Friday 21 December 2012

SENDIRI ITU TERAPI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T ...


Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan? Zahirnya, orang mungkin nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan kerana kekosongan tanpa ditemani. Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya.

Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. SubhanaAllah! Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.

Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan daripada mereka-mereka.

Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas (hubungan sesama manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang.

Kerana, dengan bersendiri, seseorang mampu untuk berfikir dengan rasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca dan permata. Mampu membezakan antara hitam dan putih.

Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa? Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut menghantui. Astargfirullahalazim...

Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah. Terlalu indah bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah SWT ciptakan sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang 'hilang'. Dia biarkan kamu yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu kembali ke jalanNya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.

Jadi, janganlah bersedih apabila sendiri. Bersangka baiklah dengan Allah.

Allah SWT berfirman:

"Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan" (Hadis Qudsi Riwayat At-Thabrani)

Percayalah, setiap keadaan atau peristiwa itu mempunyai hikmah yang kadangkala dapat kita fikir sendiri (namun kadangkala hikmah itu tidak dapat difikir oleh kita manusia biasa). Ingat, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)

Biarlah kita buruk dan hina pada pandangan manusia, namun cantik dan suci pada pandangan Allah SWT

Wallahualam...







7 comments:

  1. pd sy ...single menyelamatkan manusia dari melakukan kemungkaran kn ,jangan merasakn diri kita terlalu lemah kalau berkeadaan single sekalipun ,kerana kita masih terpelihara dari melakukan banyak dosa yg mendatang ..dan ingatlah "single" kamu itu tandanya Allah sedang menjaga kamu ..single untuk mencari keredhoaan allah adalah jawapan yg terbaik dalam usia bumi yg semakin tenat ...dan hikmah kita berada dalam keadaan "single" adalah salahsatu tugas kita menjaga dunia untuk akhirat ...hakikatnya kadangkala kita terlupa mencntai pemilik cinta ...yup ,mesti kena muhasabah diri selalu ,takut2 jika kita terlebih mencintai dunia dan seisi alamnya ,pasti ia mudarat yg besar untuk kehidupan yg seterusnya ..hidup ini adalah perjuangan dan perjuangan itu tidak mudah ,adakah kita perlu mengorbankan masa kita untuk meraih simpati makhluk yg x berkesudahan ,jika kita menghilangkan status single sekalipun dlm kehidupan ini adakah ia benar2 akan berakhir dengan perkahwinan ,atau kita sengajakan hubungan semata2 untuk membuang masa ..... kita perlu mencari manfaat yg banyak dari musibah yg sedikit dalam perkataan "single" yg kita kenali ...

    ReplyDelete

  2. redah hidup semacam meniti jalan-jalan menuju taqwa itu

    mu'aahadah ,muraaqabah,muhaasabah,mu'aaqabah
    mujaahadah

    selamat berjaya, wahai diri.

    ReplyDelete
  3. projekkan diri sendiri menjadi muslimah berjaya ,jd ikon islam ,ikon islam itu kn single ,dan ia bukan berteman ,cuma jaga hubungan itu perlu ,buka untuk memutuskan ,tetapi hanya sekadar kenal mengenali

    ReplyDelete
  4. sedikit pengajaran dari kisah nabi ayub a.s >>http://www.youtube.com/watch?v=JMdU5xFYO3c

    ReplyDelete