tag:blogger.com,1999:blog-63837377911236719792024-03-04T21:33:49.751-08:00Qurratul A'yunSiti Nur Syaqira bt Abu Bakarhttp://www.blogger.com/profile/06692094259340622457noreply@blogger.comBlogger75125tag:blogger.com,1999:blog-6383737791123671979.post-12757595850302523522013-03-27T03:26:00.002-07:002013-03-27T03:27:22.640-07:00Antara Manis dan PahitBISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Teman,<o:p></o:p>

Usah kau takut untuk merasa kesedihan dan kepedihan.Usah kau
takut untuk merasa susah dan hina.Percayalah teman,bahawa di sebalik
kesedihan,kepedihan,kesusahan dan kehinaan, ada hikmah yang terkandung disebalik
kesedihan,kepedihan,kesusahan dan kehinaan. Percayalah teman, selagi kau berserah
kepada DIA yang sentiasa bersama mu, tanpa kau sedari,tanpa kau lihat DIA, namun kau
akan dapat merasa kehadiran NYA apabila kau sentiasa memanggil DIA.<o:p></o:p>

Teman,<o:p></o:p>

Mana ada insan yang tidak suka kepada manisnya hidup. Mana ada
insan yang tidak suka kepada keseronokan hidup. Kita dijadikan punya nafsu dan
rasa. Namun teman,sedarkah kalian bahawa manisnya hidup,seronoknya hidup tanpa
di uji..kemanisan dan keseronokan itu yang membawa kepada alpa nya kita kepada DIA.<o:p></o:p>

Teman,<o:p></o:p>

Mana ada insan yang suka kepada kesedihan, kepedihan dan
kepahitan mengharungi hidup ini.Mana ada insan yg suka menjalani hidup ini
berteman si airmata duka. Namun teman, sedarkah kalian bahawa kesedihan,kepedihan
dan kepahitan itu ibarat ubat mujarab yg dpt mendekatkan kita dengan Pencipta kita
andai kita kembali kepada fitrah kita.<o:p></o:p>

Teman,<o:p></o:p>

Sesungguhnya dunia ini hanya pinjaman dari DIA,andai ditarik
apa yg dipinjamkan,maka sama-samalah kita redha,tenang dan sabar.Anggaplah
kesedihan,kepedihan dan kepahitan di uji utk mgharungi hidup ini adalah kerana
DIA mahu kita kembali kpd DIA.<o:p></o:p>

Sedarkah wahai teman,bahawa ujian yang diberi kepada kita
adalah pahit untuk dirasa tapi amat manis untuk dikenang agar menjadikan kita
insan yang redha,tenang dan sabar. Menjadikan kita insan yang lebih tahu
menghargai diri dan kehidupan.<o:p></o:p>

Teman,<o:p></o:p>

Usah dibuang kenangan pahit yg kita rasa kerana yang pahit
itulah ubat yang amat mujarab agar kita lebih berhati-hati di masa
mendatang.Kerana dari kepahitan itu lah ada kemanisan yang berpanjangan yang
membuatkan kita lebih mengenal Pencipta kita,Nabi kita dan saudara seislam
kita.<o:p></o:p>

Teman,<o:p></o:p>

Apa erti hidup ini tanpa di uji? Apa erti hidup ini tanpa
kita mengenal DIA,tanpa kita mengenal perjuangan Nabi kita? Tanpa pengorbanan
menegak agama kita?<o:p></o:p>

Teman,<o:p></o:p>

Usah lalai dibuai kemanisan,keseronokan kerana di sebalik
manisnya,seronoknya terselit racun yg membuai kita hingga kita lalai dan
alpa. Sedangkan kepahitan itu terselit manis berpanjangan....<o:p></o:p>

Renung-renungkan wahai teman,ketawa yang berpanjangan itu
membawa kita kepada<o:p></o:p>

musibah,sedangkan tangisan berpanjangan itu membawa kita kepada keinsafan.

Wallahualam

Siti Nur Syaqira bt Abu Bakarhttp://www.blogger.com/profile/06692094259340622457noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6383737791123671979.post-18456716861546936302012-12-23T12:00:00.000-08:002012-12-22T21:07:00.293-08:00TIADA TAUBAT TANPA PENYESALANBISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T ...

Sebagaimana pentingnya rukun Wuquf di Arafah bagi para
hujjaj di kemuncak ibadah haji, maka begitulah pentingnya An Nadam di dalam
sebuah taubat. Tanpa wuquf tiadalah haji seperti ungkapan hadis nabi saw: “Haji
itu Arafah”. Begitulah juga sifirnya. An Nadam itu ertinya Penyesalan. Ia
merupakan rukun terpenting di dalam taubat. Tanpa An Nadam tiadalah At taubah. <o:p></o:p>

Sabda Nabi saw: “ Penyesalan itu adalah taubat”. (Riwayat Al
Hakim dan Ibnu Majah - sanad
sahih)Kenapa kita perlu sangat mewar-warkan soal penyesalan ini? Jawapannya
kerana ia memang sangat perlu. <o:p></o:p>

> Ia menjadi modal utama bagi setiap hamba untuk melengkapkan
kesempurnaan sesebuah taubat yang akan dipersembahkan kepada Allah Tabaraka wa
Ta’ala. <o:p></o:p>

Imam Al Qusyairi rahimahullahu Ta’ala menukilkan dari
sebahagian ulama satu kenyataan yang berbunyi: “penyesalan sudah memadai untuk
terlaksananya taubat”. Apa tidaknya. Dari penyesalan yang bersungguh-sungguhlah
nanti akan menumbuhkan buah ‘keazaman’ dan ‘peninggalan’, iaitu dua rukun lain
yang bakal menyusul sesudahnya. <o:p></o:p>

Amat mustahil sekali sekiranya seseorang yang sudah
‘benar-benar menyesal’, berazam tetap mahu melakukan semula perkara yang sudah
disesalinya itu. <o:p></o:p>

> Penyesalan adalah
perasaan atau pun emosi batiniah (rohaniah) seseorang yang menggambarkan
kekecewaan lantaran keterlanjurannya melakukan dosa sama ada terhadap
Allah(Penciptanya), atau makhluk-Nya atau pun terhadap dirinya sendiri. <o:p></o:p>

Baca dan renungilah perjalanan taubat orang-orang yang soleh
dan bertaqwa kepada Allah swt. Apa yang mereka ungkapkan. “Kekecewaan itu
adalah umpama api yang membakar hati. Hati akan rasa tersalai setiap kali mengenangkan
dosa dan keterlanjuran diri serta balasan Allah yang bakal menanti”. <o:p></o:p>

Kisah taubat tiga sahabat Nabi saw yang diabadikan dalam Al
Quran cukup mengharu dan meruntun hati kita. Pemaparan yang sungguh indah lagi
menarik. <o:p></o:p>

Itulah kisah tiga sahabat yang tidak ikut serta bersama Nabi
saw dalam perperangan Tabuk (pertemuan pertama Rasulullah saw dengan
kuasa besar ketika itu iaitu Rom). Ketiga-tiga sahabat ini tidak datang menemui
Rasulullah saw untuk menyatakan keuzuran ‘palsu’ seperti yang dilakukan
sebahagian para munafiqin. Lalu rasulullah saw memerintahkan supaya mereka
dipulaukan hingga datang keputusan dari Allah swt. Penyesalan dan kekecewaan
mereka akhirnya mencapai tahap yang amat tinggi. <o:p></o:p>

Al Quran menggambar kesengsaraan jiwa mereka itu seperti
berikut: “Dan, terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat)
mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu
luas dan jiwa mereka pula (terasa) sangat sempit serta mereka telah mengetahui
bahawa tidak ada tempat lain dari (seksaan) Allah, melainkan kepadaNya,
kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya.
Sesungguhnya Allah-lah yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”. (At
Taubah ayat 118). <o:p></o:p>

Ahli sufi terkenal, Zunnun Al Misri berkata: “Hakikat taubat
ialah kamu merasakan bumi yang luas ini menjadi sempit sehinggakan kamu terasa
tidak dapat berdiri”. <o:p></o:p>

Begitulah gambaran penyesalan yang sepatutnya berlaku di
dalam taubat kita. Barulah dosa kita benar-benar akan terampun di sisi Allah
swt. Sesal dulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.<o:p></o:p>

Wallahualam...

Siti Nur Syaqira bt Abu Bakarhttp://www.blogger.com/profile/06692094259340622457noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6383737791123671979.post-54274256812095552712012-12-21T11:30:00.000-08:002012-12-21T03:59:12.041-08:00SENDIRI ITU TERAPIBISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T ...

Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan?
Zahirnya, orang mungkin nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan
kerana kekosongan tanpa ditemani. Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri
itu lebih bahagia sebenarnya.<o:p></o:p>

Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah
diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana
dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. SubhanaAllah!
Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.<o:p></o:p>

Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa
gangguan dan halangan daripada mereka-mereka.<o:p></o:p>

Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi
untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas
(hubungan sesama manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang.<o:p></o:p>

Kerana, dengan bersendiri, seseorang mampu untuk berfikir
dengan rasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan
seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca
dan permata. Mampu membezakan antara hitam dan putih.<o:p></o:p>

Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa
yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa?
Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut menghantui.
Astargfirullahalazim...<o:p></o:p>

Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah. Terlalu indah
bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah SWT ciptakan
sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang 'hilang'. Dia biarkan kamu
yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu
kembali ke jalanNya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan
kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.<o:p></o:p>

Jadi, janganlah bersedih apabila sendiri. Bersangka baiklah
dengan Allah. <o:p></o:p>

Allah SWT berfirman:<o:p></o:p>

"Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu.
Maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan" (Hadis Qudsi
Riwayat At-Thabrani)<o:p></o:p>

Percayalah, setiap keadaan atau peristiwa itu mempunyai
hikmah yang kadangkala dapat kita fikir sendiri (namun kadangkala hikmah itu
tidak dapat difikir oleh kita manusia biasa). Ingat, Allah Maha Mengetahui apa
yang terbaik untuk kita.<o:p></o:p>

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik
untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah
mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."<o:p></o:p>

(Surah al-Baqarah, ayat 216)<o:p></o:p>

Biarlah kita buruk dan hina pada pandangan manusia, namun
cantik dan suci pada pandangan Allah SWT<o:p></o:p>

Wallahualam...

Siti Nur Syaqira bt Abu Bakarhttp://www.blogger.com/profile/06692094259340622457noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-6383737791123671979.post-18386604069394529232012-11-14T18:18:00.000-08:002012-11-18T15:03:31.897-08:00NASIHAT SAIDINA ALI TENTANG DUNIABISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Saidina Ali karramallahu-wajhah pernah berpidato suatu
masa, katanya:<o:p></o:p>

Ketahuilah, bahawa kamu semua akan mati, dan dibangkitkan
sesudah mati. Kamu akan ditanya dari hal amalan-amalan kamu dan akan dibalas
terhadap kesemuanya, maka jangan sampai kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia
kerana yang demikian itu diserikan dengan berbagai-bagai bala bencana yang
tetap akan menarik kamu kepada kebinasaan. <o:p></o:p>

Semua yang ada pada dunia itu adalah tipudaya semata dan dia
akhirnya akan hilang lenyap, bila dia berada denganmu dia adalah penuh tipu
muslihat, kesenangannya tidak kekal, dan tiada seorang pun akan selamat dari
kejahatannya. Sementara penghuninya dalam keadaan gembira dan sukacita
tiba-tiba ditimpa bahaya dan bencana, hal-ehwalnya berubah-ubah tidak tetap,
kehidupannya tercela dan kemewahan di dalamnya mempunyai cita-cita yang tak
menentu maka dunia akan melemparnya dengan anak panah lalu membinasakannya.
Semua orang akan mati mengikut takdir dan ketentuan, tidak lebih dan tidak
kurang.<o:p></o:p>

Ketahuilah, wahai hamba-hamba Allah, bahawasanya kamu dan
apa yang kamu rasakan dari dunia ini adalah sama sahaja dengan apa yang
dirasakan oleh orang-orang yang terdahulu dari kamu, malah umur mereka lebih
panjang dari kamu, kekuatan mereka lebih teguh dibandingkan dengan kamu, rumah
mereka lebih kukuh, bekas yang ditinggalkan mereka masih kelihatan sampai
sekarang, namun suara-suara mereka tidak kedengaran lagi sesudah laungannya
bergema begitu lama, tubuh-tubuh mereka hancur luluh, rumah-rumah mereka yang
berupa pondok-pondok sudak tidak kelihatan lagi sedang bekas-bekasnya masih
tinggal dan terlihat. <o:p></o:p>

Mereka kini telah berubah dari tempat tinggal yang berupa
istana-istana yang terindah dengan katil-katil yang terseri dengan
bantal-bantalnya yang empuk, bangunan-bangunannya yang tersusun dengan
batu-bata yang kilau-kemilau, sekarang berganti kubur-kubur yang berselerak
dengan tulang-belulang yang hancur-luluh sebagai tempat tinggalnya orang-orang
terbuang yang sangat ditakuti untuk didekatinya, mereka tidak merasa senang
lagi dengan perubahan pembangunan yang ada di sisinya, dan tidak berhubung
mesra dengan jiran tetangga yang sibuk memakmurkan sekitarannya dengan bangunan
dan perubahan di antara teman dengan teman padahal mereka hanya sejengkal
sahaja dari tempatnya.<o:p></o:p>

Bagaimana dapat mereka berhubung mesra lagi? Padahal tubuh
badan mereka telah dimakan masa, tulang belulang mereka berselerak merata-rata,
mereka dahulu hidup gagah sekarang bangkai tidak bernyawa, hidup mereka dahulu
mewah sekarang hampa belaka, orang yang rapat menjauhkan diri setelah mereka
tinggal di bawah tanah sendiri, mereka tidak akan kembali lagi, jauh panggang
dari api.<o:p></o:p>

"Bahkan itulah satu perintah yang telah ditetapkan
Tuhan Perkasa, dan di belakang mereka Barzakh, mereka kekal di situ hingga hari
mereka dibangkitkan." (Al-Mu'minun: 100)<o:p></o:p>

Mudah-mudahan Allah menggolongkan kami dan kamu dalam
kumpulan orang-orang yang beramal dengan isi kitabNya serta menurut jejak
langkah para Auliya'Nya sehingga Dia menempatkan kami dan kamu sekalian di
dalam syurga yang kekal abadi dengan kurniaNya, sesungguhnya Dia Maha Terpuji
Maha Mulia.<o:p></o:p>

Berkata Saidina Ali karramallahu-wajhah dalam pidatonya:<o:p></o:p>

Aku berpesan kepada kamu supaya banyak bertaqwa kepada Allah
dengan membelakangi dunia yang akan meninggalkan kamu meskipun kamu tidak mudah
untuk meninggalkannya. Dunia akan menghancur-luluhkan tubuh kamu sedang kamu
terus ingin memperbaharuinya. Hanyasanya perumpamaan kamu dengan dunia itu
adalah ibarat sekumpulan manusia yang dalam pelayaran, mereka telah melalui satu
jalan dan mereka menyangka telah melewatinya, mereka bergantung kepada satu
pengetahuan yang mereka ingat telah sampai kepadanya. Betapa ramai orang yang
berlari yang sampai ke kemuncaknya, dan betapa ramai orang yang mengharap
panjang pada dunia tiba-tiba terpaksa berpisah dengannya. Oleh itu jangan
sekali-kali kamu merungut kerana keburukan dunia dan kesusahannya, dan jangan
sekali-kali kamu merasa sukaria kerana harta-benda dunia dan kenikmatannya,
semua itu akan hilang lenyap daripadamu. Aku rasa hairan melihat orang yang
mengejar dunia sedang maut mengikutinya dari belakang. Dia sentiasa lalai yang
dirinya akan mati, tidak pernah ingat yang mati itu akan menimpanya.<o:p></o:p>

Isi surat dari Saidina Ali kpd Salman Al-Farisi:<o:p></o:p>

"Dunia itu adalah seumpama ular, lembut sentuhannya,
tetapi bisanya mematikan, maka berpalinglah anda dengan menjauhkan diri dari
semua sesuatu yang menimbulkan kekaguman anda padanya (dunia) kerana (akan
menjadi) sedikit sesuatu yang menyertai anda dari (bahaya) dunia itu."<o:p></o:p>

Kalimat Saidina Ali ini merupakan peringatan kpd Salman
Farisi pada khususnya dan ummat Islam pada umumnya ttg hakikat pangkat
keduniaan. Bukan tidak boleh kita menduduki pangkat keduniaan itu, tetapi
beliau memperingatkan supaya pada kita ada ketahanan mental atau ketahanan
bathin, sehingga kita dapat mengendalikan pangkat keduniaan itu demi utk
keselamatan kita di dunia dan akhirat. Apabila ketahanan mental atau bathin
kita tidak ada dalam diri kita, maka kita akan terpengaruh dari kekaguman kita
terhadap dunia yang sedang kita pegang.<o:p></o:p>

Oleh sbb itu maka keimanan kpd Allah subhanahu wa ta`ala
yang kuat dan mantap adalah sangat diperlukan, sehingga kesusahan dunia dengan
segala kepahitannya dapat diatasi, kerana pangkat dunia yang sedang kita hadapi
ini adalah berjalan atas niat yang baik, yakni mencari keredhannya dalam erti
yang luas.<o:p></o:p>

Pertanyaan sebahagian sahabat kpd Rasulullah sollallahu
`alaihi wasallam dalam Hadis Nabi sebagai berikut:<o:p></o:p>

"Siapakah wali-wali Allah yang tidak takut dan gundah?
Nabi sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Ialah orang-orang yang selalu
memperhatikan batin dunia pada ketika manusia memperhatikan lahiriah dunia.
Dan mereka itu pula mementingkan lahiriah dunia pada ketika ummat manusia
mementingkan dunia di waktu sekarang."<o:p></o:p>

Dari Hadis ini, bahawa wali-wali Allah meskipun mereka
memegang dunia, apakah mereka merupakan sebagai raja atau seorang yang kaya,
mereka itu tidak melihat kepada lahiriah dunia, tetapi mereka melihat kpd
bathin dunia itu dan hakikatnya. Sebab mereka mengetahui, bahawa dunia itu
tidak abadi, tetapi hanya sebentar sahaja. Sedangkan yang abadi adalah faedah
yang mereka dapatkan daripada menempatkan dunia itu pada tempatnya utk mencari keredhaan Allah subhanahu wa ta`ala'<o:p></o:p>

Berlainan dgn manusia biasa, mereka berlumba-lumba mencari
keuntungan dunia sekarang juga tanpa memikirkan keridhaan Allah pada
pekerjaannya itu. Sedangkan wali-wali Allah melihat kpd penglihatan yang jauh,
yakni masa-masa setelah kita berpisah dengan dunia yang fana, mulai dari alam
barzakh hingga sampai ke alam akhirat yang kekal.<o:p></o:p>

Siti Nur Syaqira bt Abu Bakarhttp://www.blogger.com/profile/06692094259340622457noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6383737791123671979.post-55836193754860246772012-11-14T17:00:00.000-08:002012-11-14T02:19:43.325-08:00KISAH NELAYAN DAN ULATBISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Seorang nelayan yang soleh, Abu Jaafar Mansur, telah berjaya
menangkap seekor ikan tetapi seorang pengawal kerajaan telah merampas ikan itu
dari tangannya dan memukulinya. Maka berkatalah Abu Jaafar, "Ya Tuhanku,
Engkau menciptakan aku dalam keadaan lemah dan Engkau mencipta dia dalam
keadaan gagah perkasa, sehingga dia dapat menganiaya aku. Kuasakanlah dia pada
satu makhluk dan jadikanlah dia sebagai pelajaran bagi semua kaum
muslimin."<o:p></o:p>

Setelah pengawal kerajaan itu tiba di rumahnya, dia
mengoreng ikan itu. Ketika dia meletakkan ikan itu di atas hidangan, duri ikan
itu tiba-tiba menyengatnya dengan izin Allah SWT tangan yang tertusuk duri ikan
itu bertambah parah dan ulat memakan tangannya. Dia tidak tahan lagi dan
terpaksa tanga itu harus dipotong tetapi ulat itu malah menjalar ke lengannya
dan terpaksa dipotongnya pula. Kemudian dia tidur dan bermimpi seseorang
mengatakannya kepadanya, "Kembalikan hak itu kepada pemiliknya, agar
engkau selamat dari penyakit ini."<o:p></o:p>

Setelah dia terbangun, barulah dia menyedari mengenai ikan
yang dirampas dari Abu Jaafar. Maka datanglah dia menjumpai Abu Jaafar dan
memberinya sepuluh dirham dan meminta halal kepadanya. Ketika Abu Jaafar
menghalalkannya, maka berjatuhanlah ulat itu dari tangannya yang terluka dan
kembalilah tangan itu sembuh seprti sediakala dengan kekuasaan dan izin Allah
Taala.<o:p></o:p>

Banyak pengajaran yang kita peroleh daripada kisah di atas,
di antaranya ialah jangan merasa diri kita besar atau bangga diri serta boleh
mengambil kesempatan ke atas diri orang yang lemah. Kebanyakan orang zaman
sekarang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain disebabkan akan
kuasa yang mereka miliki. Selain itu janganlah kita menzalimi orang yang lemah
kerana perbuatan itu ibarat menzalimi diri kita sendiri. Hal ini kerana setiap
perbuatan yang zalim itu mendatangkan dosa....

Harap dapat sedikit sebanyak pengajaran daripada kisah di atas.

Siti Nur Syaqira bt Abu Bakarhttp://www.blogger.com/profile/06692094259340622457noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6383737791123671979.post-40807019888889418712012-10-24T04:41:00.000-07:002012-10-25T16:08:10.131-07:00APABILA MALAS BERIBADAHBismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Adakah kita pernah mengalami malas beribadah? Terasa berat
untuk tilawah atau tidak merasakan kenikmatan ketika membaca Al Qur’an atau
solat? Atau mungkin merasa susah untuk bangun malam untuk qiyamulail? Padahal
jam sudah di set untuk mengejutkan kita, alarm handphone juga sudah disetting
tapi ketika berdering tetap terlelap dalam tidurnya, hanya kedengaran seperti
dalam mimpi dan akhirnya mati-mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar,
lepas tu tarik selimut tidur lagi. Padahal biasanya dengan mudah boleh bangun.
So.. Apa yang terjadi dengan diri kita?<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat
ketika melantunkan ayat-ayat Al Qur’an atau mengucapkan salam kepada saudara
kita. Atau mungkin kita secara sengaja memperlambatkan waktu menunaikan solat,
terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal-hal yang kecil
atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita istihar sebagai
hari malang atau takde “mood”. Dan makin malang lagi kita dengan sengaja
melanggar titah perintah Allah swt.

<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>

Jika hal-hal seperti itu terjadi pada diri kita, maka
segeralah kita evaluasi diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini
jangan dibiarkan begitu saja, lama-kelamaan akhirnya terbiasa. Seperti halnya
penyakit, kalau sudah ada gejala segera periksa ke doktor dan minum ubat agar
segera sembuh. Bagaimana
hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?<o:p></o:p>

Jangan-jangan kita banyak maksiat yang kita kerjakan hingga
menghalangi amalan-amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga dari hal-hal
yang makruh bahkan diharamkan oleh Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita
untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton
drama/filem yang melalaikan meski cuma satu atau dua jam. Mungkin mata kita
tidak di jaga dari melihat hal-hal yang tidak berguna bahkan mengandung
maksiat, akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah padaNya.
Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam, mata kita rasa berat
untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku-buku tazkirah hati, rasa berat
untuk melihat email-email yang memberi nasihat.<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita
susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah swt kerana kita tidak menjaga
telinga kita. Telinga kita gunakan untuk mendengarkan gosip atau muzik-muzik
melalaikan bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana
seharian yang didengari adalah muzik-muzik itu, dangdutlah, bollywoodlah, lagu
cintanlah, lagui sayulah dan semacam lagi. Akhirnya malamnya telinga kita tidak
mampu dengar alarm handphone bahkan suara azan, telinga kita rasa
berat untuk mendengar tazkirah dan telinga rasa bosan mendengar nasihat.
Na’udzubillah.

<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>Selain itu mulut tak kalah pentingnya untuk dijaga. Kerana
mulut itu pula yang banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke dalam
neraka, Na’udzubillah. Kerana mulut boleh menjadi sarana gibah, fitnah, caci-maki,
dsb. Mulut kita tak dapat kita kawal, macam air aje mengata perilaku
kawan-kawan. Kita kenal pun tidak dengan si pulan tu, tapi mulut kita syoknya
mengatakan mereka. Mulut kita juga rasa berat nak zikir, tak terkeluar dari
mulut...Mengapa ya..?

<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>Selanjutnya adalah hati. Ini adalah bahagian terpenting yang
perlu kita jaga. Hati ibaratnya pemimpin bagi organ tubuh yang lain, yang
menjadi komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat
maksiat. Hati ibarat cermin, semakin banyak bermaksiat maka semakin banyak noda
titik-titik hitam di cermin itu. Atau bahkan mungkin tidak lagi titik-titik
hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan dan tidak boleh dipakai
untuk bercermin lagi kerana sudah diselaputi. Begitu pula dengan diri kita,
semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat maka kita semakin
terbiasa dengan kemaksiatan itu.

<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bergurau senda. Boleh kita bergurau senda untuk menceriakan suasana
atau menciptakan suasana ukhuwah. Tapi tetap memperhatikan adab-adabnya,
perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan
perempuan di dalam satu majlis, hati-hati!

<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>Mari kita tengok diri kita, evaluasi diri kita, jika selama
ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang
lain dari kemaksiatan maka segeralah kita bertaubat dan istighfar diri, tidak
ada kata terlambat untuk sebuah kebaikan. Seharusnya kita merasa sayang kalau
tidak boleh tadarus quran meski hanya terlepas satu hari. Merasa sayang pula
jika tidak boleh merasakan nikmatnya beribadah. Jika masih merasa sayang, maka
jagalah diri kita, dan Insya Allah Allah akan menjaga kita agar senantiasa
boleh dekat dengan-Nya

<o:p></o:p>

Siti Nur Syaqira bt Abu Bakarhttp://www.blogger.com/profile/06692094259340622457noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6383737791123671979.post-36691255545473542362012-09-16T07:44:00.001-07:002012-09-16T07:49:28.617-07:00ADAMUBismillahirrahmanirrahim...

Assalamualikum w.b.t..

Okeyh, kite berjumpe lg ye, Post kali ini bertajuk `AdaMu' ..

Ni lirik lagunye.

Kau berikan ku kekuatan<o:p></o:p>

Tuk berpegang pada jalan<o:p></o:p>

Walau penuh dengan cabaran<o:p></o:p>

Ku tahu ku adaMu Tuhan<o:p></o:p>

Kerna kau yang satu<o:p></o:p>

Yang setia bersama ku<o:p></o:p>

Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu<o:p></o:p>

Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu<o:p></o:p>

Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu<o:p></o:p>

Ku tahu ku adaMu<o:p></o:p>

Ku adaMu selalu<o:p></o:p>

Kerna kau yang satu<o:p></o:p>

Yang setia bersama ku<o:p></o:p>

Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu<o:p></o:p>

Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu<o:p></o:p>

Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu<o:p></o:p>

Ku tahu ku adaMu<o:p></o:p>

Ku adaMu selalu<o:p></o:p>

ku merenung ke luar jendela<o:p></o:p>

Melihat kebesarannya<o:p></o:p>

Walau penuh dengan cabaran<o:p></o:p>

Ku tahu ku adaMu Tuhan<o:p></o:p>

Oke, dah hayati lirik lagu ni? hm, lirik lagu ni amat
bermakna apabila anda menghayatinya. Ape2 pown, setiap sesatu, kite kene ingat
Allah, x kesahlah susah atau senang. selalunye, mesti kite akan ingt kpdNya
apbila kte mempunyai ksushn atau masalah. itu adlh konsep yg slh, kite perlu
mengingatiNya dimana shj kita berada kerne stiap udara yg kte sedut, kita hidup
semule drpd tidur, kte dpt mkn, berckp, mendengar dan sbgnya adalah pemberian
drpdNya tanpa bayaran. jadi, kite perlu bersyukur dan tidak perlu mengira jika
ingin mengingatiNya atau beribadat kpdNya. Contonhya, bangun malam. Tidak perlu
melayan sgt ngantuk, lena tidur., tapi fikir lah nikmatnya apabila
mendekatiNya. InsyaAllah akan bahagia dan berjaya di dunia dan diakhirat.
Banyakknlah Zikrullah. <o:p></o:p>

<o:p></o:p>

Wallahualam .<o:p></o:p>

Siti Nur Syaqira bt Abu Bakarhttp://www.blogger.com/profile/06692094259340622457noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6383737791123671979.post-77681970053304540682012-07-27T22:46:00.000-07:002012-07-26T22:49:25.959-07:00TAKUT UNTUK MENEGUR PERKARA MUNKARBISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan
mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang
mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan
ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi
'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat
mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak
menegur.Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan
diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak
kebaikan.<o:p></o:p>

Persepsi Diri Yang Salah<o:p></o:p>

Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang
biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz
atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi
maksum seperti nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang
tidak sempurna didikan agama.<o:p></o:p>

Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu<o:p></o:p>

Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana
tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan
terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai
seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk
manusia dari dalam dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia
meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan
perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi,
politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain
kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja. Allah memberitahu di dalam al
Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada
kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya.
(Surah Ali Imran : 104)<o:p></o:p>

Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di
dalam bukunya Usul Ad-Dakwah; adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat
yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada
kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini
kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan
satu cara sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu
berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan
mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad's(orang yang
ditegur/didakwah) pun tidak tercapai akalnya hendak menerima kerana mereka
sendiri jahil mengenainya.<o:p></o:p>

Seorang muslim yang hebat mempunyai daya pemikiran yang
kretif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia
kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui
tulisan atau lukisan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita
yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah
marah, suka menolong dan tidak celupar ketika menutur kata.<o:p></o:p>

Allah melihat usaha kita<o:p></o:p>

Pastinya, Allah tidak melihat kepada natijah kepada usaha
kita. Maka, marilah nasihat-menasihati sesama kita kerana tiada kerugian dalam
melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar.<o:p></o:p>

Siti Nur Syaqira bt Abu Bakarhttp://www.blogger.com/profile/06692094259340622457noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6383737791123671979.post-17614214213585431752012-06-16T18:40:00.001-07:002012-06-16T18:43:04.793-07:00REDHA DARINYABismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Janji dan azamku.<o:p></o:p>

Kanku perbataskan perbuatanku,<o:p></o:p>

Kanku singkatkan perbualanku,<o:p></o:p>

Kanku sukat gerak dan gayaku,<o:p></o:p>

Kanku pelihara kesucian dan maruah diriku,<o:p></o:p>

Tidakkanku terlalu murah senyumanku dengan mana-mana lelaki
ajnabi.<o:p></o:p>

Keranaku tahu juaku mengerti.<o:p></o:p>

Wanita solehah itu dipandang dari peribadinya,<o:p></o:p>

Dilihat dari akhlaknya,<o:p></o:p>

Ditinjau dari lemah-lembutnya,<o:p></o:p>

Ditafsirkan dari susunan kata-katanya,<o:p></o:p>

Kegagahan wanita berdiri di atas teguh imannya,<o:p></o:p>

Dari sini wanita jua diriku diketahui segalanya.<o:p></o:p>

Pandanglah kataku,<o:p></o:p>

Renunglah dengan mata hatimu setulusnya,<o:p></o:p>

Selamilah dasar hatiku berbisiklah pada dirimu,<o:p></o:p>

Ambillah mutiara kata yang baik buat teladan,<o:p></o:p>

Tinggalkan kata-kataku yang menyimpang dari landasan
kebenaran.<o:p></o:p>

Seperti katamu yang kusemat dihatiku,<o:p></o:p>

Hati ini milik-Nya,<o:p></o:p>

Cinta ini kerana-Nya,<o:p></o:p>

Hidup ini semestinya untuk-Nya.<o:p></o:p>

Pandangan mata selalu menipu,<o:p></o:p>

Pandangan akal selalu tersalah,<o:p></o:p>

Pandangan nafsu selalu melulu,<o:p></o:p>

dan pandangan hatilah yang hakiki.<o:p></o:p>

Ketika iman sudah menghiasi hati,<o:p></o:p>

dan kemanisannya mula dikecapi,<o:p></o:p>

Semua ujian tidak akan menggugat diri,<o:p></o:p>

Kesunyian kesedihan dan kekecewaan akan berganti,<o:p></o:p>

dengan keyakinan dan kesyukuran.<o:p></o:p>

Jika tidakku perhatikan hikmahnya dengan mata hati,<o:p></o:p>

Jika tidakku zuhud dalam pencarian cintaku,<o:p></o:p>

Jika tidakku teguh mengukir senyum buat pengubat
kerunsingan,<o:p></o:p>

Jika tidakku seikhlas jiwa semurni sanubari memohon
keampunan-Nya,<o:p></o:p>

Jika tidakku titiskan air mata keinsafan,<o:p></o:p>

Jika tidakku renung dan resapkan keyakinanku pada-Nya,<o:p></o:p>

Jika tidakku pasrah dengan ketentuan-Nya,<o:p></o:p>

Mana mungkin ku dambakan kasih-Nya dalam iman?<o:p></o:p>

Bagaimana pula bolehku harap redha dari-Nya?<o:p></o:p>

Siti Nur Syaqira bt Abu Bakarhttp://www.blogger.com/profile/06692094259340622457noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6383737791123671979.post-78687257480025341512012-06-03T06:37:00.001-07:002012-06-03T06:37:03.395-07:00APABILA AL-QURAN BERKATA-KATABISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Waktu engkau masih kanak-kanak,<o:p></o:p>

kau laksana kawan sejatiku<o:p></o:p>

Dengan wudu' aku kau sentuh dalam keadaan suci<o:p></o:p>

Aku kau pegang, kau junjung dan kau pelajari<o:p></o:p>

Aku engkau baca dengan suara lirih ataupun keras setiap hari<o:p></o:p>

Setelah selesai engkaupun selalu menciumku mesra<o:p></o:p>

Sekarang engkau telah dewasa...<o:p></o:p>

Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...<o:p></o:p>

Apakah aku bacaan usang yang tinggal sejarah...<o:p></o:p>

Menurutmu barangkali aku bacaan yang tidak menambah
pengetahuanmu<o:p></o:p>

Atau menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar
mengaji saja?<o:p></o:p>

Sekarang aku engkau simpan rapi sekali hingga kadang- kala
engkau lupa dimana kau simpannya<o:p></o:p>

Aku sudah engkau anggap hanya sebagai perhiasan rumahmu<o:p></o:p>

Kadangkala aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap
bertaqwa<o:p></o:p>

Atau aku kau buat penangkal untuk menakuti hantu dan syaitan<o:p></o:p>

Kini aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam
kesendirian dalam kesepian<o:p></o:p>

Di atas almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan<o:p></o:p>

Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca
beberapa halaman<o:p></o:p>

Malam harinya aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di
surau.....<o:p></o:p>

Sekarang... pagi-pagi sambil minum milo...engkau baca surat
khabar pagi atau menonton berita TV

Waktu lapang..engkau sempatkan membaca buku
karangan manusia<o:p></o:p>

Sedangkan aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah
Yang Maha Perkasa.<o:p></o:p>

Engkau campakkan, engkau abaikan dan engkau lupakan...<o:p></o:p>

Waktu berangkat kerjapun kadang engkau lupa baca pembuka
surahku (Bismillah)<o:p></o:p>

Diperjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi<o:p></o:p>

Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat padaku
di laci keretamu<o:p></o:p>

Sepanjang perjalanan radiomu selalu tertuju ke stesyen radio
kegemaranmu<o:p></o:p>

Aku tahu kalau itu bukan Stesyen Radio yang sentiasa
melantunkan ayatku<o:p></o:p>

Di meja kerjamu tidak ada aku untuk kau baca sebelum kau
mulai kerja<o:p></o:p>

Di Komputermu pun kau putar muzik kegemaran<o:p></o:p>

Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku melantun E-mail
temanmu yang ada ayat-ayatkupun kadang kau abaikan<o:p></o:p>

Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu<o:p></o:p>

Benarlah dugaanku bahwa engkau kini sudah benar-benar
melupakanku<o:p></o:p>

Bila malam tiba engkau tahan mengadap berjam-jam di depan TV menonton cerita yang tidak berfaedah <o:p></o:p>

Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk<o:p></o:p>

Hanya sekedar melayari laman sosial<o:p></o:p>

Waktupun cepat berlalu...aku menjadi semakin kusam dalam
almari<o:p></o:p>

Mengumpul debu dilapisi abu dan mungkin dimakan kutu<o:p></o:p>

Seingatku hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali<o:p></o:p>

Itupun hanya beberapa lembar dariku<o:p></o:p>

Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu<o:p></o:p>

Engkaupun kini terbata-bata dan kurang lancar lagi setiap
membacaku.<o:p></o:p>

Apakah surat khabar, TV, radio , komputer, dapat memberimu
pertolongan?<o:p></o:p>

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba<o:p></o:p>

Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya?<o:p></o:p>

Hanya dengan ayat-ayat Allah yang ada padaku engkau dapat
selamat melaluinya.<o:p></o:p>

Sekarang engkau begitu mudah membuang waktumu...<o:p></o:p>

Setiap saat berlalu... kuranglah sudah umurmu...<o:p></o:p>

Dan akhirnya kubur sentiasa menunggu kedatanganmu..<o:p></o:p>

Engkau bisa kembali kepada Tuhanmu sewaktu-waktu<o:p></o:p>

Apabila malaikat maut mengetuk pintu rumahmu.<o:p></o:p>

Bila aku engkau baca selalu dan engkau hayati...<o:p></o:p>

Di kuburmu nanti....<o:p></o:p>

Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan<o:p></o:p>

Yang akan membantu engkau membela diri,<o:p></o:p>

bukan surat khabar yang engkau baca yang akan membantumu<o:p></o:p>

Dari perjalanan di alam akhirat, tapi Akulah "Al-
Qur'an" kitab sucimu<o:p></o:p>

Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu<o:p></o:p>

Peganglah aku lagi . .. bacalah kembali aku setiap hari<o:p></o:p>

Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat suci<o:p></o:p>

Yang berasal dari Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui<o:p></o:p>

Yang disampaikan oleh Jibril kepada Muhammad Rasulullah.<o:p></o:p>

Keluarkanlah segera aku dari almari atau lacimu...<o:p></o:p>

Jangan lupa bawa kaset yang ada ayatku dalam laci keretamu<o:p></o:p>

Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu<o:p></o:p>

Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu<o:p></o:p>

Sentuhilah aku kembali...<o:p></o:p>

Baca dan pelajari lagi aku....<o:p></o:p>

Setiap datangnya pagi dan malam hari<o:p></o:p>

Seperti dulu.... dulu sekali...<o:p></o:p>

Waktu engkau masih kecil, tidak tahu apa- apa dan tidak
mengerti...<o:p></o:p>

Di surau kecil kampungmu yang damai<o:p></o:p>

Jangan aku engkau biarkan sendiri....<o:p></o:p>

Dalam bisu dan sepi.... Mahabenar Allah, yang Mahaperkasa
lagi Mahabijaksana<o:p></o:p>

<o:p>
</o:p>

Siti Nur Syaqira bt Abu Bakarhttp://www.blogger.com/profile/06692094259340622457noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6383737791123671979.post-31650971470012422302012-05-31T18:46:00.000-07:002012-05-30T18:47:55.043-07:00ISTIQAMAHBISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T....

Setiap muslim yang telah berikrar bahwa Allah Rabbnya, Islam
agamanya dan Muhammad rasulnya, harus senantiasa memahami erti ikrar ini dan
mampu merealisasikan nilai-nilainya dalam realiti kehidupannya. Setiap dimensi
kehidupannya harus terwarnai dengan nilai-nilai tersebut baik dalam keadaan aman mahupun terancam.

<o:p></o:p>

Namun dalam realiti kehidupan dan fenomena umat, kita
menyadari bahwa tidak setiap orang yang memiliki pemahaman yang baik tentang
Islam mampu mengimplementasikan dalam seluruh sisi-sisi kehidupannya. Dan orang
yang mampu mengimplementasikannya belum tentu bisa bertahan sesuai yang
diharapkan Islam, yaitu komitmen dan istiqomah dalam memegang ajarannya dalam
sepanjang perjalanan hidupnya.<o:p></o:p>

Maka istiqomah dalam memegang tali Islam merupakan kewajiban
asasi dan sebuah keniscayaan bagi hamba-hamba Allah yang menginginkan husnul
khatimah dan harapan-harapan surgaNya. Rasulullah saw bersabda:<o:p></o:p>

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw
bersabda, "Beristiqamah, ketahuilah sesungguhnya tidak
ada seorang pun dari kalian yang selamat dengan amalnya. Mereka bertanya, “Dan
juga kamu Ya … Rasulullah, Beliau bersabda, “Dan juga aku (tidak selamat juga)
hanya saja Allah S.W.T telah meliputiku dengan rahmat dan anugerah-Nya.” (H.R.
Muslim dari Abu Hurairah).<o:p></o:p>

Istiqamah bukan hanya diperintahkan kepada manusia biasa
saja, akan tetapi istiqamah ini juga diperintahkan kepada manusia-manusia besar
sepanjang sejarah peradaban dunia, iaitu para Nabi dan Rasul. Perhatikan ayat
berikut ini;<o:p></o:p>

“Maka tetaplah (istiqamahlah) kamu pada jalan yang benar,
sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta
kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang
kamu kerjakan.” (Q.S. Hud:112)<o:p></o:p>

Definisi<o:p></o:p>

Istiqamah adalah antonim dari thughyan (penyimpangan atau
melampaui batas). Ia bisa berarti berdiri tegak di suatu tempat tanpa pernah
bergeser, kerena akar kata istiqamah dari kata “qaama” yang bererti berdiri.
Maka secara etimologi, istiqamah berarti tegak lurus. Dalam kamus besar bahasa
Indonesia, istiqamah diartikan sebagai sikap teguh pendirian. <o:p></o:p>

Secara terminologi, istiqamah bisa diertikan dengan beberapa
pengertian berikut ini;<o:p></o:p>

Abu Bakar As-Shiddiq ra ketika ditanya tentang istiqamah ia
menjawab bahwa istiqamah adalah kemurnian tauhid (tidak boleh menyekutukan
Allah dengan apa dan siapa pun).<o:p></o:p>

Umar bin Khattab ra berkata, “Istiqamah adalah komitmen
terhadap perintah dan larangan dan tidak boleh menipu sebagaimana tipuan musang”.<o:p></o:p>

Utsman bin Affan ra berkata, “Istiqamah adalah mengikhlaskan
amal kepada Allah Taala”<o:p></o:p>

Ali bin Abu Thalib ra berkata, “Istiqamah adalah
melaksanakan kewajiban-kewajiban”.<o:p></o:p>

Al-Hasan berkata, “Istiqamah adalah melakukan ketaatan dan
menjauhi kemaksiatan”.<o:p></o:p>

Mujahid berkata, “Istiqamah adalah komitmen terhadap
syahadat tauhid sampai bertemu dengan Allah Taala”.<o:p></o:p>

Ibnu Taimiah berkata, “Mereka beristiqamah dalam mencintai
dan beribadah kepada-Nya tanpa menoleh kiri kanan”.<o:p></o:p>

Jadi muslim yang beristiqamah adalah muslim yang selalu
mempertahankan keimanan dan akidahnya dalam situasi dan kondisi apapun.<o:p></o:p>

Ia bak batu karang yang tegar menghadapi gempuran
ombak-ombak yang datang silih berganti. Ia tidak mudah mengalah dalam perjalanan dakwah.<o:p></o:p>

Ia senantiasa sabar dalam menghadapi seluruh godaan dalam
medan dakwah yang dicemburinya. Meskipun tahapan dakwah dan tokoh sentralnya
mengalami perubahan. Itulah manusia muslim yang sesungguhnya, selalu istiqamah dalam
sepanjang jalan dan di seluruh tahapan-tahapan dakwah.<o:p></o:p>

Siti Nur Syaqira bt Abu Bakarhttp://www.blogger.com/profile/06692094259340622457noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6383737791123671979.post-84387183701942151672012-05-29T21:56:00.000-07:002012-05-29T00:06:04.794-07:00MUHASABAH DIRIBISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Setiap manusia pasti ada perasaan kasih mengasihi. Sebagai seorang insan biasa, saya masih belum kuat untuk melawan nafsu dan melawan hasutan syaitan yang tak henti-henti. Saya mempunyai perasaan mengasihi orang bukan muhrim, saya pasti semua orang pasti ada perasaan ini. Cuma anda diberikan pilihan samada ingin mengawalnya ataupun mengikut hawa nafsu untuk melafazkannya. Tetapi, sebaiknya lebih baik anda mendiamkan sahaja. Tidak perlu menunjukkan yang anda benar-benar mencintainya. Cubalah kawal nafsu. Banyakkan istighfar. Dekatkanlah hati anda dengan Yang Maha Esa. Saya tahu memang susah untuk mengawalnya, tetapi sekurang-kurangnya cuba. Kerana perasaan ini selalunya akan menjauhkan kita daripada mendekati yang Maha Esa. Jika anda benar-benar mencintai atau meminatinya, cukuplah sekadar mendoakan yang terbaik untuknya.

Percayalah kepada firman Allah `Perempuan yang keji untuk laki2 yang keji, dan laki2 yg keji untuk perempuan2 yang keji, sedangkan perempuan yg baik untuk laki2 yang baik, dan laki2 yang baik untuk perempuan yg baik pula. Mereka itu bersih dari apa yang dituduh orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezki yang mulia(syurga).' Surah an-Nur 24:26. JAdi, tidak perlulah mencarinya, ketika masih belajar dan sebagai seorang anak. Utamakan tanggungjawab yang utama, iaitu menjadi hambaNya yang buat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang,anak yang soleh dan solehah sebagai seorang anak serta belajar bersungguh-sungguh sebagai seorang pelajar.

Wahai remaja dan teman-teman fahamilah firman ALLAH, surah Al-Isra'a 17:32, yang bermaksud `Dan janganlah kamu mendekati zina kerana sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan jalan yang jahat (membawa kerosakan)'.

Wahai remaja yang bergelar muslimah, `Dunia adalh perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah' (Riwayat Hadis Bukhari Muslim). Berdasarkan hadis tersebut, sama-samalah kita memperbaiki diri untuk menjadi wanita solehah. Sama-sama berubah ke arah yang lebih baik.

Akhir sekali, diharapkan sesiapa yang membacanya dapat bermuhasabah dan direnungkan.. Begitu juga dengan diri saya yang mempunyai kelemahan. InsyaAllah, sama-sama kita berubah sedikit demi sedikit.

`Jadikan hari ini lebih baik daripada hari semalam, celakalah bagi kamu yang hari ini lebih teruk daripada hari semalam'.

Wallahu`alam. Maaf jika mempunyai sebarang keterlanjuran kata.

Siti Nur Syaqira bt Abu Bakarhttp://www.blogger.com/profile/06692094259340622457noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6383737791123671979.post-15190660760219108612012-05-28T01:08:00.003-07:002012-05-28T01:08:47.441-07:00KEISTIMEWAAN WANITABISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

1.Doa wanita itu
lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada
Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." <o:p></o:p>

2.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000
lelaki yang soleh. <o:p></o:p>

3.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan
orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. <o:p></o:p>

4. Wanita yang
tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam
syurga. <o:p></o:p>

5.Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke
rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan
amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan
anak Nabi Ismail. <o:p></o:p>

6.Syurga itu di bawah
telapak kaki ibu. <o:p></o:p>

7.Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga
saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh
rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga. <o:p></o:p>

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka
jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu. <o:p></o:p>

9.Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan
sesuatu daripada anak-anak perempuannya
lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.<o:p></o:p>

10.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutuplah pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab. <o:p></o:p>

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di
laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat
dan puasanya.<o:p></o:p>

<o:p></o:p>

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada
Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab
Rasulullah SAW "Suaminya."
" Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW,
"Ibunya."<o:p></o:p>

13.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu
syurga mana sahaja yang dikehendaki.<o:p></o:p>

14.Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,
maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya
(10,000 tahun). <o:p></o:p>

15.Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. <o:p></o:p>

16.Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,
maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
<o:p></o:p>

17.Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah
dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. <o:p></o:p>

18.Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. <o:p></o:p>

19.Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.<o:p></o:p>

Allah berfirman:

<o:p></o:p>

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

<o:p></o:p>

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

<o:p></o:p>

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

<o:p></o:p>

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya

<o:p></o:p>

bersikap sangat menyakiti hatinya."<o:p></o:p>

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

<o:p></o:p>

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu-ragu."

<o:p></o:p>

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan ketika ia diperlukan."

<o:p></o:p>

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,

<o:p></o:p>

kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

<o:p></o:p>

<o:p>Wahai Kaum Hawa.</o:p>

Kau digelar sebagai penyeri dunia<o:p></o:p>

Hadirmu melengkap hubungan manusia<o:p></o:p>

Bukan sahaja dirindui yang biasa<o:p></o:p>

Malah adam turut sunyi tanpa hawa<o:p></o:p>

Akalmu senipis bilahan rambut<o:p></o:p>

Tebalkan ia dengan limpahan ilmu<o:p></o:p>

Jua hatimu bak kaca yang rapuh<o:p></o:p>

Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh<o:p></o:p>

Tercipta engkau dari rusuk lelaki<o:p></o:p>

Bukan dari kaki untuk dialasi<o:p></o:p>

Bukan dari kepala untuk dijunjung<o:p></o:p>

Tapi dekat dibahu untuk dilindung<o:p></o:p>

Dekat jua dihati untuk dikasihi<o:p></o:p>

Engkaulah wanita hiasan duniawi<o:p></o:p>

Mana mungkin lahirnya bayangan<o:p></o:p>

Yang lurus elok jika datangnya<o:p></o:p>

Dari kayu yang bengkok<o:p></o:p>

Begitulah peribadi yang dibentuk<o:p></o:p>

Didiklah wanita dengan keimanan<o:p></o:p>

Bukannya harta ataupun pujian<o:p></o:p>

Kelak tidak derita berharap<o:p></o:p>

Pada yang binasa<o:p></o:p>

Engkaulah wanita istimewa<o:p></o:p>

Sedarilah insan istimewa<o:p></o:p>

Bahawa kelembutan bukan kelemahan<o:p></o:p>

Bukan jua penghinaan dari tuhan<o:p></o:p>

Bahkan sebagai hiasan kecantikan.....<o:p></o:p>

”Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik<o:p></o:p>

Perhiasan adalah wanita solehah”<o:p></o:p>

(H.R.Muslim)<o:p></o:p>

Siti Nur Syaqira bt Abu Bakarhttp://www.blogger.com/profile/06692094259340622457noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6383737791123671979.post-28305976099867820472012-05-27T00:28:00.001-07:002012-05-27T00:30:45.241-07:00IDENTITI MUKMINBISMILLLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Apakah anda sudah membangunkan identiti mu'min?<o:p></o:p>

Apakah ISLAM?<o:p></o:p>

Pertanyaan itu, bukan sahaja menjadi persoalan kepada orang
bukan ISLAM sahaja, bahkan kebanyakan orang ISLAM sendiri, mempunyai pertanyaan
yang sama. Hal ini kerana, zaman ini manusia tidak dapat mencari contoh yang
terbaik, yang wujud di hadapan mata mereka untuk menunjukkan kepada mereka apa
itu ISLAM.<o:p></o:p>

ISLAM, bukan satu teori agama, yang direka-reka oleh seorang
manusia, untuk mencari ketenangan jiwa. ISLAM hakikatnya adalah satu sistem
hidup, yang diturunkan oleh PENCIPTA segala makhluk, sebagai maslahat seluruh
alam, bukan sekadar kebaikan buat kaum manusia semata-mata. Justeru, sistem
hidup ISLAM ini perlu diterjemahkan ke dalam kehidupan manusia, yang telah
ditaklifkan menjadi pentadbir di atas muka bumi ini.<o:p></o:p>

Dan yang mampu menterjemahkan ISLAM dalam kehidupan,
hanyalah manusia yang mempunyai identiti mu’min di dalam diri.<o:p></o:p>

Dahulu, semasa saya kecil, saya memandang bahawa identiti
orang beriman ini adalah mereka yang sering memakai jubah, memakai kopiah.
Malah, dahulu saya cukup mengagumi mereka yang memakai serban dan membawa
kalungan tasbih, dan menganggap bahawa iman mereka lebih dari orang yang
berpakaian biasa. Ketika saya kecil itu, kalau melihat orang yang berjanggut
panjang, maka saya akan terus katakan dia adalah orang yang alim. Kalau orang
tu fasih bercakap arab, saya akan anggap dia macam alim ulama’ la.<o:p></o:p>

“ Itulah ulama’, itulah pembawa ISLAM” Kata saya dalam hati.<o:p></o:p>

Tetapi bila saya membesar, saya dapat melihat pelbagai
perkara. Saya boleh katakan, pandangan saya semasa kecil itu salah.<o:p></o:p>

Apakah itu yang dikatakan ISLAM?<o:p></o:p>

Sebenarnya, pakaian tidak membawa apa-apa makna. Identiti
mu’min, tidak terbina dengan luaran semata-mata. Identiti mu’min juga tidak
terbina dengan genetik darah, atau jenis kaum semata-mata.<o:p></o:p>

Rasulullah SAW bersabda semasa khutbah wida’ baginda di
Arafah:<o:p></o:p>

“ Wahai manusia, sesungguhnya TUHAN kamu adalah satu, dan
asal kamu adalah satu. Ketahuilah bahawa tiada kelebihan orang arab di atas
orang yang bukan arab. Dan tiada juga kelebihan orang bukan arab di atas orang
arab. Orang yang berkulit hitam juga tiada kelebihan di atas orang yang
berkulit kemerahan, dan begitulah sebaliknya, kecuali denga taqwa. Sesungguhnya
yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi ALLAH adalah yang paling tinggi
taqwanya” Riwayat Bukhari dan Muslim.<o:p></o:p>

Identiti mu’min bukan terbangun dari ikut-ikutan. Identiti mu’min terbangun dari taqwa dan keimanan.

Daripada taqwa dan keimanan itulah,
seorang mu’min akan menjaga tingkah lakukanya, menjaga kekemasan pakaiannya, meningkatkan
usahanya dan sentiasa mencuba untuk melakukan yang terbaik, dalam apa jua
lapangan kehidupannya. Dengan taqwa dan keimanan itulah, seorang mu’min mampu
taat kepada ALLAH, luar dan dalam, zahir dan batin, depan manusia atau di
belakang manusia.<o:p></o:p>

Sebab itu jika kita menoleh, sirah Rasulullah SAW telah
menunjukkan betapa pembinaan yang pertama bukanlah pembinaan negara, atau
pendirian peraturan syariah, tetapi yang pertama diutuhkan asanya adalah
keimanan kepada ALLAH SWT. 13 tahun fasa Makkah, proses yang berlaku adalah
proses pembinaan iman. Ayat-ayat Al-Quran yang ALLAH turunkan ketika itu
semuanya ayat-ayat yang membina asas-asas keimanan.<o:p></o:p>

Proses inilah yang melahirkan manusia ampuh seperti Bilal
bin Rabah RA. Bayangkan, diseret di tengah padang pasir, di hempap dengan batu
besar, tetapi tahukah kalian apakah yang dilaung-laungkannya?<o:p></o:p>

“ Ahad, ahad, ahad”<o:p></o:p>

Begitu mendalam sekali keimanan Bilal bin Rabah, walaupun
dia bukanlah seorang yang berjubah, berserban, melainkan dia hanyalah seorang
hamba berkulit hitam, yang mungkin tidak mempunyai baju pun untuk dipakai.<o:p></o:p>

Peribadi-peribadi sebeginilah yang sebenarnya membawa
identiti mu’min. Walaupun Bilal adalah hamba, tetapi kehadirannya memberikan
kesan kepada masyarakat. Sebab itulah mereka yang membenci cahaya ALLAH,
berusaha untuk menghapuskan manusia sepertinya. Namun, siapalah manusia jika
hendak memadamkan cahaya ALLAH?<o:p></o:p>

“ Mereka berkehendak memadamkan cahaya ALLAH dengan mulut
mereka dan ALLAH tiak mengkehendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun
orang-orang kafir tidak menyukai” Surah At-Taubah ayat 32.<o:p></o:p>

Peribadi yang mempunyai identiti mu’min ini, tidak pula
tergoyah dengan ujian. Saban waktu mereka ditapis, ditapis, ditapis oleh ALLAH
SWT untuk melihat sama ada keimanan mereka benar atau tidak. Diuji dengan
pelbagai ujian, antaranya dipulau selama tiga tahun, hingga terpaksa merebus
kasut kulit mereka untuk dimakan, dan menjamah daun-daun kering sehingga pecah
luka bibir dan mulut mereka. Malah, keimanan mereka teruji hebat dengan peristiwa
Isra’ dan Mi’raj yang diluar logik akal. Mereka juga teruji dengan berita palsu
tumbangnya Rasulullah SAW di medan Uhud. Dan dugaan yang paling berat untuk
mereka, adalah ketika Rasulullah SAW benar-benar dipanggil pergi oleh ALLAH
SWT.<o:p></o:p>

Tetapi, bagi yang benar keimanan mereka, tetap teguh dan
bertahan.<o:p></o:p>

“ Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka
akan dibiarkan berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?
Sesungguhnya KAMI telah menurunkan ujian kepada orang sebelum mereka, maka
sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya DIA
mengetahui orang-orang yang dusta” Surah Al-Ankabut ayat 1-3.<o:p></o:p>

Sebab itulah, amat jelek bagi manusia hari ini yang
menganggap dia telah beriman, menganggap dirinya mulia hanya dengan
pakaian-pakaian yang mereka pakai.<o:p></o:p>

Sebab identiti mu’min itu hadir dari kefahaman, bukan
kefahaman dari buku, tetapi kefahaman dari ujian kehidupan yang dilaluinya.
Sebab ujian itu adalah tarbiyah ALLAH. Manusia yang tahan diuji, adalah manusia
yang benar-benar beriman kepada ALLAH. Sebab dia yakin dengan sebenar
keyakinannya bahawa ALLAH tidak akan meninggalkannya.<o:p></o:p>

“ Apakah kamu mengira kamu akan memasuki syurga, sedangkan
belum tiba kepada kamu(cubaan) sebagaimana halnya orang terdahulu sebelum kamu?
Mereka ditimpakan malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan(dengan
pelbagai dugaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang yang bersamanya, bilakah
datangnya pertolongan ALLAH? Ingatlah bahawa sesungguhnya pertolongan ALLAH itu
amatlah dekat” Surah Al-Baqarah ayat 214.<o:p></o:p>

Jelek bagi mereka yang terasa sudah tinggi keimanan mereka,
menyatakan mereka lebih bagus dari orang lain, memandang rendah pula pada
mereka yang tersungkur dan sebagainya, tanpa memikirkan bahawa, mereka itu
belum diuji dengan ujian yang menggegarkan keimanan mereka. Jelek juga bagi
mereka yang secara membuta tuli menghukum manusia lain itu beriman atau berdosa
hanya dengan pakaian.<o:p></o:p>

“ Oh dia ni iman dia tinggi sebab dia pakai jubah. Oh, ini
iman dia rendah sebab dia pakai jeans”<o:p></o:p>

Sedangkan, memakai jeans yang kemas, tidak ketat, tidak pula
koyak sana sini, adalah tidak berlanggaran dengan syara’.<o:p></o:p>

Akhirnya, dengan pandangan cetek itulah, manusia
membelakangkan ISLAM.<o:p></o:p>

“ Tengok tu, dia pakai jubah hari-hari, tapi hisap rokok rupanya.
Eh, dia tu budak sekolah agama kan? Tapi berzina. Dia tu janggut panjang, tapi
bila poligami keluarga rosak. Ish, ISLAM ni memang dah tak relevan kan?”<o:p></o:p>

Sebab itu saya suka agar kita sentiasa muhasabah kehidupan
kita. Apakah kita telah berusaha membangunkan identiti keimanan yang sebenar
dalam kehidupan kita? Apakah kita telah berusaha menghidupkan taqwa di dalam
jiwa kita? Atau sebenarnya, kita hanyalah orang ISLAM, yang dilahirkan oleh
orang ISLAM, yang mempunyai datuk nenek orang ISLAM semata-mata?<o:p></o:p>

“ Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa,<o:p></o:p>

iman tak dapat dijual beli,<o:p></o:p>

ia tiada di tepian pantai,<o:p></o:p>

Walau apapun caranya jua,<o:p></o:p>

engkau mendaki gunung yang tinggi, engkau merentas lautan
api,<o:p></o:p>

namun tak dapat jua dimiliki,<o:p></o:p>

jika tidak kembali kepada ALLAH”<o:p></o:p>

-Nasyid Iman Mutiara, Raihan, Album Puji-pujian-<o:p></o:p>

Mari bersama muhasabah, sama-sama kita koreksi diri.<o:p></o:p>

Siti Nur Syaqira bt Abu Bakarhttp://www.blogger.com/profile/06692094259340622457noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6383737791123671979.post-84953938476364346782012-05-26T22:11:00.000-07:002012-05-25T23:12:07.295-07:00MENDIDIK HATI MENGHARAP KEPADA ALLAHBISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Sifat takut (khauf) dan harap (raja’), perlu subur dalam
jiwa seorang mukmin. Takut kepada Allah, takut akan azab-Nya. Tidak takut
kepada selain-Nya.Mengharap kepada Allah, kepada rahmat-Nya dan pertemuan
dengan-Nya.Sifat ini perlu disebatikan dalam diri, agar laluan menuju
akhirat tidak terpesong.

<o:p></o:p>

Dua
sifat ini perlu disatukan, tidak sempurna andai tiada salah satu.<o:p></o:p>

Sifat takut tanpa harap, dikhuatiri membawa kepada putus
asa.<o:p></o:p>

Sifat berharap tanpa takut, dikhuatiri membawa kepada
tertipu.<o:p></o:p>

Harapkan pahala apabila melakukan ibadat, tetapi tidak
berjaga-jaga dalam menjauhkan diri daripada sifat riya’ dan bisikan syaitan,
maka ibadat itu hanya sia-sia. Sesungguhnya riya’ itu adalah syirik khafi,
syirik yang tersembunyi. Betapa penting buat seorang mukmin itu untuk sentiasa
menjaga niatnya.<o:p></o:p>

Firman Allah Ta’ala: <o:p></o:p>

Maka barangsiapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya, maka
hendaklah dia mengerjakan amal saleh dan janganlah dia mempersekutukan dengan
sesuatupun dalam beribadat kepada Tuhannya.<o:p></o:p>

(Al-Kahfi: 110)<o:p></o:p>

Inilah harapan, cita-cita mahupun kehendak yang paling utama
buat seorang mukmin. Harapan untuk bertemu dengan Al-Khaliq, dan kekasihnya
Muhammad s.a.w. di syurga. Tiada yang paling didambakan melainkan ini. Tiada
yang lebih membahagiakan melainkan ini.<o:p></o:p>

Maka demi Pertemuan Agung, bayarannya adalah amal saleh yang
dihiasi ikhlas. Inilah bekalan kita, dengan itu redha dan rahmat Allah dapat
diraih.<o:p></o:p>

<o:p>
</o:p>

<o:p> </o:p>Taubat

Daripada Anas r.a. katanya: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda: Allah s.w.t. telah berfirman:<o:p></o:p>

Wahai anak Adam! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan
berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu
lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.<o:p></o:p>

Dosa seorang hamba yang begitu banyak bukanlah suatu yang
besar bagi Allah, selagimana dia bertaubat dan berharap kepada Allah. Usah kita
terpedaya dengan bisikan syaitan, yang berusaha agar kita putus asa terhadap
rahmat-Nya.<o:p></o:p>

Katakanlah: "Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas
terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya (kecuali syirik). Sesungguhnya
Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.<o:p></o:p>

(Az-Zumar:53)<o:p></o:p>

Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah
kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong
(lagi).<o:p></o:p>

(Az-Zumar:54)<o:p></o:p>

Usah diperdaya oleh syaitan dan angkatan manusianya yang
ingin melihat kita sentiasa berasa lemah. Kuatkan diri untuk melakukan
perubahan ke arah kebaikan, kembali ke jalan benar.<o:p></o:p>

Firman Allah Ta’ala:<o:p></o:p>

Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan
(dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang
ingat.<o:p></o:p>

(Hud:114)<o:p></o:p>

Teladan<o:p></o:p>

Imam Syafi’e rahimahullah berkata ketika menghadapi sakit
yang membawa kepada kematiannya:<o:p></o:p>

Ketika hatiku menjadi keras dan pernafasanku sempit,<o:p></o:p>

Aku menjadikan harapan untuk mencapai keampunan-Mu sebagai
tangga.<o:p></o:p>

Dosaku sangat besar, namun ketikaku bandingkan,<o:p></o:p>

Ternyata keampunan daripada Tuhanku adalah lebih besar. <o:p></o:p>

Betapa ulama’ hebat seperti beliau, memiliki sifat takut
terhadap Allah, apatah lagi buat kita, yang seharusnya memiliki lebih sifat
takut kepada Allah, disebabkan dosa-dosa yang tidak terhitung.<o:p></o:p>

Coretan Hamba<o:p></o:p>

Bukanlah hamba yang menulis ini lebih baik daripada kalian.
Hamba takut, apabila teringatkan amaran Allah s.w.t. :<o:p></o:p>

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan
sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian disisi Allah bahawa kamu
mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.<o:p></o:p>

(As-Saff: 2-3)<o:p></o:p>

Namun hamba juga amat berharap akan ganjaran yang ditawarkan
oleh Allah s.w.t :<o:p></o:p>

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang
menyeru kepada Allah, mengerjakan amal saleh, dan berkata: "Sesungguhnya
aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” ?<o:p></o:p>

(Fussilat:33)<o:p></o:p>

Siti Nur Syaqira bt Abu Bakarhttp://www.blogger.com/profile/06692094259340622457noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6383737791123671979.post-33014839083366291532012-05-25T10:34:00.000-07:002012-05-25T10:34:01.609-07:00JANGAN ZALIM DIRI SENDIRIBISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Semua manusia fitrahnya adalah melakukan kebaikan. Fitrah
manusia juga percaya ada satu kuasa yang super power di dunia ini. Jika
beragama,pasti percaya adanya Tuhan.
Didalam setiap agama dan kepercayaan mendidik manusia untuk berakhlak mulia.
Menjaga diri , bersopan santun dan hidup di dalam harmoni. Tidak ada mana-mana
manusia fitrahnya mahu kepada kerosakkan dan kezaliman.<o:p></o:p>

Namun ramai yang tidak tahu apakah maksud zalim itu. Adakah
hanya dengan melakukan kekejaman itu dikatakan zalim? Adakah dengan menganiya
orang lain itu dikatakan zalim. Bagaimana jika dia menganiya diri sendiri?
Adakah dikatakan zalim?<o:p></o:p>

Sebenarnya membiarkan diri kita melakukan kemungkaran adalah
perbuatan zalim terhadap diri sendiri. Ramai orang tidak sedar akan hal ini. Membiarkan diri melakukan maksiat adalah
kezaliman yang sangat dasyat. Kenapa kita kata begitu? Kerana bila kita
membiarkan diri kita berada di dalam kemungkaran dan maksiat, sebagai orang
yang beragama, percaya adanya syurga dan neraka, maka kita telah menempatkan
diri kita di dalam neraka. Seseolah kita telah tempah tiket untuk menuju ke
sana.<o:p></o:p>

Makanya, walaupun sudah
ada tiket, tetapi perjalanan
masih jauh (takut juga esok mati), kita masih diberikan peluang untuk
bertaubat. Maka supaya tidak menzalimi diri sendiri, kepada yang sering
melakukan kemungkaran dan maksiat, segeralah bertaubat. Taubat dengan
sebenar-benarnya taubat.<o:p></o:p>

"Tiada Tuhan
yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Engkau. Maha suci
diri-Mu, sesungguhnya aku tergolong dalam golongan orang yang menzalimi diri
sendiri."<o:p></o:p>

Kenapa? Mengapa setelah Allah suruh kita memuji-Nya, diminta
kita kutuk diri sendiri? "Aku zalim, aku zalim!" seolah-olah itu
kehendak Allah SWT.<o:p></o:p>

Jadi fikir-fikirkanlah.. sama-sama bermuhasabah..

Siti Nur Syaqira bt Abu Bakarhttp://www.blogger.com/profile/06692094259340622457noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6383737791123671979.post-57497253714989524062012-05-20T00:57:00.002-07:002012-05-20T00:57:34.112-07:00GADIS CANTIK DAN SEPOTONG ROTIBISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALIKUM W.B.T...

"Diriwayatkan bahawa pernah terjadi musim kemarau di
kalangan Bani Israil. Masuklah seorang fakir di depan pintu seorang kaya seraya
berkata, “Berilah sedekah kepadaku dengan sepotong roti untuk mencari redha
Allah SWT.” <o:p></o:p>

Puteri dari orang kaya itu keluar membawa roti yang masih
hangat dan diberikannya kepada orang fakir itu. Lalu datanglah orang kaya yang
celaka dan dipotongnya tangan puterinya.<o:p></o:p>

Lalu Allah SWT merubah keadaannya dan menghilangkan semua
hartanya. Jadilah dia fakir dan meninggal dalam keadaan hina. Sedang puterinya
berkeliling dari pintu rumah ke pintu yang lain dengan meminta-minta. Dia
seorang gadis yang cantik jelita. <o:p></o:p>

Suatu hari gadis itu datang di depan pintu seorang lelaki
kaya. Keluarlah ibu lelaki itu dan dia memandang puteri itu dan memperhatikan
kecantikannya serta menyuruhnya masuk ke dalam rumahnya. Dia merasa tertarik
dan ingin mengahwinkan dengan anaknya. Setelah dia mengahwinkannya, dia
menghiasinya dan menghidangkan di hadapannya sebuah hidangan pada malam hari.
Puteri itu mengeluarkan tangannya sebelah kiri untuk makan bersama suaminya. <o:p></o:p>

Melihat itu suaminya berkata, “Sungguh aku memang sering
mendengar bahawa orang fakir adalah kurang pendidikan. Keluarkanlah tangan
kananmu.” <o:p></o:p>

Puteri itu tetap mengeluarkan tangan kirinya dan
berkali-kali suaminya melarangnya. Terdengar satu suara dari sudut pintu,
“Keluarkan tanganmu sebelah kanan, hai perempuan hamba Allah. Benar-benar
engkau telah memberikan roti itu kepada Allah. Tentu Allah akan memberikan
tanganmu kepada dirimu.” <o:p></o:p>

Maka dikeluarkannya tangan kanannya dalam keadaan utuh
berkat kekuasaan Allah SWT dan makanlah dia bersama suaminya.<o:p></o:p>

Siti Nur Syaqira bt Abu Bakarhttp://www.blogger.com/profile/06692094259340622457noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6383737791123671979.post-44590464483007432812012-05-20T00:47:00.000-07:002012-05-20T00:47:21.832-07:00MENCARI KEREDHAAN TUHANBISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Hidup ini matlamatnya adalah Tuhan. Tuhan yang hendak
dibesarkan, disanjung dan dicintai. Untuk mendapatkan perasaan-perasaan itu,
Tuhan beri jalan dan tunjukkan cara supaya melalui cara-cara itu dapat
dizahirkan perasaan-perasaan itu. Cara-cara melahirkan perasaan itu ada yang
berbentuk ibadah asas, sunat dan umum.<o:p></o:p>

Yang asas iaitu melalui ibadah yang fardhu seperti solat,
zakat, haji dan lain-lain. Semoga kita dapat melahirkan perasaan tadi iaitu
rasa kebesaran Tuhan dan rasa hendak puji Tuhan melalui ibadah yang asas. Kalau
yang fardhu tidak cukup untuk lahirkan perasaan bertuhan itu, ia boleh
dilakukan melalui perkara-perkara sunat pula. Ibadah yang fardhu tidak boleh di
ubah suai mengikut kehendak kita. Ia adalah ibadah yang tetap dan wajib
dilaksanakan. Ia tidak boleh di tokok tambah. Orang tidak rasa puas melahirkan
rasa kehambaan dan rasa bertuhan itu melalui ibadah fardhu bolehlah ditambah
dengan yang sunat pula.<o:p></o:p>

Tuhan tahu ada orang yang hatinya asyik dengan Tuhan,
sentiasa ingat kepada Tuhan. Jika boleh hendaklah selalu bersama Tuhan. Ibadah
yang fardhu tidak boleh ditambah bilangannya iaitu lima waktu sehari semalam.
Kita tidak boleh solat fardhu 30 waktu semata-mata kerana ingin mendampingi
Tuhan. Tidak boleh memandai-mandai bagi yang fardhu. Perbanyakkanlah yang sunat
bagi orang tidak merasa cukup untuk melahirkan perasaan kehambaannya dalam
ibadah fardhu. Ia adalah ruang tambahan untuk melahirkan rasa hamba, cinta,
takut dan lain-lain. Bagi orang yang ibadah fardhu pun sudah mengasyikkan
jangan tambah fardhu tetapi tambah yang sunat. Begitulah yang fardhu dan sunat
terbatas.<o:p></o:p>

Selain dari fardhu dan sunat, ada ruang lain untuk yang
harus seperti makan, rehat, kerja dan lain-lain. Yang harus ini jika tidak
digunakan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, Allah masih memberi rukhsah atau
pilihan kepada hamba-Nya samada hendak dilakukan atau tidak. Allah maafkan jika
tidak digunakan perkara yang harus untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.
Sebaik-baiknya ruang-ruang ibadah yang harus juga digunakan untuk mendekatkan
diri kepada Tuhan. Cuma jangan digantikan dengan yang haram. Oleh itu selama 24
jam kita dalam beribadah kepada Tuhan. Itulah rahmat Tuhan agar hamba-Nya tidak
berdosa. Allah telah menyediakan garis panduan dan peringatan. Terpulang kepada
kita samada untuk melaksanakan atau tidak.<o:p></o:p>

Di sini kita faham yang fardhu, yang sunat, yang harus
semuanya dengan tujuan untuk taqarrub (mendekatkan diri) dengan Tuhan. Kalau
mampu sehingga boleh merasakan kasih, takut, mabuk dengan Tuhan. Kalau
perkara-perkara itu tidak boleh datangkan perasaan-perasaan tadi, ibadah kita
tiada bernilai di sisi Allah SWT. Solat jadi habuk, puasa jadi habuk, naik haji
jadi habuk, solat semua jadi habuk sebab matlamat tidak sampai. Ibadah tidak
dapat melahirkan rasa kehambaan dan rasa bertuhan.<o:p></o:p>

Ramai orang yang faham tentang agama tinggalkan Tuhan.
Ketika solat pun manusia boleh tinggalkan Tuhan. Inikan pula semasa cari makan,
manusia mudah putus hubungan dengan Tuhan. Orang sudah tidak faham peranan
ibadah itu untuk melahirkan rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Sebab itu solat
banyak sekalipun tidak memberi kesan. Perangai tetap tidak berubah walaupun
sudah banyak kali pergi umrah. Tuhan tidak menilai kepada banyak atau sedikit
tetapi Tuhan menilai kesannya. Tuhan tidak menilai amalan lahir tetapi Tuhan
melihat apa yang ada dalam hati kita. Ertinya, amalan lahir itu dapatkah
melahirkan rasa cinta dengan Tuhan, rindu dengan Tuhan, rasa Tuhan itu hebat,
terasa malu dan takut dengan Tuhan? Kalau rasa-rasa atau matlamat ibadah itu
kita dapat, buat yang fardhu pun sudah memadai. Ertinya kalau kita tidak tahu
peranan ibadah yang sebenar, jika kita ibadah pun dalam keadaan lalai. Jika
tidak ibadah lebih-lebihlah lagi hati kita lalai dengan Tuhan. Ini adalah
fitrah hati yang suka bergantung, memuja dan memuji satu kuasa yang luarbiasa
iaitu fitrah bertuhan. Hati manusia akan mudah tersentuh bila diceritakan bab
ketuhanan.<o:p></o:p>

Oleh itu, dalam beribadah jangan mengejar fadhilat. Itu
adalah hasil sampingan dalam ibadah. Kalau kita makan gaji, gaji asas kita
mungkin RM500 sahaja. Bila kerja lebih masa, dapatlah tambahan RM2 ribu. Dalam
ibadah tambahan menjadi RM2 ribu itulah fadhilat kerana kerja lebih dari masa
yang diwajibkan. Ibadah asas mesti dilakukan. Jika tidak bagaimana kita hendak
mengecapi fadhilat ibadah? Ibadah yang sunat tidak ada erti jika yang wajib
tidak dilaksanakan.<o:p></o:p>

Orang kejar fadhilat mudah tertipu. Masyarakat digalakkan
oleh ulama mengejar fadhilat ibadah sedangkan yang wajib pun tidak
dilaksanakan. Masyarakat boleh menjadi rosak. Contoh, kalau kita membaca Al
Quraan. Kita mesti menanamkan dalam jiwa kita bahawa setiap yang dibaca itu
adalah sebagai lambang cinta Tuhan kepada kita. Allah kurniakan setiap perintah
untuk diri kita dulu laksanakan. Bukan untuk diarah-arah orang lain supaya
berbuat sedangkan diri sendiri tidak melaksanakannya. Kita tidak rasa ilmu al
Quraan itu untuk kita tapi untuk orang. Peranan ibadah dan syariat ini telah
diselewengkan oleh ahli-ahli agama.<o:p></o:p>

Di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz, beliau telah Allah berikan
peluang memerintah selama dua tahun. Selama pemerintahannya itulah juga beliau
dikatakan oleh isterinya bahawa beliau tidak dapat melaksanakan ibadah yang
banyak seperti khalifah-khalifah yang lain. Ini memanglah munasabah kerana
seorang pemerintah mempunyai masa yang sangat terhad di antara tanggungjawab
dan bertaqqarub (mendekatkan diri) dengan Tuhan. Walaupun ibadahnya sedikit,
Khalifah Umar Abdul Aziz ini mempunyai satu perasaan takutkan Tuhan bila hendak
tidur. Beliau akan menggelupur takutkan Tuhan walaupun isteri ada di sebelah.
Itulah kesan ibadah beliau yang sedikit. Hatinya sentiasa rasa malu dan takut
dengan Tuhan. Hatinya sentiasa ingat Tuhan. Selama dua tahun zaman
pemerintahannya, selama itulah beliau tidak pernah bersama dengan isterinya,
Fatimah.<o:p></o:p>

Orang yang banyak amalan sedangkan hatinya tidak terasa
takut dengan Tuhan, kesalahan itu adalah berat kerana tidak terasa berdosa.
Kalau kita mencuri terasa berdosa sebab kesalahan itu boleh dinilai secara
lahir. Orang yang beribadah kerana fadhilat, tidak akan dapat rasa dirinya
hamba. Bahkan mungkin terasa layak untuk menerima ganjaran fadhilat itu.
Fadhilat itu tujuannya hendak melahirkan rasa hamba. Benda yang halus dan
tersirat ini sangat bahaya. Kalau hendak dinilai ibadah kita, itupun belum
dapat menebus nikmat sebelah biji mata yang Tuhan berikan.<o:p></o:p>

Berbuatlah kerana Tuhan. Apa sahaja yang kita buat samada
menuntut ilmu, mengajar, berdakwah, berjuang, bertemu dan berbincang, biarlah
kerana Tuhan. Selama ini apa sahaja yang kita lakukan tidak kerana Tuhan.
Menuntut ilmu semata-mata kerana hendak pandai, hendak makan gaji, kalau tidak
khatam Quran tidak boleh sunat. Sikap inilah yang mesti dibetulkan. Hidupkan
semula apa yang diajar oleh Rasul. Semuanya kerana Tuhan. Sememanglah ianya
sangat bertentangan dengan arus kehidupan manusia hari ini yang sangat condong
ke arah keduniaan dan materialistik.<o:p></o:p>

Orang dulu-dulu sangat menjaga hati agar tidak rosak dengan
Tuhan. Kalau pakai baju, di dalam zuhud sementara pakaian luar sangat cantik
untuk mengelakkan pujian orang atas kezuhudannya. Mereka lebih suka dikatakan
sebagai orang yang berlalai dengan dunia dari pujian orang. Bimbang hatinya
berbunga. Belajar sahaja tentang ilmu kesufian ini tidak cukup kuat untuk kita
beramal jika tanpa pimpinan Tuhan. Ilmu sahaja tidak boleh menjadikan hati
menggelupur takut kepada Tuhan seperti Khalifah Umar Abdul Aziz.<o:p></o:p>

Hati yang kenal Tuhan tidak akan tenang. Walaupun
kadang-kadang kita bergurau dengan manusia tetapi perasaan kenal Tuhan itu
terpaksa disimpan-simpan. Bergurau itu hak manusia lain terhadap kita. Khalifah
Umar Abdul Aziz tetap menjalankan tugas pemerintahan kerana ia hak rakyat. Dia
bersikap normal seperti manusia lain. Perasaan kenal Tuhan itu ditahan-tahan
sehingga di malam hari sewaktu bersendirian di samping isteri, baru dapat
dilepaskan perasaan takutkan Tuhan itu sehingga menggelupur.<o:p></o:p>

Kalau kita sedar hakikat ini macamana hati kita hendak
tenang. Walaupun kadang-kadang kita bergurau sebab itu hak manusia tapi dalam
hati orang tidak tahu kalau kita kenal Tuhan. Sebab itu kita cerita kisah Umar
ibnu Aziz. Perasaannya mesti sampai peringkat begitu kerana dia sedang
berhadapan dengan dunia, harta, perempuan, dan lain-lain. Takut dengan Tuhan
itulah baju kalis peluru untuk menangkis godaan dunia yang terlalu banyak.
Sebagai pemimpin, pergi mana pun orang puji. Hati yang tidak kuat bergantung
dengan Tuhan tidak akan boleh bertahan dan mudah kecundang serta berbunga.
Rosaklah amalan.<o:p></o:p>

Melihat perempuan sahaja adalah seperti satu tembakan kepada
hati. Belum lagi berhadapan dengan godaan dunia yang lain. Kalau tidak ada baju
kalis peluru yang tebal memang habis kecundang. Kita hendaklah takut pada
Tuhan. Di waktu yang sama takut juga kepada isteri, pada harta, takut pada
pakaian, kereta, takut pada jawatan kita, takut dengan pujian orang, takut
tentang makan-minum, godaan anak dan isteri, kawan-kawan, waktu sihat, sakit
dan senang kerana itu semua peluru dunia. Kalau badan tidak kalis peluru iaitu
memiliki pakaian taqwa, kalau 1000 peluru dunia yang menembak mustahil satu
tidak tembus. Kalau kena satu peluru dunia sahaja pun sudah cukup untuk
menyebabkan hati kita mati. Ini peluru maknawi yang tidak nampak. Sejauhmanakah
ketaqwaan kita kepada Tuhan? Setebal manakah rasa kehambaan yang berada di
dalam jiwa kita? Sedalam manakah rasa bertuhan yang dimiliki oleh hati kita
hingga boleh menjadi baju kalis peluru kepada peluru-peluru dunia yang
bertaburan menembak sasarannya setiap waktu dan ketika?<o:p></o:p>

Keredhaan Tuhan itu penting. Buatlah apa sahaja asalkan
mengharapkan keredhaan Tuhan. Kalau Tuhan redha yang lain tidak menjadi hal.
Kita mesti buat sesuatu sehingga redha Tuhan kita perolehi. Mesti ikhlaskan
diri sehingga apa yang dibuat itu semuanya dalam redha Tuhan. Untuk mendapat
redha Tuhan memang susah. Carilah rahmat Tuhan. Rahmat Tuhan terlalu luas dan
ia tidak mengira samada amalan besar atau kecil. Harapkanlah kepada rahmat
Tuhan. Lupakan segala amal kebaikan yang kita lakukan.<o:p></o:p>

Itulah tanda keredhaan Tuhan. Bisikkan kepada Tuhan, Aku
membuat semua ini kerana aku hendak rahmat Engkau sahaja, wahai Tuhan. Itulah
hati orang yang mencari keredhaan Tuhan melalui rahmat-Nya. Sebab itu
Rasulullah diutus sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam. Memberi salam ke
kanan selepas sembahyang adalah untuk memohon redha Tuhan untuk ke syurga. Ini
bererti amal ibadah kita tidak ada erti dan sebarang nilai. Kita masuk syurga
bukan kerana amal ibadah tapi di atas tiket redha dan rahmat Tuhan. Mintalah
keredhaan Tuhan daripada kemurkaan-Nya. Bila Tuhan murka bererti neraka. Yang
penting Tuhan redha sebab itu pohonlah keredhaan Tuhan walaupun pada ibadah
sunat. Ini sangat penting supaya kita rasa bukan kerana ibadah kita selamat,
tapi kerana redha Tuhan. Kalau Tuhan redha bererti berdosa pun tidak apa. Kalau
Tuhan tidak redha, tidak buat dosa pun jadi masalah.<o:p></o:p>

Dalam Al Quran Tuhan ada berkata, "Yang selamat ialah
hamba-hamba Aku yang diikhlaskan oleh Tuhan." Tuhan tidak kata, "Yang
selamat ialah hamba-hamba Ku yang ikhlas." Ikhlas itu adalah rahsia dan
anugerah Tuhan. Tidak mampu hendak usahakan sendiri. Malaikat pun tidak tahu
siapa yang ikhlas. Ikhlas itu ruh amal, jika tidak ikhlas tidak dikira
beramallah. Kita tidak mampu hendak ikhlas kalau tidak diikhlaskan sendiri oleh
Tuhan. Malaikat pun tidak tahu amalan yang dibawa itu ikhlas atau tidak. Hanya
Tuhan sahaja yang tahu samada amalan itu ikhlas atau tidak. Muaz kata dia pun
takut kerana tidak ada jaminan untuk berlaku ikhlas lalu dia bertanya kepada
Rasulullah. Rasulullah SAW bersabda, "Akan mudah bila Allah
mudahkan."<o:p></o:p>

Ia ada kaitan dengan Tuhan, dengan rahmat dan kasih sayang
Tuhan supaya seimbang dan kita tidak rasa putus asa. Saluran rahmat itu banyak.
Rahmat itulah yang akan selamatkan kita. Sumber rahmat itu banyak sebab itu
dikatakan orang masuk syurga dengan rahmat Tuhan. Jika atas dasar amalan hamba
walaupun menggunung tidak mungkin selamat. Tuhan bagi jalan keluar dengan
rahmatnya yang amat luas. Seorang hamba masuk syurga bukan kerana ibadah tetapi
rahmat Tuhan. Rahmat Tuhan itu beribu-ribu. Contohnya, kita buat dosa itukan
bahaya. Tapi bila kita mengeluh dengan dosa, itu rahmat. Ertinya, Tuhan berkata
jangan buat dosa. Itu tidak mungkin berlaku kerana kita sentiasa buat dosa.
Tapi bila kita terbuat dosa, kemudian mengeluh tentang dosa, di situ ada rahmat
Tuhan.<o:p></o:p>

<o:p></o:p>

Contoh lain, makan dengan orang soleh dan ulama ul amilin
itu rahmat. Tolong orang susah juga rahmat. Mungkin nanti dia doakan kita.
Untuk atasi susahnya untuk mendapat amalan yang ikhlas dan keredhaan Tuhan itu,
Tuhan bagi banyak jalan untuk mendapat rahmat Tuhan. Kita tolong orang berjuang
sedangkan kita tidak mampu, di situ juga ada rahmat Tuhan. Banyakkan selawat
itu rahmat sebab Rasulullah SAW akan syafaatkan walaupun tidak khusyuk. Oleh
itu, rahmat Tuhan itu bermacam-macam bentuk.<o:p></o:p>

Walaupun dosa yang kita buat berat, tetapi bila datang
tetamu, semua dosa itu terhapus. Ia seolah-olah najis yang menggunung hendak
dibasuh dengan segelas air. Tuhan beri rahmat-Nya. Sebab itu mesti cari rahmat
Tuhan. Zaman Rasulullah kalau rumah yang tidak pernah diziarahi tetamu,
Rasulullah tidak mahu masuk sebab rumah itu tidak ada rahmat Tuhan sebaliknya
di dalam kutukan Tuhan.<o:p></o:p>

Kita dimasukkan syurga atas dasar rahmat dan masuk neraka
kerana keadilan Tuhan. Tetamu yang datang merupakan penghapusan dosa. Kalau
kita hendak harapkan amal ibadah yang kita buat, tidak mampu hendak masuk
syurga. Carilah rahmat Tuhan, walaupun perkara itu nampak kecil. Ada orang yang
dimasukkan ke dalam syurga kerana memberi anjing minum air di padang pasir.<o:p></o:p>

Orang yang sibuk bekerja tetapi tidak dapat buat
perkara-perkara sunat seperti wirid zikir, kemudian susah hati pula, itu lebih
baik daripada orang yang berwirid zikir tetapi tidak susah hati. Tuhan akan
beri rahmat untuk orang yang tidak dapat wirid tetapi susah hati. Orang yang
amal ibadah banyak pun jika tidak ada rasa takut, itu lebih bahaya daripada
yang kurang beribadah tetapi takut. Kadang-kadang tukang masak lebih selamat.
Kalau Tuhan takdirkan kita boleh beribadah, boleh buat itu dan ini, apalah kita
hendak bangga. Kita tetap hamba. Janganlah hendak berlagak sombong. Walaupun
kita nampak megah tapi tidak ada apa yang hendak dibanggakan kerana kita hanya
seorang hamba yang dhoif. Semuanya bergantung kepada kepada pemberian Tuhan.<o:p></o:p>

Tafakkur adalah digalakkan kerana waktu itulah kita dekat
dengan Tuhan. Kadang-kadang solat pun tidak mendekatkan hati kita dengan Tuhan.
Waktu hendak tidur jika kita bertafakkur, hati lebih menggelupur takut dengan
Tuhan dan lebih dekat dengan Tuhan daripada waktu bertahlil. Kadang-kadang
waktu bertahlil pun hati tidak dekat dengan Tuhan. Oleh itu, di mana ada ruang
dan peluang untuk rebut rahmat Tuhan, berbuatlah sekalipun amalan itu hanya
kecil pada nilaian zahir. Ini adalah kerana jika Allah ikhlas amalan kita yang
kecil itu, di situlah padangan dan keredhaan untuk kita yang bakal
menyelamatkan kita di akhirat kelak.<o:p></o:p>

<o:p>
</o:p>

Siti Nur Syaqira bt Abu Bakarhttp://www.blogger.com/profile/06692094259340622457noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6383737791123671979.post-31910146133067818462012-04-15T06:46:00.000-07:002012-04-14T15:46:52.315-07:00CIRI-CIRI SAHABAT YANG BAIKBISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

"Kalau kita memperhatikan cermin yang baik dan jernih, ianya akan memberikan bayangan yang sesuai apa

<o:p></o:p>

adanya yang dicerminkan. Begitu pula sahabat yang kita ibaratkan seperti cermin yang baik, maka ia

<o:p></o:p>

akan mencerminkan bagaimana pribadi kita yang sesungguhnya.

<o:p></o:p>

Jom kita tengok ciri-ciri cermin yang dapat kita ibaratkan seumpama sahabat:

<o:p></o:p>

1. Lemah lembut:<o:p></o:p>

cermin tiada pernah akan berlaku kasar dan mencela, tapi ia akan katakan kotoran yang melekat pada tubuh kita dengan lembut, sehingga dengan spontan kita akan mengadakan perbaikan.

<o:p></o:p>

2. Pandai menyimpan rahsia:<o:p></o:p>

watak cermin takkan pernah memperlihatkan wajah orang yang bercermin di hari kelmarin kepada sesiapa pun yang tengah berdiri dihadapannya.

<o:p></o:p>

3. Tidak pilih kasih:<o:p></o:p>

Siapa saja yang berdiri dihadapannya tidak pernah ditolaknya baik itu orang yang cantik atau tidak, kaya atau miskin.

<o:p></o:p>

4. Setia setiap saat:<o:p></o:p>

Cermin selalu siap dipakai bila-bila masa. Selalu setia menanti siapa yang akan bercermin dihadapannya dan

<o:p></o:p>

dilakukannya dengan penuh keikhlasan.<o:p></o:p>

5. Sabar dan sungguh-sungguh:<o:p></o:p>

Berbagai tingkah laku dan gaya orang yang berdiri dihadapannya, hal itu takkan pernah membuatnya protes atau marah.

<o:p></o:p>

6. Terus terang:<o:p></o:p>

Diantara sifat cermin adalah berterus terang dengan memunculkan bentuk orang yang bercermin,tidak pernah mengubah bentuk wajah orang yang bercermin, biasa-biasa saja menjadi cantik, atau pun sebaliknya.

<o:p></o:p>

Semoga kita menjadi salah satu cermin-cermin tersebut. Rasulullah S.A.W bersabda, diriwayatkan dari Abu

<o:p></o:p>

Hurairah ra : "Sesungguhnya di sekitar 'Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya, yang diatasnya terdapat suatu kaum yang menggunakan pakaian yang bercahaya. Wajah mereka bercahaya, dan mereka itu bukan nabi atau para syuhada. Akan tetapi para nabi dan syuhada merasa tertegun dan iri kepada mereka sehingga

<o:p></o:p>

mereka berkata: 'Yaa Rasulullah, tolong beritahu siapakah gerangan mereka itu? 'Beliau menjawab: "Mereka adalah yang saling menjalin cinta kasih kerana Allah, dan saling bermajlis kerana Allah, dan saling mengunjungi semata kerana Allah."

<o:p></o:p>

<o:p>

</o:p>
Siti Nur Syaqira bt Abu Bakarhttp://www.blogger.com/profile/06692094259340622457noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6383737791123671979.post-29854247974698975212012-04-13T03:17:00.000-07:002012-04-13T03:17:53.155-07:00PERSAHABATAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUANBISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALIKUM W.B.T...

Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya?<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walau pun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal. Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar sahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan “Kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”. Ketika ini sesungguhnya “tazyin syaitan” telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama dan pertama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.

<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>Berhentikan Proses Seterusnya!

<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>Oleh itu, para muslimin dan muslimat yang dihormati, jika perkenalan kita sudah berubah menjadi simpati segeralah disusuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasulullah SAW).

<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. “Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di Kota Mekah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola di hatiku. Aku sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku. Tapi semuanya itu aku simpan di dalam hatiku.” Kata Fatimah. “Kalau begitu engkau menyesal menikahi aku? Tanya Ali. “Tidak, kerana pemuda itu adalah engkau.” Jawab Fatimah.

<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh ‘menghinggapi sesiapa sahaja’ termasuk orang yang beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran antara lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tak mungkin dihindari. Oleh itu tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui…..

<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>Sudah terlanjur digosipkan….

<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>Pengendalian diri ketika percampuran antara lelaki dan perempuan adalah suatu yang abstrak. Kita tidak mampu mengukurnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Adakalanya, kita berjauhan dari segi fizikal tetapi hati ‘berdegup’ hebat. Ada juga yang fizikalnya berdekatan tetapi hatinya biasa sahaja. Namun ini bukan bermakna kita dibolehkan untuk bergaul bebas.

<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>Bagaimana pula jika sudah terlanjur digosipkan, daripada fitnah, baik nikah sahaja. Inilah salah satu kesilapan besar. Ia bukanlah keputusan bijak. Tindakan yang diambil dengan menikahi rakan tersebut akan membenarkan sangkaan dan tohmahan orang selama ini. Tindakan sewajarnya yang mesti diambil adalah segera hentikan hubungan tersebut. Jauhilah fitnah dengan mengendalikan hati, namun ketika hati tak terkendalikan jagalah jarak fizikal. Hindarilah perkara-perkara yang mengundang fitnah seperti memberikan hadiah, sering berdua-duaan, sering telefon dan seumpamanya.

<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>Jangan Terperangkap...

<o:p></o:p>

Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata benci petang pula kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan bejana yang paling penting. Ia merupakan kunci segala-galanya. Hati mestilah dikendali dengan sebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana dari ‘mata jatuh ke hati’.<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>Sebagaimana yang berlaku pada Ibnu Abbas, ketika menunaikan haji tergoda melihat seorang wanita, maka spontan Nabi SAW menegur dan memalingkan pandangannya dari wanita tersebut. Lalu bersabda:”Jangan kau ikuti pandangan itu dengan pandangan yang lain.”

<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti “tazkiyatun nafs” (penyucian jiwa) perlu dimainkan. Di saat iman sedang merudum, sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis. Walaupun dalam aktiviti keislaman, yang perlu dijaga adalah diri dan keimanan bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi. Ingatlah, jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam dalam masa yang sama menjatuhkan Islam.

<o:p></o:p>

<o:p> </o:p>Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan insan. Lalu Dia telah mengingatkan orang yang beriman serta umat Islam seluruhnya agar menjaga pandangan dengan firman-Nya: “Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki, supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan. Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan, supaya mereka menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali apa yang biasa lahir daripadanya…..” (an-Nur:31-32)

<o:p> </o:p>Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa. Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali mencari alasan dan agenda untuk bertemu. Jangan sekali membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali. Sesunguhnya jika ini tidak dikawal ia merupakan permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam mengamalkan Islam.

<o:p></o:p>

Siti Nur Syaqira bt Abu Bakarhttp://www.blogger.com/profile/06692094259340622457noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6383737791123671979.post-5534235051298798722012-03-15T16:11:00.000-07:002012-03-14T16:30:55.137-07:00COUPLE ISLAMIC VS COUPLE TAK ISLAMICBISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Sekadar senda gurau tapi ada nilai yang perlu diteliti dan direnungi.. ni soalan dari dalam hati dan akal penulis serta dijawab sendiri oleh hati dan akal penulis berdasarkan pengalaman dan pembacaan sebelum ini.. mungkin ada yang terkena dekat batang hidung sapa2.. penulis mintak maaf.. mana yang baik jadikan teladan.. mana yang kurang sesuai jadikan pengajaran.. persoalan penulis pada couple Islamic dan couple tak Islamic sama je.. Soalannyer : Boleh tak korang terangkan, apa beza jenis couple korang; couple Islamic dan couple tak Islamic? Maner satu lebih baik?<o:p></o:p>

Couple Islamic jawab.. Kte org bukan mcm dyeorg, dyeorg dah taw y antara pompuan dan lelaki xleh pegang tangan, xleh sentuh2.. kami Islamic, kami taw suma tu x bole.. so kami xwat pun macam couple x Islamic. Kami keluar makan ke studi ke x pernah tersentuh pun.. kami jaga batasan kami..<o:p></o:p>

Couple tak Islamic plak jawab.. ala sama je laa, dah nama pun couple, x sentuh ke sentuh.. lebih kurang kteorg jgk.. lagi teruk adalah, konon bawak image Islamic.. hampeh dan haprak lagi dari kteorg ada laa.. at least kte org x tunjuk yang kita org ni alim.. so nak wat dosa pun xda laa bersalah sangat.. kompius btul laa.. Islamic tunjuk laa cara Islamic.. xyah couple terus..<o:p></o:p>

Couple Islamic tambah lagi.. eh, jangan samakan kte org dengan korg k. kte org nk bckap pun ada batas.. korang duk panggil sayang laa abang laa.. ingat kompem ke sayang or abang korang tu pasangan korg sampai akhirat nnt? Kte org dah istikharah.. dah yakin pilihan ni yg terbaik.. x macam korang.. Ada pulak yang berpapa bermama.. eei.. korang ingat pilihan korang ni btul2 terbaek ke untuk anak2 korang? Insaf laa.. pilih ibu atau bapa yang boleh didik anak2 korg nnt.. kalu tak.. menyesal, membesar jadi cam korang ni laa.. x tinggi ilmu agama.. x taw undang2 dan ajaran Islam.<o:p></o:p>

Couple tak Islamic menjawab.. adeh.. patut kteorg gelak ke kteorg kutuk ni.. x payah nak sebut laa pasal solat istikharah ke solat apa ke.. apa korg ada buat solat taubat? Kater taw sangat undang2 Islam, ajaran Islam.. taubat laa wei.. kteorg memang jahil.. rendah ilmu agama.. tapi kteorg taw laa kasih-sayang tu macam mana.. at least anak kteorg nnt xda laa jadik mcm korang ni.. berlagak je lebih.. ustaz ustazah laa konon.. still rendah laa martabat korg kalu buat apa yang kteorg buat.. apa setakat ganti nama ana-enti tu ada beza laa abang-sayang? Blah la wei.. jangan malukan imej Islam yg korg bawak.. lagi burukkan pemandangan ada laa.. berkopiah, berjubah.. pakai tudung labuh tapi keluar dating.. urgh.. xleh terima langsung..<o:p></o:p>

Couple Islamic.. sekurang-kurangnya kteorg tutup aurat sempurna.. ikut sunnah Rasulullah.. xda laa pakai apa y korg pakai ni.. memang jelas salah.. yang pompuan, tudung kene tutup paras dada.. baju xleh pakai ketat2.. yang lelaki, seluar tutp lutut.. baju pakai yang xda lambang2 x senonoh.. logo ntah pape.. tengok kteorg, sejuk mata memandang.. berkopiah, berjubah.. kalu keluar pun, lepas dah solat.. incase time dah keluar baru azan, kteorg pegi solat kat masjid2.. korg selagi time solat xabes, selagi tu korg x ingt nak balik.. mayb esampai lupa nk solat.. solat tiang agama.. x solat runtuh laa tiang agama..<o:p></o:p>

Couple tak Islamic balas balik.. maner korg taw kteorg x solat? Kteorg taw laa maner y wajib kne buat.. seingat kteorg laa kn, ustazah zaman sekolah dulu ada ckp, solat mencegah perbuatan keji dan mungkar.. memang kteorg jahil, solat tak khusyuk.. sbb tu kteorg x sehebat korg yg belajar agama ni.. tapi kalu dah korg pun couple macam kteorg.. tak ke solat korg sama cam kteorg jgk? Solat ceroi.. sbb tu x tercegah perbuatan mungkar ni.. mengata dulang paku serpih.. mengata kteorg, korg lagi lebih.. pasal pakaian tu hak individu ok.. terserah laa.. x salah pun kalu kteorg pakai t-shirt ke blouse ke.. tak kater pun wajib pakai jubah dengan kopiah kan?<o:p></o:p>

Couple Islamic makin panas.. apa-apa pun korg memang lagi teruk dari kteorg.. tengok je laa.. kalu sms ke mesej ke ym ke.. ad korg ingat-ingatkn antara korg.. jgn duk asyik tanya dah mandi belum.. dah makan belum.. tengah buat ap laa.. macam2.. cuba tengok kteorg.. mesej nk ingtkn pasal waktu solat.. pasal muhasabah diri.. pasal qiamullail.. pasal motivasi, nasihat2 dan ingatan.. dalam sehari mesti kteorg ingatkn partner kteorg psl kehidupan, kematian, pasal Allah..<o:p></o:p>

Couple tak Islamic dengan sinisnya.. so? Dah bagus la kiranya tu? Tak dapat diterima dek akal laa.. so? Bila saling ingat-mengingati pasal solat pasal qiamullail, nasihat-menasihati pasal kehidupan.. apa korg buat sebab partner korg laa? Bukan sbb memang Allah yang suruh? Korg lebih tahu hakikat korg.. eleh.. bangun tidur terus tengok mesej partner.. dah solat subuh? Semalam qiam tak? Apa.. korg ingt bila korg wat camtu, elok sangat la? Bangun sbb mesej dr pakwe, solat sbb ingatan dr pakwe.. erk.. meluat btul la.. sama je la korg ni.. tak lebih, tak kurang dr kteorg.. makin dahsyat ada laa..<o:p></o:p>

P/S : walau apa pun pandangan korg.. walau apa pun pendapat korg nak pertahankan status masing2.. ingat lah bahawa ONLY NIKAH CONNECTING PEOPLE.. there is NO COUPLE IN ISLAM.. xkesah laa title couple Islamic ke couple tak Islamic ke.. suma tu mengarut.. Allah dah berfirman; JANGANLAH KAMU MENDEKATI ZINA. Maknenye, bukan berbuat zina tapi larangan membuat apa jua perkara yang bakal membawa kepada zina.. ingatlah ANTARA LELAKI DAN WANITA PASTI WUJUD YANG KETIGA IAITU SYAITAN.<o:p></o:p>

Syaitan laknatullah ni dah bersumpah akan menyesatkan anak2 Adam hingga ke hari kiamat.. dan jangan lupa MATI ITU PASTI.. Cuma masanya belum diketahui. So, kalu raser nak bertaubat, DO IT NOW.. sbb maybe not less in five minutes after this, you are no longer breathing.. penulis mintak maaf byk2 kalu kater2 dan ayat2 penulis kasar atau terasa melampau. Penulis bukan insan sempurna, penulis jugak banyak khilaf dan dosa.. moga Allah ampunkan dosa2 kita semua..<o:p></o:p>

~~ Sesungguhnya ya Allah, kami tidak layak untuk syurga-MU, tetapi kami tidak pula sanggup menanggung siksa neraka-MU.. dari itu, kurniakanlah ampunan kepada kami, ampunkan dosa2 kami.. sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa2 besar.. redhailah kami ya Allah, bimbinglah kami ya Allah.. tunjukilah kami jalan-MU.. berilah kami hidayah-MU ~~<o:p></o:p>

"LET'S COVER UP,COUPLE NOT"<o:p></o:p>

<o:p>

</o:p>

<o:p>p/s: dipetik daripada seorang HAMBA ALLAH</o:p>
Siti Nur Syaqira bt Abu Bakarhttp://www.blogger.com/profile/06692094259340622457noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6383737791123671979.post-73098660992530199922012-03-12T09:20:00.000-07:002012-03-11T18:22:49.095-07:00LIMA PENAWAR HATIBISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 :<o:p></o:p>

1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya<o:p></o:p>

2) Mengosongkan perut<o:p></o:p>

3) Bangun bersolat malam<o:p></o:p>

4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur<o:p></o:p>

5) Duduk di majlis orang-orang soleh.<o:p></o:p>

Pertama : Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah bagi saya ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.<o:p></o:p>

Kedua : Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan. <o:p></o:p>

Saya pernah melihat kawan-kawan ketika kenduri begitu tamak mengambil makanan sampai penuh pinggan, kemudian akhirnya tidak dapat menghabiskan makanannya. Pertamanya ia tamak, keduanya dia membazir. Kedua-duanya perangai syaitan.<o:p></o:p>

Ketiga : Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab ingin ke bilik air, atau kerana anak menangis, atau kerana ingin menonton bola, atau kerana waktu penerbangan, atau juga kerana hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau 2 rakaat, memang sangat berat. <o:p></o:p>

Keempat : Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab doa ialah ketika waktu sahur.<o:p></o:p>

Kelima : Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi atau di padang bola.<o:p></o:p>

Jika anda mahu menjadikan hati tenang daripada sebarang kegelisahan, 5 perkara ini adalah penawarnya...<o:p></o:p>

Siti Nur Syaqira bt Abu Bakarhttp://www.blogger.com/profile/06692094259340622457noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6383737791123671979.post-77279329500564723642012-03-11T16:54:00.000-07:002012-03-10T16:55:06.449-08:00EMPAT ASAS UNTUK MEMBENTUK REMAJA MASA KINIBISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

ZAMAN remaja adalah masa peralihan yang menghubungkan antara alam<o:p></o:p>

kanak-kanak yang tidak matang ke alam dewasa yang lebih matang. Corak<o:p></o:p>

peralihan pelbagai akan membawa pelbagai pengaruh kepada individu yang<o:p></o:p>

mengalaminya.<o:p></o:p>

Setiap remaja sewajarnya diasuh untuk mempersiapkan dirinya sebagai<o:p></o:p>

khalifah Allah.<o:p></o:p>

Tujuan hidup yang tidak bercanggah dengan kehendak Islam hendaklah<o:p></o:p>

disemai dalam diri seorang remaja sejak awal lagi supaya mereka berjaya<o:p></o:p>

dan maju sebagai generasi cemerlang dan diberkati.<o:p></o:p>

Jika pembentukan remaja tidak berlaku dengan sempurna, maka pembangunan<o:p></o:p>

negara akan terjejas kerana golongan remajalah bakal menjadi pemimpin<o:p></o:p>

pada masa akan datang.<o:p></o:p>

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Setiap anak yang dilahirkan adalah<o:p></o:p>

putih bersih, maka terpulanglah kepada kedua ibu bapanya untuk<o:p></o:p>

menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." - (Riwayat Bukhari).<o:p></o:p>

Ketika ini, masalah sosial di kalangan remaja amat membimbangkan. Boleh<o:p></o:p>

dikatakan keruntuhan akhlak remaja bagaikan seiring dengan pembangunan<o:p></o:p>

negara.<o:p></o:p>

Ini dapat dilihat melalui pembangunan yang hampir ke kemuncaknya, akhlak<o:p></o:p>

remaja juga kian jatuh dan bagaikan tidak dapat dibendung lagi.<o:p></o:p>

Antara masalah sosial yang sering dilakukan remaja pada hari ini ialah<o:p></o:p>

seks bebas, lari dari rumah, pembuangan bayi, penagihan atau pengedaran<o:p></o:p>

dadah, ponteng sekolah, mengugut, menubuhkan kumpulan haram dan<o:p></o:p>

sebagainya.<o:p></o:p>

Sesungguhnya, masalah sosial remaja pada hari ini disebabkan beberapa<o:p></o:p>

faktor.<o:p></o:p>

Antaranya persekitaran berubah secara mendadak terutama pengaruh media<o:p></o:p>

cetak dan elektronik yang saban hari memaparkan mengenai eksploitasi<o:p></o:p>

terhadap wanita serta kebebasan remaja yang keterlaluan dan banyak<o:p></o:p>

mempengaruhi pemikiran anak-anak terutama yang baru meningkat remaja.<o:p></o:p>

Selain itu, faktor kurangnya didikan agama dan kasih sayang daripada ibu<o:p></o:p>

bapa, perasaan mahu mencuba serta desakan atau pengaruh daripada rakan<o:p></o:p>

sebaya.<o:p></o:p>

Sebenarnya, masalah remaja adalah masalah kita bersama. Oleh itu<o:p></o:p>

gandingan yang mantap dan kerjasama erat antara ibu bapa, guru, rakan<o:p></o:p>

sebaya dan anggota masyarakat amat diperlukan dalam menangani masalah<o:p></o:p>

remaja.<o:p></o:p>

1. Peranan Ibu bapa<o:p></o:p>

Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Selamatkan diri<o:p></o:p>

kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka." - (Surah At-Tahrim<o:p></o:p>

ayat 6).<o:p></o:p>

Anak-anak adalah amanah Allah kepada kita. Didikan awal kepada anak-anak<o:p></o:p>

amat mustahak dalam kita merencanakan masa depan hidup mereka kerana<o:p></o:p>

mengabaikannya bererti akan merosakkan ahli masyarakat seluruhnya.<o:p></o:p>

Antara panduan keibubapaan yang digariskan Islam ialah:<o:p></o:p>

- Ibu bapa menjadi model yang soleh dengan menghayati dan mengamalkan<o:p></o:p>

ajaran Islam sebenar.<o:p></o:p>

Ibu bapa salih adalah model terbaik untuk memberi pendidikan agama<o:p></o:p>

kepada anak-anak.<o:p></o:p>

Didik dan biasakanlah anak-anak dengan tingkah laku dan kegiatan yang<o:p></o:p>

baik sejak anak kecil.<o:p></o:p>

- Mendisiplinkan anak dengan kasih sayang bukan kekerasan kerana ini<o:p></o:p>

akan menjadikan mereka berasa senang hati dan gembira untuk melakukan<o:p></o:p>

sesuatu perkara positif.<o:p></o:p>

Anak juga perlu dilatih membuat kebajikan dan pada masa yang sama<o:p></o:p>

menerima ganjaran atau pujian.<o:p></o:p>

- Memenuhi masa lapang bersama anak seperti sembahyang berjemaah, makan,<o:p></o:p>

membaca al-Quran dan bersukan.<o:p></o:p>

Hubungan akrab ibu bapa dan anak akan memudahkan anak taat perintah ibu<o:p></o:p>

bapa kerana sudah wujud perasaan saling hormat antara satu sama lain.<o:p></o:p>

- Ibu bapa perlu bijak membaca setiap pergerakan anak. Simbol atau<o:p></o:p>

isyarat tertentu boleh memberi gambaran tahap perkembangan anak.<o:p></o:p>

Kemahiran ini perlu dipelajari ibu bapa dari semasa ke semasa.<o:p></o:p>

- Kesabaran juga amat perlu dalam diri ibu bapa kerana tiap-tiap anak<o:p></o:p>

walaupun dalam satu keluarga, mempunyai personaliti yang unik dan<o:p></o:p>

berbeza antara satu sama lain.<o:p></o:p>

2. Peranan Guru<o:p></o:p>

Dalam proses pendidikan, kita seharusnya mengambil iktibar dengan<o:p></o:p>

mencontohi asas pendidikan dilakukan Rasulullah.<o:p></o:p>

Baginda bersabda yang bermaksud: "Salah satu cara terbaik untuk<o:p></o:p>

membentuk akhlak mulia ini ialah dengan cara pendidikan."<o:p></o:p>

Dalam hal ini, antara fungsi penting guru ialah:<o:p></o:p>

- Menjadi 'Qudwah Hasanah' atau contoh teladan baik. Setiap tingkah laku<o:p></o:p>

guru hendaklah dijaga kerana setiap inci pergerakan guru akan menjadi<o:p></o:p>

ikutan.<o:p></o:p>

- Memiliki sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup<o:p></o:p>

berkorban masa dan tenaga.<o:p></o:p>

- Mengamalkan sikap suka membantu serta membimbing dan berperanan<o:p></o:p>

sebagai 'role model' kepada pelajar.<o:p></o:p>

- Penampilan dan penerimaan guru terhadap konsep berilmu, beramal dan<o:p></o:p>

berakhlak yang sebenar-benarnya.<o:p></o:p>

- Bersedia bekerjasama dengan ibu bapa dalam usaha membentuk insan<o:p></o:p>

Rabbani.<o:p></o:p>

3. Peranan Rakan Sebaya<o:p></o:p>

Dari sudut psikologi, peringkat remaja adalah peringkat paling<o:p></o:p>

berpengaruh dalam kehidupan mereka.<o:p></o:p>

Pada peringkat inilah, pengaruh rakan sebaya paling kuat dan paling<o:p></o:p>

diterima.<o:p></o:p>

Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan perasaan kepada rakan<o:p></o:p>

berbanding ibu bapa, guru atau orang dewasa lain.<o:p></o:p>

Oleh itu, pendekatan logikal ialah menggunakan remaja untuk mempengaruhi<o:p></o:p>

remaja lain.<o:p></o:p>

Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dapat memenuhi hasrat ini dengan<o:p></o:p>

syarat mereka dilatih dan diselia dengan teratur.<o:p></o:p>

Oleh itu adalah disarankan supaya pemilihan dan perkembangan latihan<o:p></o:p>

ahli PRS hendaklah dipantau bersama kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah<o:p></o:p>

dan juga ibu bapa.<o:p></o:p>

4. Peranan Anggota Masyarakat<o:p></o:p>

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Dan berpegang teguhlah<o:p></o:p>

kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu<o:p></o:p>

bercerai berai." - (Surah Ali Imran, ayat 103).<o:p></o:p>

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Hubungan orang mukmin dengan orang<o:p></o:p>

mukmin lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu<o:p></o:p>

sama lain." - (Riwayat at-Tabarani).<o:p></o:p>

Ayat ini menjelaskan bahawa kerjasama anggota masyarakat amat penting<o:p></o:p>

untuk menciptakan lingkungan yang baik bagi perkembangan dan pertumbuhan<o:p></o:p>

remaja yang sihat.<o:p></o:p>

Antara perkara yang boleh dilakukan masyarakat setempat ialah:<o:p></o:p>

- Mewujudkan sebuah organisasi belia remaja yang dapat menentukan<o:p></o:p>

peranan mereka dalam pelbagai bidang sebagai persediaan menentukan corak<o:p></o:p>

pembangunan negara pada masa akan datang.<o:p></o:p>

- Mengaktifkan peranan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk melatih<o:p></o:p>

belia remaja aktif dalam berpersatuan.<o:p></o:p>

Ia adalah jambatan yang menghubungkan mereka secara langsung dengan<o:p></o:p>

masyarakat, sekali gus menghindarkan mereka dari melakukan kerja-kerja<o:p></o:p>

yang tidak berfaedah.<o:p></o:p>

- Wujudkan kerjasama dan persefahaman yang erat antara ahli dalam<o:p></o:p>

sesuatu kariah melalui kegiatan gotong-royong dan seumpamanya supaya<o:p></o:p>

anggota masyarakat setempat dapat saling mengenali antara satu sama lain<o:p></o:p>

serta dapat mewujudkan perasaan mengasihi anak jiran seperti mana dia<o:p></o:p>

mengasihi anaknya sendiri.<o:p></o:p>

- Memartabatkan seluruh institusi keagamaan Islam (mahkamah atau<o:p></o:p>

perundangan, pendidikan masjid, zakat dan badan dakwah dan NGO lain)<o:p></o:p>

supaya peranan dan fungsi institusi berkaitan dapat direalisasikan<o:p></o:p>

dengan berkesan.<o:p></o:p>

- Menggesa sektor pekerjaan sama ada kerajaan, swasta atau korporat<o:p></o:p>

untuk menzahirkan budaya kerja dan budaya hidup sihat di kalangan<o:p></o:p>

pekerja mereka.<o:p></o:p>

Ia boleh dilakukan dengan mengambil kira faktor seperti penjadualan,<o:p></o:p>

kegiatan kekeluargaan, hari kelepasan dan lain-lain.<o:p></o:p>

Walaupun usaha pelbagai pihak diperlukan bagi membendung gejala sosial<o:p></o:p>

di kalangan remaja, sesuatu yang pasti ialah memohon pertolongan dan<o:p></o:p>

petunjuk daripada Allah.<o:p></o:p>

Ini kerana hidayah Allah juga faktor terpenting mempengaruhi pemulihan<o:p></o:p>

dan kemurnian akhlak seseorang.<o:p></o:p>

Nabi Nuh gagal memujuk isteri dan anaknya memeluk Islam. Begitu juga<o:p></o:p>

Rasulullah gagal memujuk bapa saudaranya, Abu Talib kembali ke pangkuan<o:p></o:p>

Islam.<o:p></o:p>

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad)<o:p></o:p>

tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasih<o:p></o:p>

(supaya ia menerima Islam) tetapi Allah jua yang berkuasa memberi<o:p></o:p>

hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan dialah jua yang<o:p></o:p>

lebih mengetahui orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." - (Surah<o:p></o:p>

Al-Qasas, ayat 56).<o:p></o:p>

Siti Nur Syaqira bt Abu Bakarhttp://www.blogger.com/profile/06692094259340622457noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6383737791123671979.post-11544358577571819922012-03-10T23:03:00.000-08:002012-03-09T23:08:25.301-08:00PERSAHABATAN~JANGAN MEMANDANG KEJI KERANA AKHLAKNYABISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

PERSAHABATAN adalah satu nikmat, kerana ia adalah tanda keimanan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara."<o:p></o:p>

Kita memang diajar berhati-hati memilih teman kerana silap pilih, kadangkala buruk akibatnya. <o:p></o:p>

Persahabatan yang baik akan membawa kita ke syurga dan kalau tersilap, padah membawa ke neraka.<o:p></o:p>

Ada yang bertanya, kalau kita berkawan dengan yang baik saja manakala yang bermasalah dibiarkan saja, siapa pula yang akan mendidik dan menegurnya.<o:p></o:p>

Sebenarnya sudah lama kita melakukan kesilapan dalam melayani seseorang. Remaja yang bermasalah sepatutnya didekati bukannya dipulau atau diboikot.<o:p></o:p>

Cuma mendekati mereka ini memerlukan kekuatan prinsip yang utuh supaya kita yang mendekatinya terutama sesama remaja, agar kita tidak larut dan hanyut terlena serta tertipu kerana tidak kuat prinsip.<o:p></o:p>

Pertemuan kali ini bukannya untuk memberi tip, bagaimana mendekati mereka yang bermasalah tetapi ingin bercerita keprihatinan ulama bergaul dengan niat mengubah mereka yang bermasalah.<o:p></o:p>

Pada suatu hari Ibnu al-Mubarak berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan.<o:p></o:p>

Dia terus bergaul dengannya dan berjalan bersamanya walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu.<o:p></o:p>

Detik berpisah akhirnya tiba. Ibnu al-Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan:<o:p></o:p>

"Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."<o:p></o:p>

Apa yang kita boleh pelajari dari kisah terbabit ialah:<o:p></o:p>

# Berkawanlah dengan sesiapa saja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah.<o:p></o:p>

# Bersabar dalam pergaulan adalah suatu kebajikan. Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain.<o:p></o:p>

# Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang sekata amat sukar.<o:p></o:p>

# Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas) di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah)<o:p></o:p>

# Doa sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.<o:p></o:p>

# Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya tetapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya.<o:p></o:p>

Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita tetapi pemberian taufiq dan hidayah adalah di tangan Allah.<o:p></o:p>

Berkawan dengan orang yang jahat akhlak adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya.<o:p></o:p>

Siti Nur Syaqira bt Abu Bakarhttp://www.blogger.com/profile/06692094259340622457noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6383737791123671979.post-15978736126142776122012-03-10T22:05:00.001-08:002012-03-12T00:06:34.590-07:00PENGORBANAN SEORANG ISTERI/IBUBISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Selalu kita dengar orang menyebut-nyebut tentang ‘air tangan’ ibu. Masakan hasil sentuhan tangan ibu lebih sedap dan berkat.<o:p></o:p>

Walaupun ibu masak gitu-gitu saja, letak bahan ala kadar, tapi anak-anak dan suami makan berselera. Sedap macam mana pun makanan di luar, sedap lagi masakan ibu di rumah.<o:p></o:p>

Sebab apa? Sebab ibu masak dengan hati dan perasaan. Ibu niatkan di hati untuk sediakan hidangan yang terbaik dari sentuhan tangannya sendiri buat anak-anak dan suami. Perasaan kasih dan sayangnya tertumpah di situ – sambil dia memotong sayur, menyiang ikan, menggoreng, menumis dan sebagainya.<o:p></o:p>

Ini menunjukkan kerja-kerja mengurus rumah tangga melibatkan jalinan emosi dan tautan hati. Ia bukan sekadar kerja fizikal. Oleh itu, baik sebuah keluarga itu ada pembantu rumah atau tanpa pembantu, sentuhan peribadi seorang isteri atau ibu sangat diperlukan. Kalau pun ada pembantu, ada kerja-kerja tertentu yang lebih sesuai isteri sendiri buat.<o:p></o:p>

Bagi seorang wanita yang sudah berkeluarga, sememangnya dia berkewajipan menyibukkan diri mengurus rumah tangga dan anak-anaknya dengan tangannya sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w.: "… dan seorang isteri adalah pemimpin bagi rumah suami dan anak-anaknya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban tentang mereka…"<o:p></o:p>

(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)<o:p></o:p>

Dalam suasana ramai wanita keluar bekerja pada hari ini, trend menghantar anak-anak ke nurseri atau mengambil pembantu rumah sudah jadi lumrah. Namun begitu, kemudahan nurseri atau khidmat pembantu rumah tidak seharusnya menyebabkan hilangnya sentuhan peribadi seorang isteri atau ibu di rumah.<o:p></o:p>

Walau sibuk membantu suami mencari nafkah keluarga atau memberi sumbangan fardu kifayah kepada masyarakat, sentuhan tangan isteri tetap perlu dalam kerja-kerja di rumah. Ini terutamanya dalam kerja memasak, menghidang makanan, melayan suami, mengurus anak-anak dan sebagainya iaitu kerja-kerja yang melibatkan emosi. Di situ saluran bagi isteri atau ibu menumpahkan perasaan keibuan atau kewanitaannya.<o:p></o:p>

Banyak kerja pengurusan rumah tangga sebenarnya menjadi saluran menjalin hubungan emosi dan tautan hati dengan suami dan anak-anak. Ia bukan sekadar saluran khidmat isteri kepada suami. Ini bermakna ada kerja yang boleh diserah kepada pembantu rumah atau pengasuh anak-anak tetapi ada yang tidak.<o:p></o:p>

Katalah seorang wanita itu terlalu sibuk untuk memasak sendiri. Ada pembantu boleh tolong masakkan. Tetapi paling kurang, waktu menghidang dan mencedok makanan ke pinggan suami, isteri sendiri turun tangan. Begitu juga dalam menghidang minuman untuk suami. Kerja-kerja mudah dan layanan kepada suami yang mungkin dipandang remeh ini sebenarnya menyumbang kepada suasana kasih sayang dan membuatkan suami rasa tenteram di rumah.<o:p></o:p>

Firman Allah:<o:p></o:p>

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan sayang…" (Ar-Rum: 21)<o:p></o:p>

Kesan sentuhan tangan isteri dan ibu ini dapat dilihat pada perkara-perkara berikut:<o:p></o:p>

1. Penyediaan makan minum sekeluarga<o:p></o:p>

Oleh kerana isteri dan ibu tadi memasak "dengan hati dan perasaan", suami dan anak-anak dapat mencicip rasa kasih sayang yang ditumpahkan itu melalui hidangan yang dimakan. Di samping ada keberkatan pada makanan itu, ada kesan psikologi di sebaliknya. Ia membuatkan suami dan anak-anak semakin jatuh kasih pada isteri dan ibu mereka.<o:p></o:p>

Lebih-lebih lagi jika sewaktu menyediakan makanan, sambil basuh beras atau menanak nasi, lidah isteri sentiasa basah dengan zikir dan selawat. Disertakan pula dengan niat untuk dapatkan keredhaan Allah, hidang makanan yang halal untuk keluarga, membahagiakan keluarga atau lain-lain niat yang murni. Pastilah bertambah keberkatannya.<o:p></o:p>

Kesan ‘air tangan’ ibu akan lebih terasa bagi anak kecil yang disuapkan makanannya oleh ibu. Sesetengah ibu mengunyahkan makanan sebelum disuapkan ke mulut anak agar kasih sayangnya dapat berbaur sekali dengan air liurnya untuk dicicip oleh anak. Saya tidak pasti apakah ada bukti saintifik mengenai hubungkait air liur dengan jalinan kasih sayang ini tapi bukti pengalaman memang ada. Haiwan pun, misalnya kucing, jika diberi makan bekas kunyahan seseorang ia akan jatuh kasih pada orang itu.<o:p></o:p>

2. Hidang minuman untuk suami<o:p></o:p>

Waktu suami balik kerja, sedang duduk membaca di rumah atau baru selesai membersihkan halaman, siapa yang selalunya hidangkan air untuk suami? Perkara ini mungkin kecil tapi memberi kesan yang besar pada hubungan suami isteri. Tangan yang sering membawa hidangan minuman itu sebenarnya tempat tumpahnya kasih sayang suami. Jadi biarlah tangan itu milik isteri, bukan milik pembantu rumah.<o:p></o:p>

3. Raikan suami dan anak-anak di muka pintu<o:p></o:p>

Jika ini dilakukan, tidak timbul soal mengharapkan pembantu rumah untuk menutup pintu rumah atau pintu pagar selepas suami keluar bekerja atau anak-anak keluar ke sekolah. Isteri sendiri patut meraikan suami yang hendak keluar bekerja (jika isteri tidak bekerja). Anak-anak yang hendak melangkah keluar ke sekolah juga perlu diraikan di muka pintu oleh ibu mereka. Begitu juga sewaktu suami dan anak-anak balik. Cara ini akan memberi kesan psikologi yang amat mendalam di hati suami dan anak-anak.<o:p></o:p>

Waktu Rasulullah s.a.w. balik dari Gua Hira’selepas menerima wahyu pertama, Sayidatina Khadijah r.ha menyambutnya di muka pintu. Dengan tangannya sendiri beliau menyelimutkan tubuh baginda dan menenangkan baginda. Dan pada paginya beliau keluar menemui sepupunya Warakah bin Naufal untuk menceritakan keadaan Rasulullah. Beliau tidak menghantar ‘posmen’ untuk menjemput Warakah datang walaupun beliau ada pembantu yang boleh disuruh untuk berbuat demikian. Sentuhan peribadi Khadijah ini sering mengusik kenangan Nabi s.a.w. lama selepas ketiadaannya.<o:p></o:p>

4. Mandikan anak<o:p></o:p>

Sentuhan lembut tangan ibu pada tubuh anak waktu dimandikan juga dapat mentautkan emosi ibu dan anak. Ada petua orang tua-tua yang menggalakkan ibu atau bapa membiarkan air mandiannya jatuh ke tubuh anak ketika mereka sama-sama mandi. Supaya anak jadi rapat dan mudah dengar kata.<o:p></o:p>

5. Kejut anak bangun tidur<o:p></o:p>

Mengejutkan anak untuk bangun Subuh adalah sebahagian dari agenda dalam pengurusan rumah tangga terutama bagi ibu bapa yang mempunyai anak di peringkat awal remaja. Waktu itu seorang ibu dapat memindahkan rasa sayangnya pada anak dengan memegang lembut sambil memicit-micit hujung kaki anak waktu mengejutkan mereka. Sentuhan tangan ibu yang dirasai oleh anak di permulaan hari pasti ada keberkatannya dan berbekas di hati anak. Terutama apabila dibisikkan sekali doa, zikir atau selawat di telinganya.<o:p></o:p>

6. Penyediaan tempat tidur<o:p></o:p>

Tempat tidur suami isteri sebaik-baiknya disediakan dan dikemas oleh isteri. Begitu juga tugas-tugas lain di bilik tidur suami isteri. Seboleh mungkin jangan diserahkan kepada pembantu rumah. Ia memerlukan sentuhan peribadi isteri kerana bilik tidur lazimnya menyimpan rahsia suami isteri. Di situ juga seharusnya tempat paling tenang, selesa dan ber‘privacy’ bagi suami isteri di dalam rumah selain dari ruang ibadah.<o:p></o:p>

7. Menyelia kerja anak-anak<o:p></o:p>

Anak-anak perlu dilibatkan dalam kerja pengurusan rumah tangga. Paling tidak kerja yang melibatkan keperluan mereka sendiri dan memenuhi keperluan ibu bapa sebagai khidmat bakti mereka. Ini memerlukan sentuhan peribadi seorang ibu dalam menyelia kerja anak-anak. Kadang-kadang ibu hanya perlu menunjuk ajar dan memantau dari dekat sambil anak-anak buat kerja seperti memasak, mencuci pakaian dan menyapu sampah. Dalam masa menunjuk ajar itu terjalin hubungan intim ibu-anak sambil anak dilatih berdikari dan berbakti. Sabda Nabi s.a.w.: "Semoga Allah memberikan kasih sayang kepada orang tua yang mendidik anaknya untuk berbakti kepada dirinya." (Riwayat Abu Asy-Syeikh)<o:p></o:p>

Sering dikatakan bahawa "Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia" dan "Di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita di belakangnya". Oleh itu jangan pandang kecil pada seorang suri rumah yang kerjanya setiap hari hanya mengurus rumah tangga.<o:p></o:p>

Namanya mungkin tidak pernah disebut-sebut orang. Tetapi kejayaannya membereskan urusan-urusan rumah tangga melalui sentuhan peribadinya harus diberi penilaian yang tinggi. Kerana bermula dari suasana rumah tangga yang beres itu, dia mampu membentuk jiwa anak-anak yang cemerlang dan menjadi pendorong utama di belakang kejayaan suami di luar rumah.<o:p></o:p>

Siti Nur Syaqira bt Abu Bakarhttp://www.blogger.com/profile/06692094259340622457noreply@blogger.com0