ASSALAMUALAIKUM W.B.T...
Lupa oh lupa
Kita lupa akan janji
Kita lupa akan tugas
Kita lupa akan amanah
Lupa janji kita pada tuhan
Lupa tugas kita didunia
Lupa amanah yang kita galas
Kita lupa atau buat-buat lupa?
Bahawa dunia itu sementara
Bahawa mati itu pasti
Bahawa akhirat tempat pembalasan
Kadang-kadang
Kita juga lupa
Mati akan datang bila-bila masa
Hidup bukan untuk 'enjoy' saja
Kita memang pelupa
Kita lupa atau alpa?
Dengan nikmat dunia
Dengan fantasi kehidupan
Ingatlah pada tuhan
Janganlah lupa lagi
No comments:
Post a Comment