Wednesday, 27 March 2013

Antara Manis dan Pahit

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Teman,

Usah kau takut untuk merasa kesedihan dan kepedihan.Usah kau takut untuk merasa susah dan hina.Percayalah teman,bahawa di sebalik kesedihan,kepedihan,kesusahan dan kehinaan, ada hikmah yang terkandung disebalik kesedihan,kepedihan,kesusahan dan kehinaan. Percayalah teman, selagi kau berserah kepada DIA yang sentiasa bersama mu, tanpa kau sedari,tanpa kau lihat DIA, namun kau akan dapat merasa kehadiran NYA apabila kau sentiasa memanggil DIA.

Teman,

Mana ada insan yang tidak suka kepada manisnya hidup. Mana ada insan yang tidak suka kepada keseronokan hidup. Kita dijadikan punya nafsu dan rasa. Namun teman,sedarkah kalian bahawa manisnya hidup,seronoknya hidup tanpa di uji..kemanisan dan keseronokan itu yang membawa kepada alpa nya kita kepada DIA.

Teman,

Mana ada insan yang suka kepada kesedihan, kepedihan dan kepahitan mengharungi hidup ini.Mana ada insan yg suka menjalani hidup ini berteman si airmata duka. Namun teman, sedarkah kalian bahawa kesedihan,kepedihan dan kepahitan itu ibarat ubat mujarab yg dpt mendekatkan kita dengan Pencipta kita andai kita kembali kepada fitrah kita.

Teman,

Sesungguhnya dunia ini hanya pinjaman dari DIA,andai ditarik apa yg dipinjamkan,maka sama-samalah kita redha,tenang dan sabar.Anggaplah kesedihan,kepedihan dan kepahitan di uji utk mgharungi hidup ini adalah kerana DIA mahu kita kembali kpd DIA.
Sedarkah wahai teman,bahawa ujian yang diberi kepada kita adalah pahit untuk dirasa tapi amat manis untuk dikenang agar menjadikan kita insan yang redha,tenang dan sabar. Menjadikan kita insan yang lebih tahu menghargai diri dan kehidupan.

Teman,

Usah dibuang kenangan pahit yg kita rasa kerana yang pahit itulah ubat yang amat mujarab agar kita lebih berhati-hati di masa mendatang.Kerana dari kepahitan itu lah ada kemanisan yang berpanjangan yang membuatkan kita lebih mengenal Pencipta kita,Nabi kita dan saudara seislam kita.

Teman,

Apa erti hidup ini tanpa di uji? Apa erti hidup ini tanpa kita mengenal DIA,tanpa kita mengenal perjuangan Nabi kita? Tanpa pengorbanan menegak agama kita?

Teman,

Usah lalai dibuai kemanisan,keseronokan kerana di sebalik manisnya,seronoknya terselit racun yg membuai kita hingga kita lalai dan alpa. Sedangkan kepahitan itu terselit manis berpanjangan....
Renung-renungkan wahai teman,ketawa yang berpanjangan itu membawa kita kepada
musibah,sedangkan tangisan berpanjangan itu membawa kita kepada keinsafan.

Wallahualam







Sunday, 23 December 2012

TIADA TAUBAT TANPA PENYESALAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T ...


Sebagaimana pentingnya rukun Wuquf di Arafah bagi para hujjaj di kemuncak ibadah haji, maka begitulah pentingnya An Nadam di dalam sebuah taubat. Tanpa wuquf tiadalah haji seperti ungkapan hadis nabi saw: “Haji itu Arafah”. Begitulah juga sifirnya. An Nadam itu ertinya Penyesalan. Ia merupakan rukun terpenting di dalam taubat. Tanpa An Nadam tiadalah At taubah.
Sabda Nabi saw: “ Penyesalan itu adalah taubat”. (Riwayat Al Hakim dan Ibnu Majah -  sanad sahih)Kenapa kita perlu sangat mewar-warkan soal penyesalan ini? Jawapannya kerana ia memang sangat perlu. 

> Ia menjadi modal utama bagi setiap hamba untuk melengkapkan kesempurnaan sesebuah taubat yang akan dipersembahkan kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala.

Imam Al Qusyairi rahimahullahu Ta’ala menukilkan dari sebahagian ulama satu kenyataan yang berbunyi: “penyesalan sudah memadai untuk terlaksananya taubat”. Apa tidaknya. Dari penyesalan yang bersungguh-sungguhlah nanti akan menumbuhkan buah ‘keazaman’ dan ‘peninggalan’, iaitu dua rukun lain yang bakal menyusul sesudahnya.

Amat mustahil sekali sekiranya seseorang yang sudah ‘benar-benar menyesal’, berazam tetap mahu melakukan semula perkara yang sudah disesalinya itu.

>  Penyesalan adalah  perasaan atau pun emosi batiniah (rohaniah) seseorang yang menggambarkan kekecewaan lantaran keterlanjurannya melakukan dosa sama ada terhadap Allah(Penciptanya), atau makhluk-Nya atau pun terhadap dirinya sendiri.

Baca dan renungilah perjalanan taubat orang-orang yang soleh dan bertaqwa kepada Allah swt. Apa yang mereka ungkapkan. “Kekecewaan itu adalah umpama api yang membakar hati. Hati akan rasa tersalai setiap kali mengenangkan dosa dan keterlanjuran diri serta balasan Allah yang bakal menanti”.

Kisah taubat tiga sahabat Nabi saw yang diabadikan dalam Al Quran cukup mengharu dan meruntun hati kita. Pemaparan yang sungguh indah lagi menarik.

Itulah kisah tiga sahabat yang tidak ikut serta bersama Nabi saw dalam perperangan  Tabuk  (pertemuan pertama Rasulullah saw dengan kuasa besar ketika itu iaitu Rom). Ketiga-tiga sahabat ini tidak datang menemui Rasulullah saw untuk menyatakan keuzuran ‘palsu’ seperti yang dilakukan sebahagian para munafiqin. Lalu rasulullah saw memerintahkan supaya mereka dipulaukan hingga datang keputusan dari Allah swt. Penyesalan dan kekecewaan mereka akhirnya mencapai tahap yang amat tinggi.

Al Quran menggambar kesengsaraan jiwa mereka itu seperti berikut: “Dan, terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa mereka pula (terasa) sangat sempit serta mereka telah mengetahui bahawa tidak ada tempat lain dari (seksaan) Allah, melainkan kepadaNya, kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”. (At Taubah ayat 118).

Ahli sufi terkenal, Zunnun Al Misri berkata: “Hakikat taubat ialah kamu merasakan bumi yang luas ini menjadi sempit sehinggakan kamu terasa tidak dapat berdiri”.

Begitulah gambaran penyesalan yang sepatutnya berlaku di dalam taubat kita. Barulah dosa kita benar-benar akan terampun di sisi Allah swt. Sesal dulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.

Wallahualam... 



Friday, 21 December 2012

SENDIRI ITU TERAPI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T ...


Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan? Zahirnya, orang mungkin nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan kerana kekosongan tanpa ditemani. Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya.

Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. SubhanaAllah! Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.

Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan daripada mereka-mereka.

Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas (hubungan sesama manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang.

Kerana, dengan bersendiri, seseorang mampu untuk berfikir dengan rasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca dan permata. Mampu membezakan antara hitam dan putih.

Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa? Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut menghantui. Astargfirullahalazim...

Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah. Terlalu indah bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah SWT ciptakan sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang 'hilang'. Dia biarkan kamu yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu kembali ke jalanNya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.

Jadi, janganlah bersedih apabila sendiri. Bersangka baiklah dengan Allah.

Allah SWT berfirman:

"Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan" (Hadis Qudsi Riwayat At-Thabrani)

Percayalah, setiap keadaan atau peristiwa itu mempunyai hikmah yang kadangkala dapat kita fikir sendiri (namun kadangkala hikmah itu tidak dapat difikir oleh kita manusia biasa). Ingat, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)

Biarlah kita buruk dan hina pada pandangan manusia, namun cantik dan suci pada pandangan Allah SWT

Wallahualam...







Wednesday, 14 November 2012

NASIHAT SAIDINA ALI TENTANG DUNIA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Saidina Ali karramallahu-wajhah pernah berpidato suatu masa, katanya:

Ketahuilah, bahawa kamu semua akan mati, dan dibangkitkan sesudah mati. Kamu akan ditanya dari hal amalan-amalan kamu dan akan dibalas terhadap kesemuanya, maka jangan sampai kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia kerana yang demikian itu diserikan dengan berbagai-bagai bala bencana yang tetap akan menarik kamu kepada kebinasaan.

Semua yang ada pada dunia itu adalah tipudaya semata dan dia akhirnya akan hilang lenyap, bila dia berada denganmu dia adalah penuh tipu muslihat, kesenangannya tidak kekal, dan tiada seorang pun akan selamat dari kejahatannya. Sementara penghuninya dalam keadaan gembira dan sukacita tiba-tiba ditimpa bahaya dan bencana, hal-ehwalnya berubah-ubah tidak tetap, kehidupannya tercela dan kemewahan di dalamnya mempunyai cita-cita yang tak menentu maka dunia akan melemparnya dengan anak panah lalu membinasakannya. Semua orang akan mati mengikut takdir dan ketentuan, tidak lebih dan tidak kurang.

Ketahuilah, wahai hamba-hamba Allah, bahawasanya kamu dan apa yang kamu rasakan dari dunia ini adalah sama sahaja dengan apa yang dirasakan oleh orang-orang yang terdahulu dari kamu, malah umur mereka lebih panjang dari kamu, kekuatan mereka lebih teguh dibandingkan dengan kamu, rumah mereka lebih kukuh, bekas yang ditinggalkan mereka masih kelihatan sampai sekarang, namun suara-suara mereka tidak kedengaran lagi sesudah laungannya bergema begitu lama, tubuh-tubuh mereka hancur luluh, rumah-rumah mereka yang berupa pondok-pondok sudak tidak kelihatan lagi sedang bekas-bekasnya masih tinggal dan terlihat.

Mereka kini telah berubah dari tempat tinggal yang berupa istana-istana yang terindah dengan katil-katil yang terseri dengan bantal-bantalnya yang empuk, bangunan-bangunannya yang tersusun dengan batu-bata yang kilau-kemilau, sekarang berganti kubur-kubur yang berselerak dengan tulang-belulang yang hancur-luluh sebagai tempat tinggalnya orang-orang terbuang yang sangat ditakuti untuk didekatinya, mereka tidak merasa senang lagi dengan perubahan pembangunan yang ada di sisinya, dan tidak berhubung mesra dengan jiran tetangga yang sibuk memakmurkan sekitarannya dengan bangunan dan perubahan di antara teman dengan teman padahal mereka hanya sejengkal sahaja dari tempatnya.

Bagaimana dapat mereka berhubung mesra lagi? Padahal tubuh badan mereka telah dimakan masa, tulang belulang mereka berselerak merata-rata, mereka dahulu hidup gagah sekarang bangkai tidak bernyawa, hidup mereka dahulu mewah sekarang hampa belaka, orang yang rapat menjauhkan diri setelah mereka tinggal di bawah tanah sendiri, mereka tidak akan kembali lagi, jauh panggang dari api.

"Bahkan itulah satu perintah yang telah ditetapkan Tuhan Perkasa, dan di belakang mereka Barzakh, mereka kekal di situ hingga hari mereka dibangkitkan." (Al-Mu'minun: 100)

Mudah-mudahan Allah menggolongkan kami dan kamu dalam kumpulan orang-orang yang beramal dengan isi kitabNya serta menurut jejak langkah para Auliya'Nya sehingga Dia menempatkan kami dan kamu sekalian di dalam syurga yang kekal abadi dengan kurniaNya, sesungguhnya Dia Maha Terpuji Maha Mulia.

Berkata Saidina Ali karramallahu-wajhah dalam pidatonya:

Aku berpesan kepada kamu supaya banyak bertaqwa kepada Allah dengan membelakangi dunia yang akan meninggalkan kamu meskipun kamu tidak mudah untuk meninggalkannya. Dunia akan menghancur-luluhkan tubuh kamu sedang kamu terus ingin memperbaharuinya. Hanyasanya perumpamaan kamu dengan dunia itu adalah ibarat sekumpulan manusia yang dalam pelayaran, mereka telah melalui satu jalan dan mereka menyangka telah melewatinya, mereka bergantung kepada satu pengetahuan yang mereka ingat telah sampai kepadanya. Betapa ramai orang yang berlari yang sampai ke kemuncaknya, dan betapa ramai orang yang mengharap panjang pada dunia tiba-tiba terpaksa berpisah dengannya. Oleh itu jangan sekali-kali kamu merungut kerana keburukan dunia dan kesusahannya, dan jangan sekali-kali kamu merasa sukaria kerana harta-benda dunia dan kenikmatannya, semua itu akan hilang lenyap daripadamu. Aku rasa hairan melihat orang yang mengejar dunia sedang maut mengikutinya dari belakang. Dia sentiasa lalai yang dirinya akan mati, tidak pernah ingat yang mati itu akan menimpanya.

Isi surat dari Saidina Ali kpd Salman Al-Farisi:
"Dunia itu adalah seumpama ular, lembut sentuhannya, tetapi bisanya mematikan, maka berpalinglah anda dengan menjauhkan diri dari semua sesuatu yang menimbulkan kekaguman anda padanya (dunia) kerana (akan menjadi) sedikit sesuatu yang menyertai anda dari (bahaya) dunia itu."

Kalimat Saidina Ali ini merupakan peringatan kpd Salman Farisi pada khususnya dan ummat Islam pada umumnya ttg hakikat pangkat keduniaan. Bukan tidak boleh kita menduduki pangkat keduniaan itu, tetapi beliau memperingatkan supaya pada kita ada ketahanan mental atau ketahanan bathin, sehingga kita dapat mengendalikan pangkat keduniaan itu demi utk keselamatan kita di dunia dan akhirat. Apabila ketahanan mental atau bathin kita tidak ada dalam diri kita, maka kita akan terpengaruh dari kekaguman kita terhadap dunia yang sedang kita pegang.

Oleh sbb itu maka keimanan kpd Allah subhanahu wa ta`ala yang kuat dan mantap adalah sangat diperlukan, sehingga kesusahan dunia dengan segala kepahitannya dapat diatasi, kerana pangkat dunia yang sedang kita hadapi ini adalah berjalan atas niat yang baik, yakni mencari keredhannya dalam erti yang luas.

Pertanyaan sebahagian sahabat kpd Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam dalam Hadis Nabi sebagai berikut:
"Siapakah wali-wali Allah yang tidak takut dan gundah? Nabi sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Ialah orang-orang yang selalu memperhatikan batin dunia pada ketika manusia memperhatikan lahiriah dunia. Dan mereka itu pula mementingkan lahiriah dunia pada ketika ummat manusia mementingkan dunia di waktu sekarang."

Dari Hadis ini, bahawa wali-wali Allah meskipun mereka memegang dunia, apakah mereka merupakan sebagai raja atau seorang yang kaya, mereka itu tidak melihat kepada lahiriah dunia, tetapi mereka melihat kpd bathin dunia itu dan hakikatnya. Sebab mereka mengetahui, bahawa dunia itu tidak abadi, tetapi hanya sebentar sahaja. Sedangkan yang abadi adalah faedah yang mereka dapatkan daripada menempatkan dunia itu pada tempatnya  utk mencari keredhaan Allah subhanahu wa ta`ala'

Berlainan dgn manusia biasa, mereka berlumba-lumba mencari keuntungan dunia sekarang juga tanpa memikirkan keridhaan Allah pada pekerjaannya itu. Sedangkan wali-wali Allah melihat kpd penglihatan yang jauh, yakni masa-masa setelah kita berpisah dengan dunia yang fana, mulai dari alam barzakh hingga sampai ke alam akhirat yang kekal.






KISAH NELAYAN DAN ULAT

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Seorang nelayan yang soleh, Abu Jaafar Mansur, telah berjaya menangkap seekor ikan tetapi seorang pengawal kerajaan telah merampas ikan itu dari tangannya dan memukulinya. Maka berkatalah Abu Jaafar, "Ya Tuhanku, Engkau menciptakan aku dalam keadaan lemah dan Engkau mencipta dia dalam keadaan gagah perkasa, sehingga dia dapat menganiaya aku. Kuasakanlah dia pada satu makhluk dan jadikanlah dia sebagai pelajaran bagi semua kaum muslimin."


Setelah pengawal kerajaan itu tiba di rumahnya, dia mengoreng ikan itu. Ketika dia meletakkan ikan itu di atas hidangan, duri ikan itu tiba-tiba menyengatnya dengan izin Allah SWT tangan yang tertusuk duri ikan itu bertambah parah dan ulat memakan tangannya. Dia tidak tahan lagi dan terpaksa tanga itu harus dipotong tetapi ulat itu malah menjalar ke lengannya dan terpaksa dipotongnya pula. Kemudian dia tidur dan bermimpi seseorang mengatakannya kepadanya, "Kembalikan hak itu kepada pemiliknya, agar engkau selamat dari penyakit ini."

Setelah dia terbangun, barulah dia menyedari mengenai ikan yang dirampas dari Abu Jaafar. Maka datanglah dia menjumpai Abu Jaafar dan memberinya sepuluh dirham dan meminta halal kepadanya. Ketika Abu Jaafar menghalalkannya, maka berjatuhanlah ulat itu dari tangannya yang terluka dan kembalilah tangan itu sembuh seprti sediakala dengan kekuasaan dan izin Allah Taala.


Banyak pengajaran yang kita peroleh daripada kisah di atas, di antaranya ialah jangan merasa diri kita besar atau bangga diri serta boleh mengambil kesempatan ke atas diri orang yang lemah. Kebanyakan orang zaman sekarang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain disebabkan akan kuasa yang mereka miliki. Selain itu janganlah kita menzalimi orang yang lemah kerana perbuatan itu ibarat menzalimi diri kita sendiri. Hal ini kerana setiap perbuatan yang zalim itu mendatangkan dosa....

Harap dapat sedikit sebanyak pengajaran daripada kisah di atas. 


Wednesday, 24 October 2012

APABILA MALAS BERIBADAH

Bismillahirrahmanirrahim... 
Assalamualaikum w.b.t... 


Adakah kita pernah mengalami malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau tidak merasakan kenikmatan ketika membaca Al Qur’an atau solat? Atau mungkin merasa susah untuk bangun malam untuk qiyamulail? Padahal jam sudah di set untuk mengejutkan kita, alarm handphone juga sudah disetting tapi ketika berdering tetap terlelap dalam tidurnya, hanya kedengaran seperti dalam mimpi dan akhirnya mati-mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar, lepas tu tarik selimut tidur lagi. Padahal biasanya dengan mudah boleh bangun. So.. Apa yang terjadi dengan diri kita?

 Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat Al Qur’an atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memperlambatkan waktu menunaikan solat, terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal-hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita istihar sebagai hari malang atau takde “mood”. Dan makin malang lagi kita dengan sengaja melanggar titah perintah Allah swt.
  
Jika hal-hal seperti itu terjadi pada diri kita, maka segeralah kita evaluasi diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja, lama-kelamaan akhirnya terbiasa. Seperti halnya penyakit, kalau sudah ada gejala segera periksa ke doktor dan minum ubat agar segera sembuh. Bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?


Jangan-jangan kita banyak maksiat yang kita kerjakan hingga menghalangi amalan-amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga dari hal-hal yang makruh bahkan diharamkan oleh Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama/filem yang melalaikan meski cuma satu atau dua jam. Mungkin mata kita tidak di jaga dari melihat hal-hal yang tidak berguna bahkan mengandung maksiat, akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah padaNya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam, mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku-buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat email-email yang memberi nasihat.

 Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah swt kerana kita tidak menjaga telinga kita. Telinga kita gunakan untuk mendengarkan gosip atau muzik-muzik melalaikan bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik-muzik itu, dangdutlah, bollywoodlah, lagu cintanlah, lagui sayulah dan semacam lagi. Akhirnya malamnya telinga kita tidak mampu dengar alarm handphone bahkan suara azan, telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga rasa bosan mendengar nasihat. Na’udzubillah.

 Selain itu mulut tak kalah pentingnya untuk dijaga. Kerana mulut itu pula yang banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke dalam neraka, Na’udzubillah. Kerana mulut boleh menjadi sarana gibah, fitnah, caci-maki, dsb. Mulut kita tak dapat kita kawal, macam air aje mengata perilaku kawan-kawan. Kita kenal pun tidak dengan si pulan tu, tapi mulut kita syoknya mengatakan mereka. Mulut kita juga rasa berat nak zikir, tak terkeluar dari mulut...Mengapa ya..?

 Selanjutnya adalah hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu kita jaga. Hati ibaratnya pemimpin bagi organ tubuh yang lain, yang menjadi komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat. Hati ibarat cermin, semakin banyak bermaksiat maka semakin banyak noda titik-titik hitam di cermin itu. Atau bahkan mungkin tidak lagi titik-titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan dan tidak boleh dipakai untuk bercermin lagi kerana sudah diselaputi. Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat maka kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu.

 Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bergurau senda. Boleh kita bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah. Tapi tetap memperhatikan adab-adabnya, perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan di dalam satu majlis, hati-hati!

 Mari kita tengok diri kita, evaluasi diri kita, jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain dari kemaksiatan maka segeralah kita bertaubat dan istighfar diri, tidak ada kata terlambat untuk sebuah kebaikan. Seharusnya kita merasa sayang kalau tidak boleh tadarus quran meski hanya terlepas satu hari. Merasa sayang pula jika tidak boleh merasakan nikmatnya beribadah. Jika masih merasa sayang, maka jagalah diri kita, dan Insya Allah Allah akan menjaga kita agar senantiasa boleh dekat dengan-Nya



Sunday, 16 September 2012

ADAMU

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualikum w.b.t..

Okeyh, kite berjumpe lg ye, Post kali ini bertajuk `AdaMu' ..
Ni lirik lagunye.


Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Oke, dah hayati lirik lagu ni? hm, lirik lagu ni amat bermakna apabila anda menghayatinya. Ape2 pown, setiap sesatu, kite kene ingat Allah, x kesahlah susah atau senang. selalunye, mesti kite akan ingt kpdNya apbila kte mempunyai ksushn atau masalah. itu adlh konsep yg slh, kite perlu mengingatiNya dimana shj kita berada kerne stiap udara yg kte sedut, kita hidup semule drpd tidur, kte dpt mkn, berckp, mendengar dan sbgnya adalah pemberian drpdNya tanpa bayaran. jadi, kite perlu bersyukur dan tidak perlu mengira jika ingin mengingatiNya atau beribadat kpdNya. Contonhya, bangun malam. Tidak perlu melayan sgt ngantuk, lena tidur., tapi fikir lah nikmatnya apabila mendekatiNya. InsyaAllah akan bahagia dan berjaya di dunia dan diakhirat. Banyakknlah Zikrullah.
Wallahualam .




Friday, 27 July 2012

TAKUT UNTUK MENEGUR PERKARA MUNKAR

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur.Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.

Persepsi Diri Yang Salah

Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.


Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu

Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja. Allah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104)

Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad-Dakwah; adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan satu cara sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad's(orang yang ditegur/didakwah) pun tidak tercapai akalnya hendak menerima kerana mereka sendiri jahil mengenainya.

Seorang muslim yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kretif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan atau lukisan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong dan tidak celupar ketika menutur kata.

Allah melihat usaha kita

Pastinya, Allah tidak melihat kepada natijah kepada usaha kita. Maka, marilah nasihat-menasihati sesama kita kerana tiada kerugian dalam melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar.




Saturday, 16 June 2012

REDHA DARINYA

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t...


Janji dan azamku.
Kanku perbataskan perbuatanku,
Kanku singkatkan perbualanku,
Kanku sukat gerak dan gayaku,
Kanku pelihara kesucian dan maruah diriku,
Tidakkanku terlalu murah senyumanku dengan mana-mana lelaki ajnabi.

Keranaku tahu juaku mengerti.
Wanita solehah itu dipandang dari peribadinya,
Dilihat dari akhlaknya,
Ditinjau dari lemah-lembutnya,
Ditafsirkan dari susunan kata-katanya,
Kegagahan wanita berdiri di atas teguh imannya,
Dari sini wanita jua diriku diketahui segalanya.
Pandanglah kataku,
Renunglah dengan mata hatimu setulusnya,
Selamilah dasar hatiku berbisiklah pada dirimu,
Ambillah mutiara kata yang baik buat teladan,
Tinggalkan kata-kataku yang menyimpang dari landasan kebenaran.
Seperti katamu yang kusemat dihatiku,
Hati ini milik-Nya,
Cinta ini kerana-Nya,
Hidup ini semestinya untuk-Nya.
Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
dan pandangan hatilah yang hakiki.
Ketika iman sudah menghiasi hati,
dan kemanisannya mula dikecapi,
Semua ujian tidak akan menggugat diri,
Kesunyian kesedihan dan kekecewaan akan berganti,
dengan keyakinan dan kesyukuran.
Jika tidakku perhatikan hikmahnya dengan mata hati,
Jika tidakku zuhud dalam pencarian cintaku,
Jika tidakku teguh mengukir senyum buat pengubat kerunsingan,
Jika tidakku seikhlas jiwa semurni sanubari memohon keampunan-Nya,
Jika tidakku titiskan air mata keinsafan,
Jika tidakku renung dan resapkan keyakinanku pada-Nya,
Jika tidakku pasrah dengan ketentuan-Nya,
Mana mungkin ku dambakan kasih-Nya dalam iman?
Bagaimana pula bolehku harap redha dari-Nya?


Sunday, 3 June 2012

APABILA AL-QURAN BERKATA-KATA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Waktu engkau masih kanak-kanak,
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu' aku kau sentuh dalam keadaan suci
Aku kau pegang, kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih ataupun keras setiap hari
Setelah selesai engkaupun selalu menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa...
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah aku bacaan usang yang tinggal sejarah...
Menurutmu barangkali aku bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji saja?
Sekarang aku engkau simpan rapi sekali hingga kadang- kala engkau lupa dimana kau simpannya
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai perhiasan rumahmu
Kadangkala aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau aku kau buat penangkal untuk menakuti hantu dan syaitan
Kini aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian dalam kesepian
Di atas almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan

Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman
Malam harinya aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....
Sekarang... pagi-pagi sambil minum milo...engkau baca surat khabar pagi atau menonton berita TV 
Waktu lapang..engkau sempatkan membaca buku karangan manusia
Sedangkan aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Yang Maha Perkasa.
Engkau campakkan, engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerjapun kadang engkau lupa baca pembuka surahku (Bismillah)
Diperjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat padaku di laci keretamu
Sepanjang perjalanan radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kegemaranmu
Aku tahu kalau itu bukan Stesyen Radio yang sentiasa melantunkan ayatku

Di meja kerjamu tidak ada aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar muzik kegemaran
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku melantun E-mail temanmu yang ada ayat-ayatkupun kadang kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu
Benarlah dugaanku bahwa engkau kini sudah benar-benar melupakanku
Bila malam tiba engkau tahan mengadap berjam-jam di depan TV menonton cerita yang tidak berfaedah 
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar melayari laman sosial

Waktupun cepat berlalu...aku menjadi semakin kusam dalam almari
Mengumpul debu dilapisi abu dan mungkin dimakan kutu
Seingatku hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terbata-bata dan kurang lancar lagi setiap membacaku.

Apakah surat khabar, TV, radio , komputer, dapat memberimu pertolongan?
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya?
Hanya dengan ayat-ayat Allah yang ada padaku engkau dapat selamat melaluinya.
Sekarang engkau begitu mudah membuang waktumu...
Setiap saat berlalu... kuranglah sudah umurmu...
Dan akhirnya kubur sentiasa menunggu kedatanganmu..
Engkau bisa kembali kepada Tuhanmu sewaktu-waktu
Apabila malaikat maut mengetuk pintu rumahmu.

Bila aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan
Yang akan membantu engkau membela diri,
bukan surat khabar yang engkau baca yang akan membantumu
Dari perjalanan di alam akhirat, tapi Akulah "Al- Qur'an" kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu
Peganglah aku lagi . .. bacalah kembali aku setiap hari
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat suci
Yang berasal dari Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui
Yang disampaikan oleh Jibril kepada Muhammad Rasulullah.

Keluarkanlah segera aku dari almari atau lacimu...
Jangan lupa bawa kaset yang ada ayatku dalam laci keretamu
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu

Sentuhilah aku kembali...
Baca dan pelajari lagi aku....
Setiap datangnya pagi dan malam hari
Seperti dulu.... dulu sekali...
Waktu engkau masih kecil, tidak tahu apa- apa dan tidak mengerti...
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan sendiri....
Dalam bisu dan sepi.... Mahabenar Allah, yang Mahaperkasa lagi Mahabijaksana








Thursday, 31 May 2012

ISTIQAMAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T....

Setiap muslim yang telah berikrar bahwa Allah Rabbnya, Islam agamanya dan Muhammad rasulnya, harus senantiasa memahami erti ikrar ini dan mampu merealisasikan nilai-nilainya dalam realiti kehidupannya. Setiap dimensi kehidupannya harus terwarnai dengan nilai-nilai tersebut baik dalam keadaan  aman mahupun terancam.

Namun dalam realiti kehidupan dan fenomena umat, kita menyadari bahwa tidak setiap orang yang memiliki pemahaman yang baik tentang Islam mampu mengimplementasikan dalam seluruh sisi-sisi kehidupannya. Dan orang yang mampu mengimplementasikannya belum tentu bisa bertahan sesuai yang diharapkan Islam, yaitu komitmen dan istiqomah dalam memegang ajarannya dalam sepanjang perjalanan hidupnya.

Maka istiqomah dalam memegang tali Islam merupakan kewajiban asasi dan sebuah keniscayaan bagi hamba-hamba Allah yang menginginkan husnul khatimah dan harapan-harapan surgaNya. Rasulullah saw bersabda:
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw bersabda, "Beristiqamah, ketahuilah sesungguhnya tidak ada seorang pun dari kalian yang selamat dengan amalnya. Mereka bertanya, “Dan juga kamu Ya … Rasulullah, Beliau bersabda, “Dan juga aku (tidak selamat juga) hanya saja Allah S.W.T telah meliputiku dengan rahmat dan anugerah-Nya.” (H.R. Muslim dari Abu Hurairah).

Istiqamah bukan hanya diperintahkan kepada manusia biasa saja, akan tetapi istiqamah ini juga diperintahkan kepada manusia-manusia besar sepanjang sejarah peradaban dunia, iaitu para Nabi dan Rasul. Perhatikan ayat berikut ini;

“Maka tetaplah (istiqamahlah) kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Q.S. Hud:112)


Definisi

Istiqamah adalah antonim dari thughyan (penyimpangan atau melampaui batas). Ia bisa berarti berdiri tegak di suatu tempat tanpa pernah bergeser, kerena akar kata istiqamah dari kata “qaama” yang bererti berdiri. Maka secara etimologi, istiqamah berarti tegak lurus. Dalam kamus besar bahasa Indonesia, istiqamah diartikan sebagai sikap teguh pendirian. 

Secara terminologi, istiqamah bisa diertikan dengan beberapa pengertian berikut ini;

Abu Bakar As-Shiddiq ra ketika ditanya tentang istiqamah ia menjawab bahwa istiqamah adalah kemurnian tauhid (tidak boleh menyekutukan Allah dengan apa dan siapa pun).

Umar bin Khattab ra berkata, “Istiqamah adalah komitmen terhadap perintah dan larangan dan tidak boleh menipu sebagaimana tipuan musang”.

Utsman bin Affan ra berkata, “Istiqamah adalah mengikhlaskan amal kepada Allah Taala”

Ali bin Abu Thalib ra berkata, “Istiqamah adalah melaksanakan kewajiban-kewajiban”.

Al-Hasan berkata, “Istiqamah adalah melakukan ketaatan dan menjauhi kemaksiatan”.

Mujahid berkata, “Istiqamah adalah komitmen terhadap syahadat tauhid sampai bertemu dengan Allah Taala”.

Ibnu Taimiah berkata, “Mereka beristiqamah dalam mencintai dan beribadah kepada-Nya tanpa menoleh kiri kanan”.

Jadi muslim yang beristiqamah adalah muslim yang selalu mempertahankan keimanan dan akidahnya dalam situasi dan kondisi apapun.

Ia bak batu karang yang tegar menghadapi gempuran ombak-ombak yang datang silih berganti. Ia tidak mudah mengalah dalam perjalanan dakwah.

Ia senantiasa sabar dalam menghadapi seluruh godaan dalam medan dakwah yang dicemburinya. Meskipun tahapan dakwah dan tokoh sentralnya mengalami perubahan. Itulah manusia muslim yang sesungguhnya, selalu istiqamah dalam sepanjang jalan dan di seluruh tahapan-tahapan dakwah.



Tuesday, 29 May 2012

MUHASABAH DIRI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Setiap manusia pasti ada perasaan kasih mengasihi. Sebagai seorang insan biasa, saya masih belum kuat untuk melawan nafsu dan melawan hasutan syaitan yang tak henti-henti. Saya mempunyai perasaan mengasihi orang bukan muhrim, saya pasti semua orang pasti ada perasaan ini. Cuma anda diberikan pilihan samada ingin mengawalnya ataupun mengikut hawa nafsu untuk melafazkannya. Tetapi, sebaiknya lebih baik anda mendiamkan sahaja. Tidak perlu menunjukkan yang anda benar-benar mencintainya. Cubalah kawal nafsu. Banyakkan istighfar. Dekatkanlah hati anda dengan Yang Maha Esa. Saya tahu memang susah untuk mengawalnya, tetapi sekurang-kurangnya cuba. Kerana perasaan ini selalunya akan menjauhkan kita daripada mendekati yang Maha Esa. Jika anda benar-benar mencintai atau meminatinya, cukuplah sekadar mendoakan yang terbaik untuknya.
 Percayalah kepada firman Allah `Perempuan yang keji untuk laki2 yang keji, dan laki2 yg keji untuk perempuan2 yang keji, sedangkan perempuan yg baik untuk laki2 yang baik, dan laki2 yang baik untuk perempuan yg baik pula. Mereka itu bersih dari apa yang dituduh orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezki yang mulia(syurga).' Surah an-Nur 24:26. JAdi, tidak perlulah mencarinya, ketika masih belajar dan sebagai seorang anak. Utamakan tanggungjawab yang utama, iaitu menjadi hambaNya yang buat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang,anak yang soleh dan solehah sebagai seorang anak  serta belajar bersungguh-sungguh sebagai seorang pelajar.
  Wahai remaja dan teman-teman fahamilah firman ALLAH, surah Al-Isra'a 17:32, yang bermaksud `Dan janganlah kamu mendekati zina kerana sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan jalan yang jahat (membawa kerosakan)'.
  Wahai remaja yang bergelar muslimah, `Dunia adalh perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah' (Riwayat Hadis Bukhari Muslim). Berdasarkan hadis tersebut, sama-samalah kita memperbaiki diri untuk menjadi wanita solehah. Sama-sama berubah ke arah yang lebih baik.
    Akhir sekali, diharapkan sesiapa yang membacanya dapat bermuhasabah dan direnungkan.. Begitu juga dengan diri saya yang mempunyai kelemahan. InsyaAllah, sama-sama kita berubah sedikit demi sedikit.
`Jadikan hari ini lebih baik daripada hari semalam, celakalah bagi kamu yang hari ini lebih teruk daripada hari semalam'.

   Wallahu`alam. Maaf jika mempunyai sebarang keterlanjuran kata.




Monday, 28 May 2012

KEISTIMEWAAN WANITA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


1.Doa  wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat  daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita  yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5.Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6.Syurga  itu di bawah telapak kaki ibu.

7.Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah  syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9.Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya  lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah  pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun  pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
 
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW  "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14.Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15.Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16.Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17.Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18.Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19.Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.



Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu-ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan ketika ia diperlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Wahai Kaum Hawa.
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah adam turut sunyi tanpa hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkan ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua dihati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan
Yang lurus elok jika datangnya
Dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap
Pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan.....
”Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik
                              Perhiasan adalah wanita solehah”
                                                      (H.R.Muslim)




Sunday, 27 May 2012

IDENTITI MUKMIN

BISMILLLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Apakah anda sudah membangunkan identiti mu'min?

Apakah ISLAM?

Pertanyaan itu, bukan sahaja menjadi persoalan kepada orang bukan ISLAM sahaja, bahkan kebanyakan orang ISLAM sendiri, mempunyai pertanyaan yang sama. Hal ini kerana, zaman ini manusia tidak dapat mencari contoh yang terbaik, yang wujud di hadapan mata mereka untuk menunjukkan kepada mereka apa itu ISLAM.

ISLAM, bukan satu teori agama, yang direka-reka oleh seorang manusia, untuk mencari ketenangan jiwa. ISLAM hakikatnya adalah satu sistem hidup, yang diturunkan oleh PENCIPTA segala makhluk, sebagai maslahat seluruh alam, bukan sekadar kebaikan buat kaum manusia semata-mata. Justeru, sistem hidup ISLAM ini perlu diterjemahkan ke dalam kehidupan manusia, yang telah ditaklifkan menjadi pentadbir di atas muka bumi ini.

Dan yang mampu menterjemahkan ISLAM dalam kehidupan, hanyalah manusia yang mempunyai identiti mu’min di dalam diri.

Dahulu, semasa saya kecil, saya memandang bahawa identiti orang beriman ini adalah mereka yang sering memakai jubah, memakai kopiah. Malah, dahulu saya cukup mengagumi mereka yang memakai serban dan membawa kalungan tasbih, dan menganggap bahawa iman mereka lebih dari orang yang berpakaian biasa. Ketika saya kecil itu, kalau melihat orang yang berjanggut panjang, maka saya akan terus katakan dia adalah orang yang alim. Kalau orang tu fasih bercakap arab, saya akan anggap dia macam alim ulama’ la.

“ Itulah ulama’, itulah pembawa ISLAM” Kata saya dalam hati.

Tetapi bila saya membesar, saya dapat melihat pelbagai perkara. Saya boleh katakan, pandangan saya semasa kecil itu salah.


Apakah itu yang dikatakan ISLAM?

Sebenarnya, pakaian tidak membawa apa-apa makna. Identiti mu’min, tidak terbina dengan luaran semata-mata. Identiti mu’min juga tidak terbina dengan genetik darah, atau jenis kaum semata-mata.

Rasulullah SAW bersabda semasa khutbah wida’ baginda di Arafah:

“ Wahai manusia, sesungguhnya TUHAN kamu adalah satu, dan asal kamu adalah satu. Ketahuilah bahawa tiada kelebihan orang arab di atas orang yang bukan arab. Dan tiada juga kelebihan orang bukan arab di atas orang arab. Orang yang berkulit hitam juga tiada kelebihan di atas orang yang berkulit kemerahan, dan begitulah sebaliknya, kecuali denga taqwa. Sesungguhnya yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi ALLAH adalah yang paling tinggi taqwanya” Riwayat Bukhari dan Muslim.

Identiti mu’min bukan terbangun dari ikut-ikutan. Identiti mu’min terbangun dari taqwa dan keimanan. 
Daripada taqwa dan keimanan itulah, seorang mu’min akan menjaga tingkah lakukanya, menjaga kekemasan pakaiannya, meningkatkan usahanya dan sentiasa mencuba untuk melakukan yang terbaik, dalam apa jua lapangan kehidupannya. Dengan taqwa dan keimanan itulah, seorang mu’min mampu taat kepada ALLAH, luar dan dalam, zahir dan batin, depan manusia atau di belakang manusia.

Sebab itu jika kita menoleh, sirah Rasulullah SAW telah menunjukkan betapa pembinaan yang pertama bukanlah pembinaan negara, atau pendirian peraturan syariah, tetapi yang pertama diutuhkan asanya adalah keimanan kepada ALLAH SWT. 13 tahun fasa Makkah, proses yang berlaku adalah proses pembinaan iman. Ayat-ayat Al-Quran yang ALLAH turunkan ketika itu semuanya ayat-ayat yang membina asas-asas keimanan.

Proses inilah yang melahirkan manusia ampuh seperti Bilal bin Rabah RA. Bayangkan, diseret di tengah padang pasir, di hempap dengan batu besar, tetapi tahukah kalian apakah yang dilaung-laungkannya?

“ Ahad, ahad, ahad”

Begitu mendalam sekali keimanan Bilal bin Rabah, walaupun dia bukanlah seorang yang berjubah, berserban, melainkan dia hanyalah seorang hamba berkulit hitam, yang mungkin tidak mempunyai baju pun untuk dipakai.

Peribadi-peribadi sebeginilah yang sebenarnya membawa identiti mu’min. Walaupun Bilal adalah hamba, tetapi kehadirannya memberikan kesan kepada masyarakat. Sebab itulah mereka yang membenci cahaya ALLAH, berusaha untuk menghapuskan manusia sepertinya. Namun, siapalah manusia jika hendak memadamkan cahaya ALLAH?

“ Mereka berkehendak memadamkan cahaya ALLAH dengan mulut mereka dan ALLAH tiak mengkehendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukai” Surah At-Taubah ayat 32.

Peribadi yang mempunyai identiti mu’min ini, tidak pula tergoyah dengan ujian. Saban waktu mereka ditapis, ditapis, ditapis oleh ALLAH SWT untuk melihat sama ada keimanan mereka benar atau tidak. Diuji dengan pelbagai ujian, antaranya dipulau selama tiga tahun, hingga terpaksa merebus kasut kulit mereka untuk dimakan, dan menjamah daun-daun kering sehingga pecah luka bibir dan mulut mereka. Malah, keimanan mereka teruji hebat dengan peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang diluar logik akal. Mereka juga teruji dengan berita palsu tumbangnya Rasulullah SAW di medan Uhud. Dan dugaan yang paling berat untuk mereka, adalah ketika Rasulullah SAW benar-benar dipanggil pergi oleh ALLAH SWT.

Tetapi, bagi yang benar keimanan mereka, tetap teguh dan bertahan.

“ Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji? Sesungguhnya KAMI telah menurunkan ujian kepada orang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang-orang yang dusta” Surah Al-Ankabut ayat 1-3.

Sebab itulah, amat jelek bagi manusia hari ini yang menganggap dia telah beriman, menganggap dirinya mulia hanya dengan pakaian-pakaian yang mereka pakai.

Sebab identiti mu’min itu hadir dari kefahaman, bukan kefahaman dari buku, tetapi kefahaman dari ujian kehidupan yang dilaluinya. Sebab ujian itu adalah tarbiyah ALLAH. Manusia yang tahan diuji, adalah manusia yang benar-benar beriman kepada ALLAH. Sebab dia yakin dengan sebenar keyakinannya bahawa ALLAH tidak akan meninggalkannya.

“ Apakah kamu mengira kamu akan memasuki syurga, sedangkan belum tiba kepada kamu(cubaan) sebagaimana halnya orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpakan malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan(dengan pelbagai dugaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang yang bersamanya, bilakah datangnya pertolongan ALLAH? Ingatlah bahawa sesungguhnya pertolongan ALLAH itu amatlah dekat” Surah Al-Baqarah ayat 214.

Jelek bagi mereka yang terasa sudah tinggi keimanan mereka, menyatakan mereka lebih bagus dari orang lain, memandang rendah pula pada mereka yang tersungkur dan sebagainya, tanpa memikirkan bahawa, mereka itu belum diuji dengan ujian yang menggegarkan keimanan mereka. Jelek juga bagi mereka yang secara membuta tuli menghukum manusia lain itu beriman atau berdosa hanya dengan pakaian.

“ Oh dia ni iman dia tinggi sebab dia pakai jubah. Oh, ini iman dia rendah sebab dia pakai jeans”

Sedangkan, memakai jeans yang kemas, tidak ketat, tidak pula koyak sana sini, adalah tidak berlanggaran dengan syara’.

Akhirnya, dengan pandangan cetek itulah, manusia membelakangkan ISLAM.

“ Tengok tu, dia pakai jubah hari-hari, tapi hisap rokok rupanya. Eh, dia tu budak sekolah agama kan? Tapi berzina. Dia tu janggut panjang, tapi bila poligami keluarga rosak. Ish, ISLAM ni memang dah tak relevan kan?”

Sebab itu saya suka agar kita sentiasa muhasabah kehidupan kita. Apakah kita telah berusaha membangunkan identiti keimanan yang sebenar dalam kehidupan kita? Apakah kita telah berusaha menghidupkan taqwa di dalam jiwa kita? Atau sebenarnya, kita hanyalah orang ISLAM, yang dilahirkan oleh orang ISLAM, yang mempunyai datuk nenek orang ISLAM semata-mata?

“ Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa,

iman tak dapat dijual beli,

ia tiada di tepian pantai,

Walau apapun caranya jua,

engkau mendaki gunung yang tinggi, engkau merentas lautan api,

namun tak dapat jua dimiliki,

jika tidak kembali kepada ALLAH”

-Nasyid Iman Mutiara, Raihan, Album Puji-pujian-

Mari bersama muhasabah, sama-sama kita koreksi diri.


Saturday, 26 May 2012

MENDIDIK HATI MENGHARAP KEPADA ALLAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


      Sifat takut (khauf) dan harap (raja’), perlu subur dalam jiwa seorang mukmin. Takut kepada Allah, takut akan azab-Nya. Tidak takut kepada selain-Nya.Mengharap kepada Allah, kepada rahmat-Nya dan pertemuan dengan-Nya.Sifat ini perlu disebatikan dalam diri, agar laluan menuju akhirat tidak terpesong.

       Dua sifat ini perlu disatukan, tidak sempurna andai tiada salah satu.
Sifat takut tanpa harap, dikhuatiri membawa kepada putus asa.
Sifat berharap tanpa takut, dikhuatiri membawa kepada tertipu.

Harapkan pahala apabila melakukan ibadat, tetapi tidak berjaga-jaga dalam menjauhkan diri daripada sifat riya’ dan bisikan syaitan, maka ibadat itu hanya sia-sia. Sesungguhnya riya’ itu adalah syirik khafi, syirik yang tersembunyi. Betapa penting buat seorang mukmin itu untuk sentiasa menjaga niatnya.

Firman Allah Ta’ala:

Maka barangsiapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal saleh dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatupun dalam beribadat kepada Tuhannya.
(Al-Kahfi: 110)

Inilah harapan, cita-cita mahupun kehendak yang paling utama buat seorang mukmin. Harapan untuk bertemu dengan Al-Khaliq, dan kekasihnya Muhammad s.a.w. di syurga. Tiada yang paling didambakan melainkan ini. Tiada yang lebih membahagiakan melainkan ini.

Maka demi Pertemuan Agung, bayarannya adalah amal saleh yang dihiasi ikhlas. Inilah bekalan kita, dengan itu redha dan rahmat Allah dapat diraih.

 Taubat 

Daripada Anas r.a. katanya: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. telah berfirman:

Wahai anak Adam! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.

Dosa seorang hamba yang begitu banyak bukanlah suatu yang besar bagi Allah, selagimana dia bertaubat dan berharap kepada Allah. Usah kita terpedaya dengan bisikan syaitan, yang berusaha agar kita putus asa terhadap rahmat-Nya.


Katakanlah: "Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya (kecuali syirik). Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Az-Zumar:53)


Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).
(Az-Zumar:54)

Usah diperdaya oleh syaitan dan angkatan manusianya yang ingin melihat kita sentiasa berasa lemah. Kuatkan diri untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan, kembali ke jalan benar.

Firman Allah Ta’ala:
Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.
(Hud:114)



Teladan

Imam Syafi’e rahimahullah berkata ketika menghadapi sakit yang membawa kepada kematiannya:

Ketika hatiku menjadi keras dan pernafasanku sempit,
Aku menjadikan harapan untuk mencapai keampunan-Mu sebagai tangga.
Dosaku sangat besar, namun ketikaku bandingkan,
Ternyata keampunan daripada Tuhanku adalah lebih besar.

Betapa ulama’ hebat seperti beliau, memiliki sifat takut terhadap Allah, apatah lagi buat kita, yang seharusnya memiliki lebih sifat takut kepada Allah, disebabkan dosa-dosa yang tidak terhitung.

Coretan Hamba

Bukanlah hamba yang menulis ini lebih baik daripada kalian. Hamba takut, apabila teringatkan amaran Allah s.w.t. :
Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian disisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
(As-Saff: 2-3)

Namun hamba juga amat berharap akan ganjaran yang ditawarkan oleh Allah s.w.t :

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” ?
(Fussilat:33)




Friday, 25 May 2012

JANGAN ZALIM DIRI SENDIRI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Semua manusia fitrahnya adalah melakukan kebaikan. Fitrah manusia juga percaya ada satu kuasa yang super power di dunia ini. Jika beragama,pasti percaya  adanya Tuhan. Didalam setiap agama dan kepercayaan mendidik manusia untuk berakhlak mulia. Menjaga diri , bersopan santun dan hidup di dalam harmoni. Tidak ada mana-mana manusia fitrahnya mahu kepada kerosakkan dan kezaliman.

Namun ramai yang tidak tahu apakah maksud zalim itu. Adakah hanya dengan melakukan kekejaman itu dikatakan zalim? Adakah dengan menganiya orang lain itu dikatakan zalim. Bagaimana jika dia menganiya diri sendiri? Adakah dikatakan zalim?


Sebenarnya membiarkan diri kita melakukan kemungkaran adalah perbuatan zalim terhadap diri sendiri. Ramai orang tidak sedar akan hal  ini. Membiarkan diri melakukan maksiat adalah kezaliman yang sangat dasyat. Kenapa kita kata begitu? Kerana bila kita membiarkan diri kita berada di dalam kemungkaran dan maksiat, sebagai orang yang beragama, percaya adanya syurga dan neraka, maka kita telah menempatkan diri kita di dalam neraka. Seseolah kita telah tempah tiket untuk menuju ke sana.


Makanya, walaupun sudah  ada  tiket, tetapi perjalanan masih jauh (takut juga esok mati), kita masih diberikan peluang untuk bertaubat. Maka supaya tidak menzalimi diri sendiri, kepada yang sering melakukan kemungkaran dan maksiat, segeralah bertaubat. Taubat dengan sebenar-benarnya  taubat.



    "Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Engkau. Maha suci diri-Mu, sesungguhnya aku tergolong dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri."



Kenapa? Mengapa setelah Allah suruh kita memuji-Nya, diminta kita kutuk diri sendiri? "Aku zalim, aku zalim!" seolah-olah itu kehendak Allah SWT.

Jadi fikir-fikirkanlah.. sama-sama bermuhasabah.. 



























Sunday, 20 May 2012

GADIS CANTIK DAN SEPOTONG ROTI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALIKUM W.B.T...


"Diriwayatkan bahawa pernah terjadi musim kemarau di kalangan Bani Israil. Masuklah seorang fakir di depan pintu seorang kaya seraya berkata, “Berilah sedekah kepadaku dengan sepotong roti untuk mencari redha Allah SWT.”
Puteri dari orang kaya itu keluar membawa roti yang masih hangat dan diberikannya kepada orang fakir itu. Lalu datanglah orang kaya yang celaka dan dipotongnya tangan puterinya.

Lalu Allah SWT merubah keadaannya dan menghilangkan semua hartanya. Jadilah dia fakir dan meninggal dalam keadaan hina. Sedang puterinya berkeliling dari pintu rumah ke pintu yang lain dengan meminta-minta. Dia seorang gadis yang cantik jelita.

Suatu hari gadis itu datang di depan pintu seorang lelaki kaya. Keluarlah ibu lelaki itu dan dia memandang puteri itu dan memperhatikan kecantikannya serta menyuruhnya masuk ke dalam rumahnya. Dia merasa tertarik dan ingin mengahwinkan dengan anaknya. Setelah dia mengahwinkannya, dia menghiasinya dan menghidangkan di hadapannya sebuah hidangan pada malam hari. Puteri itu mengeluarkan tangannya sebelah kiri untuk makan bersama suaminya.

Melihat itu suaminya berkata, “Sungguh aku memang sering mendengar bahawa orang fakir adalah kurang pendidikan. Keluarkanlah tangan kananmu.”

Puteri itu tetap mengeluarkan tangan kirinya dan berkali-kali suaminya melarangnya. Terdengar satu suara dari sudut pintu, “Keluarkan tanganmu sebelah kanan, hai perempuan hamba Allah. Benar-benar engkau telah memberikan roti itu kepada Allah. Tentu Allah akan memberikan tanganmu kepada dirimu.”

Maka dikeluarkannya tangan kanannya dalam keadaan utuh berkat kekuasaan Allah SWT dan makanlah dia bersama suaminya.