Friday 27 January 2012

FITNAH NAFSU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Buat tatapan hati-hati yang kasih dan rindu kepada Allah tanpa berbelah bagi. Mencari redha Allah semata-mata, mengharap keampunan dan kesejahteraan rahmatNya yang tiada kesudahan. Berbekal firman Allah dalam surah Al- Maidah, ayat 7 yang bermaksud ;-

[Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya);"Dan bertakwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala yang ada dalam isi hati kamu".]

Tipu daya nafsu dalam setiap diri jasad merupakan fitnah yang sangat besar. Nafsu terkenal mazmumahnya. Terlalu cinta kepada kemurkaan Allah. Terlalu kasih kepada nikmat. Begitu hinanya nafsu bila diturut dan tidak dipelihara serta dididik dengan ajaran Allah.

Beperang dengan hawa nafsu itu adalah hukumnya wajib bagi setiap mukallaf. Satu-satunya peperangan bagi meluluskan setiap diri berjaya, cmerlang dan dan gemilang setelah bertemu dengan Allah selepas daripada mati.



Sunday 22 January 2012

KELEBIHAN SURAH YASSIN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu

ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala

membaca al-Quran sebanyak 10 kali. 

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada

setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta

dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan

jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga

datang Malaikat Ridhwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah

nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit

ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam

Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap

huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan

 kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui

keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik