lihat pada Ali (saidina Ali). Hadith yang diada-adakan oleh golongan syiah.

Rasulullah s.a.w. melarang mengada-adakan hadith palsu. Sabdanya; Janganlah kamu berdusta atas namaku, kerana bahawasanya barang siapa yang berdusta atas namaku, masuklah dia ke dalam neraka. (Muslim)

GADIS MANIS ITU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Gadis manis itu

Masih mampu tersenyum ceria

Menyembunyikan luka di dada

Tanpa membuat sesiapa curiga


Gadis manis itu

Berikan bahagia pada semua

Tanpa memikirkan siapa dia atau mereka

Baginya semua adalah keluarga


Gadis manis itu

Dalam hatinya seribu rahsia

Tidak mampu dicungkil oleh sesiapa

Kerna baginya itu adalah haknya

Berkongsi dengan orang tertentu sahaja


Gadis manis itu

Hatinya selembut sutera

Gayanya indah bersahaja

Keikhlasan menemani setiap langkahnya


Dalam diam..

Hati gadis itu melakar derita

Namun tidak pernah dikhabar pada semua

Dilabuhkan doanya buat Sang Pencipta

Kerana dia yakin dengan kekuasaan Yang Maha Esa

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya

Hikmah yang tersembunyi di alam nyata

Hanya diketahui pabila tiba masanya


Gadis manis itu

Mula berbicara

Wahai penghuni dunia

Jangan pernah rasa sangsi dan curiga

Yakinlah rahmat Allah ada dimana-mana

Menemani kita sepanjang masa

Tanpa mengira siapa kita


Pesannya pada semua

Melangkahlah selagi terdaya

Kenali la erti penat jerih yang ada

Tinggalkan rasa putus asa

Kerana kita hidup hanya sementara

Hargailah nikmat yang masih ada

Teruskan perjuangan di dunia

Demi kebahagiaan di akhirat yang selama-lamanya..


PESANAN RASULULLAH KEPADA WANITA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


1. Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.(Riwayat Muslim).

   2. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

   3. Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

   4. Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

   5. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

   6. Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

   7. Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginys selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya.

   8. Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka

   9. Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya(sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

  10. Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

  11. Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.

  12. Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

  13. Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

  14. Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

SUBHANALLAH..BETAPA MULIANYA WANITA DISISI ALLAH..semoga kita 'tersenarai' di kalangan wanita- wanita yang dimuliakan oleh Allah..







ALLAH LEBIH MENGETAHUI TAHAP KESEDIHAN HAMBANYA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...




“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (2:286)

Dalam sesuatu musibah atau situasi yang berat untuk ditanggung, kita mudah sahaja untuk mengalah. Namun, ayat di atas mengingatkan kita bahawa Allah tahu kita ada kekuatan untuk menghadapi ujian ini. Kekuatan yang tersembunyi dalam diri kita, tinggal kita sahaja untuk mencari kekuatan itu. Bilamana kita kehilangan seseorang yang tersayang, ataupun kita dihantar bertugas jauh daripada ahli keluarga, ataupun kita ditimpa sesuatu kecelakaan, ayat inilah yang akan kita sebut untuk menguatkan semangat dan motivasi diri. Ayat inilah yang kita akan pegang sebagai suatu tolakan dalaman untuk terus bertahan dan tabah dalam menghadapi sebarang situasi. Andai kita terlupa, pasti akan ada orang-orang sekeliling yang mengingatkan kita kepada firman Allah ini.

Namun terkadang kita jarang kaitkan ayat ini dengan satu anugerah, rezeki, jawatan atau situasi yang kita harapkan dapat kita miliki. Contohnya, sepasang suami isteri yang mengharapkan dikurniakan cahaya mata, namun sehingga kini, masih tidak mendapat seperti yang diharapkan. Mengaitkan dengan ayat di atas bahawa Allah tidak akan membebankan hambaNya melebihi kemampuan seseorang itu, maka ia memberitahu bahawa kemungkinan, kita belum bersedia untuk menjadi ibubapa yang baik dan sekiranya Allah penuhi permintaan kita mengikut kehendak kita, belum tentu kita dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibubapa dengan sebaiknya. Allah takkan bebankan kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu, bukan? Sepertimana juga jika kita sangat mengharapkan ditemukan dengan jodoh kita dengan segera namun masih belum bertemu dengannya. Maka boleh jadi, kita belum bersedia sepenuhnya lagi untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri  lagi. Sekalipun kita merasakan kita sudah serba bersedia, tapi Allah lebih mengetahui, bukan?

“..Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu..”(2:185)

Maka, bilamana kita tidak mendapat sesuatu yang kita sangat harapkan, periksalah diri kita kembali. Carilah kekurangan pada diri dan berusahalah untuk memperbaiki kelemahan itu. Boleh jadi kita sudah cukup dari segi material untuk mendirikan rumah tangga, tapi dari segi kemantapan iman dan hubungan dengan tuhan, adakah ia sudah disempurnakan sebaik mungkin? Andai sudah memiliki pelbagai kepakaran yang diperlukan dan sudah selayaknya dinaikkan pangkat di tempat kerja, sudah sempurnakah dari sudut mengawal emosi, amarah dan akhlak? Begitu juga, andai kita aktif dalam jalan dakwah dah selayaknya menerima taklifan yang diberikan kepada sahabat seperjuangan kita, maka periksalah kembali, adakah niat kita berkorban dalam dakwah itu benar? Atau mungkinkah ada niat-niat yang lain yang mendasari setiap amal perbuatan kita?

Pasti ada sesuatu aspek yang kita belum selesaikan sebaiknya yang menjadikan kita belum betul-betul bersedia untuk diberikan sesuatu yang kita harapkan itu. Oleh itu, berbaik sangkalah dengan Allah apabila Allah lambat memberikan apa yang kita harapkan. Selidiklah diri kita dengan benar dan jujur dan perbaikilah kelemahan-kelemahan diri. Perbaiki dan mantapkanlah hubungan dengan Allah. Kelak, Allah yang akan menilai tahap kesediaan kita dan apabila telah tiba masanya, pasti Allah akan makbulkan permintaan kita, insya-Allah. Yakinlah...

MENCARI YANG SOLEH DAN SOLEHAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Jika mahu mendapatkan yg SOLEH, kurangkan agenda menCARI si SOLEH, tetapi b'usahalah menJADI yg SOLEHAH.Jika inginkan yg SOLEHAH, jgnlah cerewet menCARI yg SOLEHAH,tetapi berusahalah menJADI yg SOLEH.Bertemu yg solehah,solehahnya dia belum tentu KEKAL.Bertemu yg soleh,solehnya boleh BERUBAH kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa.Perkahwinan adalah sebahagian drpda proses utk MENJADI,bukan MENCARI..


subhanallah..alhamdulillah..Allahuakbar... ^_^


"orang itu sedang menunggu kamu di hujung-hujung MUNAJAT dan DOA kamu"..subhanallah..tinggi nilai kiasan ini..ia amat menusuk qolbi ini..


aku tak tahu apakah "kamu" masih menunggu aku yg masih tercari-cari jalan bagi bertemu kamu.."wahai sayangku, sesungguhnya aku sentiasa berusaha dlm mncari keredhaan Allah S.W.T, agar aku dapt brtemu denganmu secepat yg mungkin dan aku mngimpiknmu mnjadi zaujku"..amin ya rabbi..

ketika aku bersendirian, lalu aku bermuhasabah diri dan hati(qolbi)..


aku yg jahil : apakah yang dimaksudkan dengan kiasan itu wahai qolbi?
qolbi : seseorang yang soleh pasti menunggu kamu andai kamu berjaya menjadi solehah..


aku yang jahil : masya Allah, astaghfirullah...apakah dia masih setia menunggu aku?
qolbi : segalanya bergantung kepada usahamu dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T..


aku yang jahil : astaghfirullah..apakah aku kini masih berpeluang utk melamarnya?
qolbi : sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah..engkau sentiasa berpeluang dan engkau adalah insan yang bijak andai kamu berusaha mengabdikan diri pada Allah S.W.T..

aku yang jahil : astaghfirullah..tetapi aku kadang2 berasa risau dan resah, apakah aku dapat mempunyai dia yang soleh sedangkan aku masih jahil dan tidak solehah lagi?
 qolbi : bukan kamu yang memutuskan apakah kamu solehah atau tidak..tetapi Allah S.W.T..tugas kamu hanyalah berusaha menjadi solehah, bukan membuat keputusan yang kamu solehah..selagi mana kamu memikirkan apakah aku solehah atau tidak, maka selagi itu lah kamu akan jauh dengan Allah S.W.T..sebaiknya, kamu memikirkan ia tetapi dengan nada bahawa itu sebagai motivasi kepada kamu utk lebih dekatkan diri kepada Allah S.W.T...misalnya, aku sangat malas melakukan amal ibadah kepada Allah, apakah aku bisa mendapat hawa yang rajin beramal ibadah, maka dengan itu kamu pun menjadi rajin dalam melakukan amal ibadah kepada Allah S.W.T.

aku yang jahil : subhanallah..apakah boleh aku niat dihati aku utk beramal ibadah hanya semata-mata menginginkan seorang yang soleh?
qolbi : Allah S.W.T sentiasa berbicara dengan aku (hati)..dan Dia lebih mengetahui dari mu apakah amalan mu itu diterima atau tidak atau bagaimana...tugas kamu hanyalah mengabdikan dirimu pada-Nya..bukan mempersoalkannya..

aku yang jahil : astaghfirullah..ampunkan aku ya Allah..aku sudah melangkaui tugas aku sebagai hamba Allah...
qolbi : Allah sentiasa bersamamu dan mendengar setiap luahan hatimu...dan kamu sahaja yang selalu tidak bersamanya..


aku yang jahil : astaghfirullah..syukri fillah...


wallahua'lam..


"aku mencintai-Mu ya Allah, hadirkanlah insan yang juga mencintai-Mu kepadaku agar bertambah cintaku pada-Mu.." amin..




Wednesday 28 December 2011

JANGAN MELAKUKAN ZINA MATA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Mata yang merupakan anugerah Allah Azza Wa Jalla, bisa mendatangkan kemuliaan, tetapi juga bisa mendatangkan laknat yang membinasakan. Mata yang selalu melihat fenomena kehidupan alam dan seisinya, dan kemudian menimbulkan rasa syukur kepada sang Pencipta, selanjutnya akan mendatangkan kemuliaan dan kebahagiaan di sisi-Nya. Sebaliknya, mata yang merupakan anugerah yang paling berharga itu, bisa mendatangkan laknat yang membinasakan bagi manusia, bila ia menggunakan matanya untuk berbuat khianat terhadap Rabbnya.

Di dalam Islam ada jenis maksiat yang disebut dengan ‘zina mata’ (lahadhat). Oleh itu, pandangan kepada hal-hal, yang menuju kemaksiatan. Lahadhat bukan hanya sekadar memandang, tetapi diikuti dengan pandangan selanjutnya. Pandangan mata adalah sumber itijah (orientasi) kemuliaan, juga sekaligus duta nafsu syahwat. Seseorang yang menjaga pandangan berarti ia menjaga kemaluan. Barangsiapa yang mengumbar pandangannya, maka manusia itu akan masuk kepada hal-hal yang membinasakannya.

Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam, pernah menasihati Ali :

“Jangan kamu ikuti pandangan pertamamu dengan pandangan kedua dan selanjutnya. Milik kamu adalah pandangan yang pertama, tapi yang kedua bukan”.

Dalam musnad Ahmad, disebutkan, Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam, bersabda :

“Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.

Sarah hadist itu, tak lain, seperti di jelaskan oleh Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam:

“Tundukkan pandangan kalian dan jagalah kemaluan kalian”. Juga Sabda Beliau : “Jauhilah oleh kalian duduk di pinggir jalan”. Para Shahabat berkata : “Pinggir jalan itu adalah tempat duduk kami, kami tidak bisa meninggalkan”. Beliau bersabda : “Jika kalian harus duduk di jalan, maka berikanlah haknya”. Mereka berkata : “Menundukkan pandangan, dan menahan diri untuk tak menganggu, baik dengan perkataan atau perbuatan, dan menjawab salam”.

Melihat adalah sumber dari segala bencana yang menimpa diri manusia. Melihat melahirkan lamunan atau khayalan, dan khayalan melahirkan pemikiran, pikiran melahirkan syahwat, dan syahwat melahirkan kemahuan, kemahuan itu lantas menguat, kemudian menjadi tekat kuat dan terjadi apa yang selagi tidak ada yang menghalanginya. Dalam hal ini ada hikmah yang mengatakan :

“Menahan pandangan lebih ringan dari pada bersabar atas kesakitan (siksa) setelah itu”.

Seorang penyair Arab bertutur,

"Semua bencana itu bersumber dari pandangan,
Seperti api besar itu bersumber dari percikan bunga api,
Betapa banyak pandangan yang menancap dalam hati seseorang,
Seperti panah yang terlepas dari busurnya,
Berasal dari sumber matalah semua marabahaya,
Mudah beban melakukannya, dilihat pun tak berbahaya,
Tapi, jangan ucapkan selamat datang kepada kesenangan sesaat yang kembali dengan membawa bencana".

Bahaya memandang yang haram adalah timbulnya penderitaan dalam diri seseorang. Kerana tak mampu menahan gejolak jiwanya yang diterpa nafsu. Akibat selanjutnya adalah seorang hamba akan melihat sesuatu yang tidak akan tahan dilihatnya. Ini adalah sesuatu yang menyiksa, yang paling pedih, jangankan melihat semuanya, melihat sebagian saja tak akan mampu menahan gejolak jiwanya.

Seorang penyair berkata,

"Bilasaja engkau melemparkan pandanganmu dari hatimu,
Suatu hari engkau akan merasakan penderitaan, karena melihat akibat-akibatnya,
Kamu akan melihat siksa yang kamu tidak mampu melihat keseluruhannya,
Dan kamu tiak akan bersabar melihat sebagiannya saja".

Penyair lainnya berkata,

"Wahai manusia yang melihat yang haram, tidakkah pandangannya dilepaskan,
Sehingga ia jatuh mati menjadi korban".

Pandangan seseorang adalah panah yang berbisa. Namun, yang sangat menghairankan, belum sampai panah itu mengenai apa yang ia lihat, panah itu telah mengenai hati orang yang melihat.

Seorang penyair berkata,

"Wahai orang yang melemparkan panah pandangan dengan serius, kamu sudah terbunuh, kerana yang kau panah, padahal panahmu tidak mengenai sasarannya".

Tentu, yang lebih mengherankan lagi, bahwa dengan sekali pandangan, hati akan terluka dan akan menimbulkan luka demi luka lagi dalam hati. Sakit itu tidak akan hilang selamanya, dan ada keinginan mengulang kembali pandangannya. Ini pesan yang disampaikan dalam bait-bait syair ini,

"Terus menerus kamu melihat dan melihat,
Setiap yang cantik-cantik,
Kamu mengira bahwa itu adalah obat bagi lukamu,
Padahal sebenarnya itu melukai luka yang sudah ada".

Sebuah hikmah yang mengatakan, “Sesungguhnya menahan pandangan-pandangan kepada yang haram lebih ringan daripada menahan penderitaan yang akan ditimbulkan terus menerus”.

Jagalah matamu, dan jangan engkau kotori setitik debu dosa, yang akan mengantarkan dirimu kepada kebinasaan, karena pengkhianatan kepada Allah Azza Wa Jalla. Matamu adalah anugerah agar mengenal-Nya, dan kemudian beribadah kepada-Nya, menggapai ridho-Nya. Jangan dengan matamu itu, engkau campakkan dirimu ke dalam nafsu durhaka, yang membinasakan.

Betapa banyak manusia yang mulia, berakhir dengan nestapa dan hina, karena tidak dapat mengedalikan matanya. Matanya tidak dapat lagi menyebabkan seseorang menjadi bersyukur atas anugerah nikmat, yang tak terbatas, yang tak terhingga, bagaikan sinar matahari, yang selalu menerangi alam kehidupannya.

Tetapi, kerana matanya yang sudah penuh dengan hamparan nafsu itu, hidup menjadi penuh dengan gulita,yang mengarahkan seluruh kehidupannya hanya diisi dengan segala pengkhianatan terhadap Rabbnya. Wallahu’alam.


Tuesday 27 December 2011

KENAPA PERLU IMAN NAIK DAN TURUN?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


RAMAI hamba Allah yang mengeluh: “Alangkah cepatnya hatiku berubah”. Sekejap kuat membara sengatan iman di hati, tetapi lama kelamaan pudar juga oleh sengatan syahwat yang berbisa. Jika dulu bersemangat mengkaji dan mengamalkan Islam, kini semangat itu menjadi surut disebabkan kesibukan dunia yang tak ada penghujungnya.

Begitulah keadaan hamba yang semakin tenggelam ke dasar lautan duniawi tanpa menyedari nafas imannya semakin lemah dan akan mati lemas akhirnya. Beruntunglah sesiapa yang mahu memperbaiki imannya, menjaga dan melindungi iman seperti dia melindungi hartanya atau popularitinya supaya tidak musnah.

Antara tanda punca kelemahan iman seorang hamba yang menyebabkan dia tersungkur di lembah dosa ialah:

# Ibadat tidak berkualiti. Sesiapa yang berasa dirinya jauh daripada Tuhannya, terseleweng daripada jalan-Nya ataupun berhenti terlalu lama dalam permainan nafsu syahwatnya, kembalilah semula ke jalan Allah supaya dia dicintai Allah.

Bawalah dua bekalan asas iaitu ibadat wajib dan sunnah. Mungkin ketika iman lemah dia tidak sama sekali meninggalkan kewajipan tetapi ibadatnya itu kurang berkualiti dan sedikit jumlahnya. Padahal, iman diukur menurut amalan wajib dan sunat yang boleh melahirkan jiwa hamba dekat kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud: “Allah berfirman: Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunnah sehingga Aku mencintainya.” (Hadis riwayat al-Bukhari). Ramai hamba Allah yang tertipu dengan amalannya sedangkan ia hanyalah umpama debu pada pandangan Allah.

# Hati yang tidak khusyuk. Awal kerosakan amal ialah hati yang tidak dapat menghadirkan khusyuk. Penyakit itu akan bertambah teruk apabila ia meninggalkan karat kemalasan ketika beribadat. Berjumpa dan berhubungan dengan Allah tanpa wujud perasaan seolah-olah kosong dan hampa. Dia melakukannya sekadar mendirikan kewajipan saja, tetapi tiada kemanisan ibadat.

Khusyuk hanya diperoleh dengan jalan mujahadah. Punca hilangnya khusyuk ialah hati terlalu keras. Cara melembutkan hati ialah dengan melemahkan nafsu. Sahabat membiasakan diri dengan sujud yang panjang pada akhir malam seperti mana sunnah yang diajarkan Rasulullah SAW.

Baginda memanjangkan sujud dalam solat malamnya selama kurang lebih membaca lima puluh ayat al-Quran, begitu juga ketika rukuknya. Saat paling dekat seorang hamba kepada Allah ialah ketika dia sujud. Ia mampu melembutkan hati dan mengubat jiwa yang tenat tanpa iman.

# Berlebihan dengan perkara yang mubah. Bercuti boleh meredakan ketegangan, menjamu selera dan membeli-belah baik untuk mengubat kebosanan, memakai pakaian yang indah dan mahal tidak dilarang, membeli perhiasan dan apa yang menyukakan hati boleh melahirkan kesyukuran kepada nikmat Allah Taala.

Akan tetapi, perkara sebegini kadang-kadang membuat kita leka. Jika berlebihan segala aktiviti untuk memanjakan diri, dibimbangi akan melemahkan semangat perjuangan. Mengaburkan mata dan hati yang celik dan akhirnya larut dalam kesibukan dunia hingga melupakan akhirat.

# Tidak menghadiri majlis ilmu. Manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya, tidak jelas matlamat, arah dan tujuannya. Siapa dirinya, berasal dari manakah dia, mahu ke mana dan apa yang mahu dicapainya?

Semua itu memerlukan jawapan yang pasti tetapi manusia yang lemah iman sudah kehilangan matlamat hidupnya. Untuk mendapatkan kembali pedoman hidupnya supaya tidak tersalah jalan, dia perlukan hidayah iaitu ilmu Allah.

# Mengalami gejala kesedihan dan kerisauan berlebihan. Apabila iman menipis, lupa kepada Allah, akan lahirlah perasaan sedih, susah hati dan murung. Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud: “Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.

Mengingati Allah maksudnya ingatan yang membawa kepada kegembiraan. Gembira dengan takdir-Nya, reda dengan jalan hidup yang dipilih untuknya, untung rugi harta, susah senang kehidupan kerana manusia lahir ke dunia dengan senario yang termaktub di Lauh Mahfuz.

Setiap mukmin memiliki hati yang mampu berbisik mengenai keadaan imannya, siapakah yang paling mengetahui diri kita melainkan Allah Taala dan diri kita sendiri.


RAHMAT DAN NIKMAT TUHAN YANG TERSEMBUNYI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...



Ramai umat Islam merasakan rahmat dan nikmat Tuhan itu kesihatan badan,
Diberi murah rezeki, dianugerahkan anak, mendapat pangkat tinggi,
Rumah besar, banyak harta, kereta mewah dan canggih,
Padahal nikmat yang disebutkan belum boleh menyelamatkan kita,
Adakalanya ia merosak dan dan membinasakan kita,
Kalau tidak di dunia, ia akan berlaku di Akhirat,
Tapi ada rahmat dan nikmat Tuhan yang tersembunyi,
Setengah orang tidak sedar bahawa itu adalah rahmat dan nikmat,
Rahmat dan nikmat Tuhan yang tersembunyi itu banyak pula,
Di antaranya kalau kita berdosa diingatkan agar kita bertaubat dan bersedih dengan dosa,
Di waktu kita lalai dengan-Nya disedarkan kita,
Sekali-sekala disusahkan kita agar kita insaf,
Adakalanya kesusahan itu untuk darjat dan pangkat,
Selalu sahaja kita mengingati Dia,
Dimasukkan di dalam hati kita sentiasa takut kepada-Nya,
Di samping itu rasa cinta kepada-Nya selalu ada,
Digemarkan kita membuat kebaikan dan dibencikan kita dengan kejahatan,
Dijadikan kita boleh berlemah lembut dengan orang,
Boleh meminta maaf dan boleh memberi maaf,
Boleh beristiqamah dengan kebaikan,
Inilah di antara rahmat dan nikmat
Tuhan yang tersembunyi,
Kalau hendak bersyukur, bersyukur kerana itulah yang lebih utama,
Kerana rahmat dan nikmat yang tersembunyi itu jarang orang dapat,
Tidak seperti rahmat dan nikmat di atas tadi,
Oleh itu pandai-pandailah menilai rahmat dan nikmat,
Agar syukur kita lebih sempurna dan tepat.


TAWAKAL A'LALLAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALMUALAIKUM W.B.T...


Pernahkah kita dalam mencapai suatu perkara, setelah kita berpenat lelah dan seratus peratus meletakkan tenaga dan keupayaan kita dan setelah kita yakin kita telah memberikan seluruh sumber yang ada namun hati kita masih resah seolah dunia masih tidak mengiktiraf usaha kita? Mungkin kerana kealpaan kita, kita terlupa yang Dia lah penentu segalanya. Dialah yang menentukan nilai rezeki dan setiap sesuatu untuk setiap daripada kita. Firman Nya :
“Dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah menentukan bagi setiap sesuatu” QS 65:3.

Tawakal daripada suku kata perkataan arabnya bermaksud mewakilkan urusan kepada pihak yang lain. Dan maksud ini dapat kita perluaskan lagi sebagai kepercayaan hati kepada wakil satu-satunya.
Dalam kita meletakkan perwakilan bagi suatu urusan kita, pastinya wakil kita itu diyakini kebenarannya (muntahal-hidayah), diyakini yang paling kuat (muntahal-quwwah), diyakini paling lancar (muntahal-fashahah) dan juga diyakini paling perhatian dan kasih sayang (muntahas-syafaqah). Bukankah semua sifat ini hanyalah milik Dia? Adakah makhluk yang diciptakanNya mempunyai semua sifat dia atas untuk kita sandarkan kepercayaan kita? Mana mungkin kerana hanya dari Dialah segalanya datang, dan kepadaNya segalanya kembali.
Di dalam kita menghadapi cabaran, Allah telah menyuruh kita untuk berserah kepadaNya. Namun ini bukanlah bermakna kita tidak perlu melakukan apa-apa dalam kita mencapai sesuatu itu. Firmannya lagi:
“ ketika dua golongan dari pihak kamu ingin mundur kerana takut, padahal Allah adalah Penolong mereka. Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal” QS 3;122
Bila kita hendak capai sesuatu, keinginan dan cita-cita tu hanya akan jadi mimpi dan angan-angan kosong yang tidak bernilai kalau kita tidak sertakan sekali dengan usaha. Rezeki tidak datang bergolek kalau kita tidak ikhtiar untuk cari. Dan pada usaha itulah hasil kita akan terjadi.

Tetapi usaha semata tidak bernilai di sisi Allah jika kita hanya mengharapkan usaha kita sedangkan kita lupa untuk meletakkan Allah sebagai yang Menentu. Jangan sekali kita meletakkan usaha kita menjadi neraca hasil kerana bukankah itu seolah kita mengiktiraf diri kita bagaikan berkuasa dan tidak perlu mengharap pada Ilahi?.Andai inilah yang kita lakukan, secara sendirinya kita menghitamkan hati kita dengan riya’ dan takabbur. Sedangkan hasil suatu itu adalah ketentuanNya, nikmatnya untuk memberikan menurut pertimbanganNya. Mungkin terjadi, mungkin tidak.

Namun Allah menjanjikan nikmat yang tidak disangka-sangka bagi mereka yang bertawakkal. Rasulullah bersabda :
“Jika kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakkal maka Allah memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung, pagi keluar sarang dalam keadaan lapar, dan petangnya pulang ke sarang dalam keadaan kenyang.” HR At Tirmidziy.

Dalam bertawakal ada peringkat-peringkat yang boleh dijadikan kayu ukur kebergantungan kita;
a. Ketergantungan seseorang kepada Allah atas perlindungan dan pemenuhan keinginannya, sebagaimana keterikatan seorang pelanggan kepada pengacaranya. Ia menyerahkan sesuatu namun tiba suatu saat ia dapat mengambil kembali perjanjian, dan menyerahkannya kepada pihak lain, yang lebih dipercayai.
b. Kebergantungan seseorang kepada Allah bagaikan kebergantungan seorang bayi terhadap ibunya. Ia tidak mengenal orang lain selain ibunya, tidak merengek dan meminta susu kecuali kepada ibunya, ia tidak berserah diri kecuali kepada ibunya. Namun bayi itu dapat juga berbuat sesuatu yang diinginkannya di luar pengetahuan orang tuanya. Kebergantungannya kepada orang tau karena ketergantungan adanya keinginan yang tiada pada orang lain, selain ibunya.
c. Kebergantungan seseorang kepada Allah bagaikan kebergantungan seorang jenazah terhadap orang yang memandikannya. Si arwah tidak tahu lagi apa pun yang diperbuat oleh orang yang memandikannya. Ia menyerah terhadap perlakuan apapun yang diberikan kepadanya.

Maka kita jejaki kembali tawakkal kita, adakah sudah kita benar-benar mengharapkan dari Ilahi yang sepenuh-penuh takwa seperti yang dituntut ke atas kita.
Bila kita melakukan tawakkal, bukankah itu lebih tenang di hati kerana kita yakin Allah telah menentukan rezeki untuk setiap kita yang masing-masing ada bahagian sendiri. Bila kita yakin suatu rezeki itu ditentukan untuk kita, maka tidak perlu kita takut untuk orang lain mendapatnya pula.
Namun kita tidak akan tahu apa rezeki yang akan diberikan kepada kita kerana suatu usaha itu mungkin tidak mendatangkan hasil seperti yang kita harapkan. Mungkin lebih dari kita harapkan atau mungkin lebih teruk daripada jangkaan kita. Tapi bagi seorang yang hidupnya penuh dengan tawakkal kepada Allah tahu dan yakin bahawa itulah rezeki yang ditetapkan untuknya yang datang bukan sebagai ganjaran atau balasan kepada dia, namun sekadar ujian untuk menguji secebis iman di dada. Ini kerana dia yakin, segala apa yang dilakukan di dunia adalah kerana untuk memetik ganjarannya di syurga sana. Kita hanyalah penyemai benih keimanan dan diindahkan dengan tawakkal kerana tawakkal itu satu daripada pembuktian iman, yang meyakini Dialah segalanya, yang dinantikan bukan hasil dan ganjaran di muka bumi, tetapi adalah ganjaran abadi syurga firdausi. Dan kerana itulah orang yang benar bertawakkal, dia tidak akan takut untuk berusaha kerana tahu rezekinya datang dengan tidak disangka-sangka, dia akan terus berusaha untuk masa depannya, terus berusaha untuk mengatasi masalah yang dihadapinya disamping berusaha mengelak musibah kepada dirinya kerana dia yakin, setiap usaha yang dilakukannya hanyalah wasilah yang akan membenarkan dia untuk menggapai cinta Ilahi di jannah Ilahi..

“Suatu tawakkal dan keyakinan yang kuat tanpa ikhtiar yang mengiringinya maka tidaklah sempurna, dan setinggi-tinggi ikhtiar akan sia-sia tanpa tawakkal, meyerah kepadaNya. Tawakkal yang benar adalah ikhtiar yang semaksimum mungkin disertakan keyakinan bahawa Dia lah penentu segalanya.”

Moga kita bertawakkal dengan sebenar tawakkal, diiringi dengan keikhlasan semata untukNya.

Wallahua’lam..




TIGA CAHAYA DI HARI KIAMAT

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum
azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama
"Huraisy" berasal dari anak kala jengking.

Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.
Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang
meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan
zakat.Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang
bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum
arak."





DEMI MASA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


“Wahai anak cucu Adam, engkau hanyalah kumpulan dari hari yang terhitung. Apabila berlalu satu hari, bererti hilanglah sebagian daripadamu. Jika hilang sebagian daripadamu, maka bertambah dekatlah saat kematianmu. Jika engkau sudah mengetahui hal itu, maka segeralah berbuat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Ada dua nikmat di mana kebanyakan manusia sering tertipu dengannya, nikmat sehat dan masa lapang (senggang).” (H.R. Bukhari). Sabda tersebut menjelaskan, bahwasanya orang yang baik, banyak beramal soleh dalam hidupnya ialah mereka yang menghargai kesihatannya dan nikmat ketika diberi waktu senggang.

Banyak diantara kita yang tidak menghargai dua perkara itu. Sewaktu sihat, tidak mempedulikan penjagaan diri dan lupa pada suatu hari nanti akan sakit. Demikian juga ketika mempunyai banyak masa lapang. Lupa pentingnya masa itu, hingga banyak membuang-buang waktu untuk perkara tanpa manfaat.

Hidup dan mati adalah ujian dari Allah. Dengan kehidupan dan kematian Allah melihat, siapa diantara hamba-hamba-Nya yang paling baik amalnya (Q.S. Al Mulk : 2). Di sinilah letak betapa pentingnya masa dalam kehidupan seorang hamba. Di atas waktu kebaikan dan keburukan disemaikan. Prestasi dan kegagalan dikukuhkan. Semakin hari amal perbuatan kita semakin bertambah, bukan menjadi sebaliknya.

Orang yang rugi ialah mereka yang tidak pandai menghargai masanya hingga terbuang secara sia-sia, tanpa memberi pada dirinya atau orang lain. Allah berfirman : “Demi masa, sungguh manusia berada dalam keadaan kerugian, kecuali orang yang beriman, beramal soleh, saling menasihati dalam kebenaran dan dalam kesabaran.” ( Q.S. Al Ashr : 1-4). Pernyataan Allah itu menunjukkan betapa pentingnya masa, terutama apabila dikaitkan dengan kerugian. Untuk tidak jatuh pada kerugian, hendaknya kita memahami definisi kerugian yang sebenarnya.

*** Dalam hadis-nya, Rasulullah saw meriwayatkan : “Seseorang akan tergolong dalam golongan orang yang rugi, apabila hari ini sama saja dengan hari kemarin, tergolong dalam golongan celaka, apabila hari ini lebih buruk daripada hari kemarin dan tergolong dalam golongan beruntung, apabila hari ini lebih baik daripada hari sebelumnya."

Islam memandang masa sebagai harta paling utama dalam kehidupan manusia. Kehilangan masa sama ertinya dengan kehilangan umur, kehilangan kesempatan. Seorang sufi terkemuka, Hasan al-Bashri berkata: “Wahai anak cucu Adam, engkau hanyalah kumpulan dari hari yang terhitung. Apabila berlalu satu hari, bererti hilanglah sebagian daripadamu. Jika hilang sebagian daripadamu, maka bertambah dekatlah saat kematianmu. Jika engkau sudah mengetahui hal itu, maka segeralah berbuat!"

Semoga kita boleh memahami hakikat masa atau waktu yang telah dikurniakan kedalam kehidupan kita.







Monday 26 December 2011

KEBANGKITAN ISLAM DI AKHIR ZAMAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

SOALAN: Ustaz, melalui orang dakwah saya sering mendengar tentang kebangkitan islam kali ke 2 di sebelah timur . kebangkitan kali ini di terajui oleh orang melayu dari malaysia katanya. Boleh ustaz kemukakan hujah yang mudah saya fahami tentang perkara ini?

JAWAPAN: Tuhan telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Tuhan untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul. Maka diceritakanlah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan mene­rima takdir yang bakal berlaku.

Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah:

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagai­ma­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengang­kat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekha­lifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fit­nah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah ke­hen­daki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pe­nin­dasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berla­ku­lah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekha­lifahan (Imam Mah­di dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
(Riwayat Ahmad)

Demikianlah Tuhan telah siapkan satu grand design untuk umat Rasulullah SAW. Kini, sesudah lebih 1400 tahun ke­wafatan Nabi penutup SAW, sebahagian besar dari jadual atau agenda dalam Hadis di atas sudah berlaku. Melalui Hadis ini, terdapat satu janji Tuhan yang belum berlaku tapi bakal ber­laku tidak lama lagi iaitu Islam akan kembali gemilang seperti Zaman Kenabian di akhir zaman di bawah pimpinan Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.

Jadual Tuhan yang Telah Berlaku

Telah banyak jadual Tuhan yang terjadi dalam sejarah sama ada yang positif atau negatif. Berikut adalah dua jadual besar positif yang telah pun berlaku.

1. Rom dan Farsi akan jatuh ke tangan Islam

Ketika menggali parit dalam persiapan peperangan Khandaq, Rasulullah telah memberitahu para Sahabat bahawa Rom dan Farsi akan jatuh ke tangan umat Islam.

Rom dan Farsi ketika itu adalah dua super power dunia, bagaikan Amerika dan Rusia (sebelum kejatuhannya dalam tahun 80-an). Dan ternyata Hadis itu terbukti dengan jatuh­nya Romawi Timur dan Farsi ke tangan tentera Islam pada zaman Khalifah Umar Al Khattab. Bahkan jadual ini Tuhan nyatakan dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah ja­jah­an­nya dan mereka (Rom) selepas itu akan menga­lah­­kan Farsi di beberapa tahun kemudian. Sama ada se­be­lum dan selepas, semuanya dalam urusan (jadual) Allah. Ketika (Rom mengalahkan Farsi) orang mukmin bergem­bira dengan pertolongan Allah itu.” (Ar Rum: 2-4)

2. Konstantinopel jatuh ke tangan Islam

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik lagi beragama, (tenteranya) tidak melampaui batas, tidak mencuri dan (rakyat) tidak menipu dan tidak bergaul bebas.” (Riwayat Al Imam Abu Hassan Ahmad bin Jaafar) – Dipetik dari kitab Al Uq­dud­­durar fi akhbar Al Muntazar.

Dalam Hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Pasti Konstantinopel akan dibuka (ditakluk), dan sebaik-baik ketua adalan ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.” (Riwayat Ahmad dan Hakim dari Busyr Al Ghanawi)

Para Sahabat dan salafussoleh berlumba-lumba untuk me­re­but janji Tuhan tentang kejatuhan Konstantinopel itu, dengan harapan di tangan merekalah berlaku janji tersebut. Te­tapi mereka gagal sehinggalah 600 tahun sesudah kewa­fatan Rasulullah. Hal ini baru terjadi di tangan Muhammad Al Fateh, keturunan Bani Usman. Lalu dari situlah munculnya Turki Usmaniah yang menjadi empayar kepada tiga benua dengan 29 negara di bawah takluknya. Hingga hari ini kalau kita ke Turki, kita masih dapat saksikan kesan-kesan kege­milangan dan kegagahan Islam yang ditinggalkan itu.

Jadual Tuhan untuk umat Islam akhir zaman

Tuhan telah menyiapkan satu jadual untuk umat akhir zaman. Maka kita sepatutnya berjuang dan berlumba-lumba untuk membuktikannya sebagaimana para Sahabat dahulu. Antara janji-janji Tuhan dalam jadual-Nya untuk zaman ini seperti berikut:

1. Kegemilangan Islam akan berulang di akhir zaman

Dan telah mengeluarkan dari Nuaim daripada Ibnu Mas’ud, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keturunanku atau kaum keluargaku, namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (sebe­lum­nya) ia telah dipenuhi dengan kezaliman.” (Ri­wa­yat At Tirmizi) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti, Mujaddid kurun ke-9)

2. Kebangkitan Islam akhir zaman akan bermula dari Timur

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”

Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menye­rahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan seba­gai­mana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.”  (Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)

3. Setiap awal kurun Allah akan datangkan mujaddid (reformer)

Rasulullah SAW bersabda

Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah mengu­tus pada umat ini di setiap awal 100 tahun seorang (mujad­did) yang akan memperbaharui urusan agama mereka.” (Ri­wayat Abu Daud)

4. Imam Mahdi mujaddid dan khalifah akhir zaman

i. Dan telah mengeluarkan dari Nuaim daripada Ibnu Mas’ud, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda :

Maksudnya: “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keluargaku, namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) ia telah dipenuhi dengan kezaliman.” (Riwayat At Tirmizi) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti, Mujaddid kurun ke-9)

ii. Sabda Rasulullah SAW dalam riwayat yang lain:

Dari Abu Nu’aim mengeluarkan dari Abi Said dan Nabi SAW katanya: “Al Mahdi daripada kami Ahlul Bait, seorang lelaki dari umatku, mancung hidungnya. Dia memenuhi bumi dengan keadilan sepertimana ia di­penuhi ke­zaliman.”

iii. Sabda Rasulullah SAW lagi:

Dan telah mengeluarkan Abu Na’im dan Al Khatib dalam Talkhis Al Mutasyabih dari Ibnu Umar katanya sabda Rasulullah SAW: “Akan keluar Al Mahdi dan di atas kepalanya malaikat yang menyeru: Inilah Al Mahdi dan ikutilah dia.”




5. Putera Bani Tamim dari Timur pemegang panji-panji Imam Mahdi

Dikeluarkan oleh Tabrani dalam Al Ausat:

Maksudnya: Dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah memegang tangan Sayidina Ali dan bersabda:

“Akan keluar dari sulbi ini, seorang pemuda yang akan meme­nuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu maka wajiblah bagi kamu bersama (yakni dengan mencarinya) Pe­muda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi.”

(Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

6. Jemaah kebenaran pimpinan Putera Bani Tamim men­dapat kemenangan di Timur dan merintis jalan untuk Imam Mahdi.

i. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Akan sentiasa ada toifah di kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, mereka tidak akan dirosakkan oleh penentang mereka hinggalah da­tang­nya ketentuan Allah (Kiamat).”
(Riwayat Muslim)

ii. Sabda Nabi SAW, dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Abu Nuaim:

Maksudnya: Daripada Tsauban, telah bersabda Rasu­lullah SAW:

“Akan datang panji-panji hitam dari Timur, hati mereka seperti kepingan besi. Barang siapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah mendatangi mere­ka dan berbai’ahlah kepada mereka walaupun ter­paksa merangkak di atas salji.”
(Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

iii. Dari Ibnu Majah dan Tabrani daripada Abdullah bin Al Haras bin Juzu’ Al Zubaidi telah bersabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Akan keluarlah manusia dari Timur, mereka itu merintis kekuasaan untuk Al Mahdi.”

(Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

v. Hadis Ibnu Mas‘ud

Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”

Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka me­nye­­rahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabat­ku yang memenuhi bumi dengan keadilan seba­gai­mana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.”
(Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)

7. Pengisytiharan Imam Mahdi pimpinan ummah di Mekah

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya ketika zahir Al Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya: “Inilah Al Mahdi sebagai khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia.” Seluruh manu­sia tunduk dan patuh kepadanya dan mendapat kasih sayangnya. Sesungguhnya Al Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adapun yang berbai’ah kepadanya antara rukun Al Aswad dan maqam Ibrahim, yang pertama sebanyak bilangan ahli Badar, kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, diikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutus kepadanya tentera dari Khurasan dengan bendera-bendera (panji-panji) hitam dan mereka menuju ke Syam. Dan Allah menghantar kepadanya 3000 malaikat dan Ashabul Kahfi adalah di antara pembantunya.”

(Al Hadis dari kitab As’afur Raghibin)

Sesuai dengan janji Allah dan bukti-bukti nyata maka Islam­lah yang akan menggantikan kuasa Amerika sebagai super power dunia nanti. Ini giliran Islam. Islam akan bangkit kembali dan menjadi sebuah empayar dan sekali lagi bumi akan dinaungi oleh keadilan dan kemakmuran. Dunia akan diserahkan lagi kepada umat Islam sebagaimana Allah telah menyerahkannya kepada Rasulullah dan para Sahabat.

Kita kini berada di akhir zaman yang mana sedang berlaku kemuncak kerosakan di lautan dan di daratan. Segala sistem hi­dup yang ada hari ini telah begitu rosak. Semakin dicari penye­lesaian semakin kronik keadaannya. Pembunuhan, per­gaduhan, peperangan, penzaliman, penindasan, tipu-menipu, mementingkan diri, jatuh-menjatuhkan dan lain-lain berlaku di mana-mana. Masyarakat manusia sudah tidak ada kasih sayang, tidak boleh bekerjasama, tidak bertolak ansur dan tidak bertolong bantu. Pergaduhan berlaku di antara suami isteri, anak-anak dengan ibu bapa, murid dengan guru, buruh dan majikan, rakyat dan pemimpin, negara dengan negara lain. Manusia sudah hilang kemanusiaannya.

Watak dunia hari ini menunjukkan sudah sampai masanya Tuhan mengutuskan penyelamat bagi memimpin manusia serta membaiki segala kerosakan yang berlaku. Begitulah se­jarah memberitahu kita. Tambahan pula kita kini berada di sekitar awal kurun yakni awal kurun ke-15 (suku kurun pertama). Di waktu inilah sepatutnya; sepertimana berlaku di kurun-kurun sebelum ini; lahirnya seorang mujaddid.

Jadual Tuhan untuk umat akhir zaman ini nampaknya sedang berlaku di waktu ini. Kebangkitan Islam kali pertama sedang berulang di sebelah Timur dengan kehendak Allah. Kita dapat lihat suatu kebangkitan Islam se­dang melanda dunia terutamanya di nusantara ini. Inilah dia akhir zaman yang dijanjikan itu.

Rupa-rupanya akhir zaman yang dimaksudkan ialah se­kitar kurun ke-15 Hijrah ini. Dan Timur yang dimaksudkan ia­lah Gugusan Kepulauan Melayu iaitu Malaysia, Indonesia dan sekitarnya. Walau bagaimanapun kebangkitan di Malaysia nampaknya lebih me­nonjol.

Berdasarkan Hadis tentangnya, secara umumnya Jadual Tuhan itu berlaku seperti berikut:

• Di waktu Islam sedang musnah dan binasa di alam Melayu (Timur), bangunlah seorang manusia yang Allah janjikan untuk menyelamatkan kembali agama-Nya. Dia seorang yang berbangsa Quraisy dari Bani Tamim tetapi sudah nipis sekali kearabannya. Ini kerana seperti yang kita tahu, orang-orang Arab yang datang ke Timur pada masa dahulu sudah berkahwin dengan orang ajam (bangsa selain Arab) maka tidak pelik kalau Putera Bani Tamim itu sudah nipis Arabnya. Rasulullah tidak menyebut salasilah tetapi banyak memperkatakan tentang ciri-ciri fizikal Putera Bani Tamim ini serta ciri-ciri perjuangan dan pengikutnya. Sebab itu untuk mencari Putera Bani Tamim yang dijanjikan itu, kita carilah ciri-ciri dan stail perjuangannya, bukan salasilahnya.
• Dia berjuang mulanya tentu melalui kumpulan kecil tetapi kumpulan atau jemaah atau toifahnya kemudian mem­besar. Sifat toifahnya mirip kepada jemaah Rasulullah kerana wanitanya berpakaian serba hitam seperti gagak-ga­gak hitam. Lelakinya berjubah serban. Pengikutnya sangat berpadu seolah-olah lahir dari satu ibu dan ayah. Cita-cita dan azam mereka kental dan besar. Ibarat kalau me­reka hendak meratakan gunung sekalipun, dapat me­reka lakukan. Rasulullah SAW dalam Hadis yang panjang menyebut malaikat Jibril a.s. sebagai berkata:
 Maksudnya: “Maka Allah Azzawajalla mengumpul­kan sahabatnya (Al Mahdi) sejumlah ahli perang Badar atau tentera Thalut iaitu 313 lelaki. Mereka bagaikan singa jantan yang keluar dari hutan, hati mereka bagai­kan besi waja, kalau mereka bercita-cita untuk mengubah gunung nescaya boleh dilakukannya. Gaya mereka adalah satu dan pakaian mereka juga satu, seolah-olah bapa mereka bapa yang satu.”

(Dipetik dari kitab Aqdur Durar fi Akhbar Al Muntazar tahun 1983 m.s. 95)

• Dia (Putera Bani Tamim) meminta kebaikan dari penguasa negara di mana dia berjuang tetapi tidak diberikan. Na­mun dia dan pengikutnya terus berjuang hingga akhirnya berjaya negara itu diserahkan padanya. Ertinya toifah kecil itu telah membesar ke peringkat daulah Islamiah.

• Terdapat juga Hadis yang menyebut Putera Bani Tamim juga diterima kepimpinannya di Khurasan. Hadis yang dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Nuaim berbunyi:

Maksudnya: Dari Tsauban r.a. dia telah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Apabila kamu lihat panji-panji hitam telah diterima di sebelah Khurasan maka datangilah ia sekalipun merangkak di atas salji. Kerana sesungguhnya padanya ada khalifah Allah iaitu Al Mahdi.”

• Apabila Putera Bani Tamim mendapat daulah, tidak lama selepas itu (dua tahun) zahirlah Imam Mahdi. Namanya sama seperti nama Rasulullah, nama bapa dan nama ibu­nya sama seperti nama bapa dan ibu Rasulullah yakni namanya Muhammad bin Abdullah dan ibunya Aminah.

Tentang Imam Mahdi, Rasulullah mengait­kan dengan baginda dari segi hubungan darah. Maka faktor salasilah Imam Mahdi adalah penting, sebab ia disebutkan di dalam Hadis. Tidak sepertimana Putera Bani Tamim tadi, Rasu­lullah hanya menyebut tentang ciri-ciri fizi­kalnya.

• Putera Bani Tamim kerana rapat dengan Imam Mahdi seperti rapatnya Nabi Harun dengan Nabi Musa, maka telah menyerahkan kuasa negaranya kepada Imam Mahdi, jelas disebut dalam Hadis. Dia muncul di Mekah, antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim, terus mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi.



• Penyerahan kuasa daulah kepada Imam Mahdi dilakukan oleh Putera Bani Tamim.

• Apabila Imam Mahdi berkuasa, maka Islam akan berkem­bang ke seluruh dunia. Tetapi ramai lagi manusia yang belum Islam hingga turunnya Nabi Isa a.s. Dunia dan ma­nusia seluruhnya akan masuk Islam. Terjadilah keamanan sejagat melalui pemimpin tiga serangkai: Putera Bani Tamim, Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.

Setelah kedatangan Nabi Isa a.s., semua manusia akan masuk Islam. Maka selamatlah manusia daripada api Neraka. Itulah dikatakan rahmat Tuhan kepada seluruh manusia.

Sejarah pasti berulang. Kita beruntung kerana dengan kasih sayang Allah, diberitahu apa-apa yang bakal terjadi. Bolehlah kita bersiap sedia. Seperti juga peristiwa selepas mati, di alam Barzakh, di Padang Mahsyar, di Syurga, Neraka dan lain-lain lagi semuanya Allah sudah ceritakan. Supaya kita tidak menyesal nanti. Beruntunglah orang yang direzeki­kan dengan iman kepada yang ghaib ini. Rugi besarlah orang yang mengingkarinya.