Monday, 26 December 2011

DUNIA AKAN MEMBEKU JIKA TIADANYA `CINTA'

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Tujuh abad yang lalu Jalaluddin Rumi sufi besar dalam karyanya yang teragung "Matsnawi"mengungkapkan."Jika tiada cinta dunia akan membeku". Cinta baginya adalah umpama lautan luas dan dalam seluas dan sedalam daya jelajah nurani manusia itu sendiri.Cintalah yang semestinya menjadi anak kunci utama bagi hubungan antara manusia antara kebudayaan dan antara sistem hidup yang berbeza.Jelas sekali hari ini akibat corak hubungan manusia yang terlepas dari panduan cinta dan pertimbangan yang rasional telah membawa manusia kepada kebinasaan dan kehancuran.Contoh yang jelas peperangan yang berlaku sesama manusia adalah manifestasi dan iklim hati yang membeku,kecuali perang untuk membela diri dan membela keadilan yang hakiki.

Cinta adalah akar dari segala kebaikkan dan keutamaan hidup manusia.Jesteru itu,Rasulullah saw dalam satu hadithnya memberi panduan yang bermaksud:
"Tidaklah berimah seseorang diantara kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimanan ia mencintai dirinya sendiri."

 Namun disaat peradaban manusia semakin materialistik, sombong, serta tamak haloba,masih adakah telinga yang mahu mendengar pesan-pesan agung para Nabi itu? Dan hakikat ini juga Nabi Isa a.s dikatakan pernah berpesan:"Cintailah jiranmu".

Tidak dinafikan bahawa peradaban yang menguasai arus globalisasi,berkat ilmu dan teknologi moden adalah peradaban yang lahir dan keadaaan hati yang sedang membeku. Akibat kebekuan hati manusia akan lenyapnya kepekaan terhadap nilai baik dan buruk. Baik dan buruk telah dijadikan barang perniagaan tanpa modal Hati yang beku dan tertutup inilah yang dinyatakan dalam Al-Quran suruh Al-Araaf ayat 179..firman Allah yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam banyak jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dan dengannya dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ajaran dan nasihat."

Hati mereka sudah buta dan sudah tidak berfungsi lagi sebagaimana mestinya.Implikasi kedua akibat hati adalah hubungan persaudaraan hanya didasarkan semata-mata atas kekuatan benda dan kepentingan-kepentingan duniawi lain. Akibatnya suasana persaudaraan umat manusia di dunia terasa begitu kering dan tandus.Umat Islam berpecah belah dan berperang sesama sendiri dan ajaran persaudaraan sejati seperti yang ditekan oleh al-Quran sudah tidak dihirau lagi semata-mata kerana tarikan kepentingan benda dan bangsa yang lebih diutamakan.

Implikasi ketiga akibat kebekuan hati manusia kita dapat lihat bentuk tindakannya yang rakus,baik terhadap benda mahupun terhadap kekuasaan. Benda dan kekuasaan seseungguhnya apabila jatuh ke tangan hati yang beku akan membawa malapetaka.Kerakusan itu sebenarnya adalah simbol dan struktur batin yang sakit dan tidak bermaya.Malangnya,hari ini banyak sekali manusia tidak mampu melihat bencana yang mungkin ditumbulkan oleh watak manusia yang rakus ini.Ketumpulan wawasan moral dan kerakusan terhadap kebendaan dan kekuasaan sepanjang sejarah telah mencabik-cabikkan prinsip kesatuan umat manusia.

Para sahabat yang dikasihi:
Carilah cinta yang hakiki dan cinta kepada yang lain kerana Allah,janganlah kerana cinta,kita sanggup menggadaikan agama dan maruah kita.Ingatlah kita akan dipersoal kerananya kelak.

Begitulah antara 3 implikasi yang dapat kita sama-sama hayati dan fikir-fikirkan bila mana perasaan cinta yang dikurniakan Allah swt didalam hati manusia itu disalah guna.Ya,memang benar"dunia akan membeku jika tiadanya cinta..membeku dan terhenti dari perkara-perkara kebaikkan,keprihatinan dan kasih sayang.Moga bermanfaat buat semua..insyaALLAH.
Wallahualam.







Friday, 23 December 2011

SAHABAT.. KAWAN.. RAKAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi,
Ya Allah,
Saya muhasabah,
menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.
Ya Allah,
Sahabat ketawa,
saya gembira,
Sahabat sayu,
saya syahdu,
Sahabat layu,
saya pilu,
Sahabat cemerlang,
saya gemilang
Ya Allah,
Kawan saya,
sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.
Ya Allah,
Sahabat saya,
buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta
Rajuk kami membuah ceria.
Ya Allah,
Silaturrahim kami,
ukhwah fillah,
Bermusuh kami,
na`uzubillah,
Berpisah mati,
insya Allah
Pengubat hati,
do`a rabitah.



Wednesday, 21 December 2011

CARA ELAK BERSALAM DENGAN BUKAN MUHRIM

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T ...

1. Bila menerima sijil atau anugerah, penyampai anugerah itu bukan muhrim,dan dia menghulurkan tangan.

2. Bila kita melawat rumah orang, dan tuan rumah menghulurkan tangan.

3. Bila tetamu datang, dan dia menghulurkan tangan.

Dalam semua kes, kita menghadapi dilema apabila orang yang bukan muhrim menghulurkan tangan untuk berjabat.

 Kita mesti terfikir “alamak knape dia hulur ni”, dan kita perlu membuat split second keputusan samada mahu
salam untuk menyenangkan hati dia, atau enggan salam untuk menjaga hubungan dengan Allah azza wa Jalla.
Tetapi jangan kalau dia tak hulur, kita hulur pula!!

Ini adalah beberapa tips saya mahu kongsi bersama untuk mengelakkan kita berjabat tangan dengan bukan muhrim.

1. Apabila mendekati tetamu, letakkan tangan di belakang anda. Ini merupakan signal pertama bahawasanya kita tidak mahu bersalam.

2. Tetapi jika dia tetap hulur, kata kat dia “maaf tuan/puan, saya ada air sembahyang” (walaupun takde wudhu’,bantai je ckp, lebih baik tipu demi menjaga kesucian kita)

3. Selalunya dia kata “owh it’s ok”.

4. Tetapi jika dia tetap berdegil, kata kat dia “tak nak!!” (kpd sesiapa yang berani sahaja)

5. If not, kalau terdesak sangat, panjangkan lengan baju / tudung yang labuh sampai menutupi tangan, dan salam lah.

Ini merupakan beberapa langkah untuk mengelakkan berjabat tangan secara BERHIKMAH. Tetapi kalau anda seorang yang sangat kuat imannya, boleh juga elak jabat+dakwah dia terus.

“Maaf tuan/puan, HARAM!”

Bergantunglah kepada keupayaan kita ya.

Semoga kita dapat mengaplikasikan cara ini demi ALLAH ta’ala.

Ukhwah fillah Abadan abada!



Monday, 19 December 2011

AL-QURAN ADALAH KEKASIH ALLAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Al-Quran adalah kekasih ku
Dia sahabat karib ku
Dia selalu mencerita kan sesuatu untuk ku
Dia selalu mengakhbarkan sesuatu yang mengembirakan hati ku
Dia selalu mengingat akan ku
Dia selalu mengnasihati diri ku
Dia teman diwaktu duka ku
Dia teman penawar penyakit ku
Dia selalu membuat ku berfikir
Dia selalu membuat ku menangis dan
Dia adalah guru didalam kehidupan ku

Tidak sanggup rasanya ku meninggalkan akan kekasih hati ku
Kekasih yang mengajar aku tentang Tuhan ku
Kekasih yang mengajar aku tentang nabi ku
Kekasih yang menceritakan tentang agama ku
Kekasih yang menceritakan tentang dunia ku
Kekasih yang akan membantu ku di alam kubur ku
Kekasih yang selalu memahami diri ku
Kekasih yang membimbing perjalanan hidup ku

Sedihnya diri ku, apabila kau disakiti
Sedihnya hati ku, apabila mereka tidak mahu menghampiri mu
Sedihnya jasad ku, apabila mereka menduakan mu
Sedihnya tubuh ku, apabila mereka memenggirkan mu dan
Deritanya hidup ku, tanpa kau di sisi ku.
yang senantiasa memberi pedoman didalam perjalanan hidup ku.....

Hanya kau kekasih hati ku...
Ya Allah jadilah ku hamba MU, yang mengasihi kitab MU
 Amin.......




TIPS MENGHINDARKAN DIRI DARIPADA ZINA HATI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)

Ikhlas kepada Allah.Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.

Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.



Saturday, 17 December 2011

APA ITU FITRAH?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


FITRAH, watak dan bakat adalah tiga perkara yang berbeza. Walaupun semuanya sama-sama merupakan sifat batiniah insan, namun ada perbezaan yang jelas di antara ketiga-tiganya. Kita perlu mengetahui akan pengertian dan fungsi tiap-tiap satunya, supaya kita dapat melatih dan menggunakannya tepat dengan kehendak ALLAH. Dengan izin dan pengajaran dari ALLAH, saya akan cuba mengupas ketiga-tiga perkara ini dengan jelas, insya-ALLAH.

A. FITRAH
Fitrah ertinya sifat batin semulajadi, yang dibekalkan oleh ALLAH ke dalam diri setiap manusia sejak azali lagi. Fitrah wujud bersama lahirnya tubuh kasar manusia ke dunia. Ia terus menjadi sifat manusia tanpa melalui proses berguru atau pengalaman. Cuma ia tidak cukup subur semasa manusia masih bayi. Ia beransur-ansur subur bersama kesuburan yang dialami oleh jasad lahir manusia.

Contoh-contoh sifat fitrah ini ialah takut, sayang, simpati, marah, dendam, benci, gembira, dengki, megah, sedih dan lain-lain lagi. Rasa-rasa fitrah ini bukannya diperolehi di mana-mana sekolah atau dari mana-mana guru. Ia sudah sedia ada. Ia menjelma dalam kalbu manusia di waktu manusia itu berhadapan dengan keadaan yang tertentu.

Rasa takut datang ketika berhadapan dengan perkara yang hebat dan menggerunkan. Rasa sayang terasa di hati ketika bertemu orang yang berjasa padanya. Rasa simpati atau belas kasihan datang ketika melihat orang susah atau teraniaya. Rasa marah terasa bila ada orang mengganggu atau mencacatkannya. Rasa dendam datang bila ada orang lain menyusahkan dirinya atau kaum keluarganya. Rasa benci terasa bila ada orang menghinanya. Rasa jijik menjelma bila berhadapan dengan najis atau kekotoran. Rasa terhibur atau gembira masuk ke hati di waktu berhadapan dengan kesenangan atau kejayaan. Rasa dengki atau tidak senang datang ketika berhadapan dengan kesenangan orang lain. Rasa megah menghantui hati di waktu beroleh kejayaan dan kemenangan.Rasa sedih datang bila berhadapan dengan kegagalan, kemiskinan dan kesusahan.

Sekali lagi, rasa-rasa yang menjelma silih berganti ke dalam hati itu, bukannya didapati hasil berguru atau pengalaman. Ia adalah semulajadi. Ia wujud bersama lahirnya manusia ke dunia. Itulah fitrah. ALLAH SWI` berfirman:

Terjemahannya: " Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (ALLAH); tetaplah atas fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah ALLAH. Itulah agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. "(Ar Rum: 30 )

Berdasarkan contoh-contoh sifat semulajadi yang ada pada manusia itu, kita dapat membahagikan fitrah kepada dua bentuk iaitu:
i. Positif (sifat-sifat baik)
ii. Negatif (sifat-sifat jahat)

ALLAH SWT menentukan bahawa setiap manusia dibekalkan dengan sifat semulajadi yang baik dan yang buruk.
Hal ini adalah untuk menguji manusia, siapakah yang baik dan siapa pula yang tidak. ALLAH berfirman:
Terjemahannya: " Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebaikan dan jalan kejahatan)." (Al Balad: 10)
Firman-Nya lagi:
Terjemahannya: " Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang membersihkan hatinya (nafsunya) dan rugilah orang yang mengotorinya. "(Asy Syams: 9 - 10)

Antara sifat-sifat jiwa yang positif ialah :
1. Rasa terhutang budi atau ingin membalas budi dan berterima kasih pada orang yang berjasa.
2. Simpati atau belas kasihan kepada orang susah dan teraniaya.
3. Rasa cinta kebaikan dan kebenaran.
4. Rasa bertuhan yakni mahu menyembah Tuhan, memohon pertolongan dan mengingatinya diwaktu susah.
5. Rasa malu dengan perkara-perkara yang aib.
6. Rasa ingin membela atau menolong pihak yang benar.
7. Rasa bersalah bila terbuat kejahatan.

Antara sifat-sifat jiwa yang negatif ialah :
1. Rasa megah atau sombong dengan kejayaan dan keistimewaan.
2. Rasa marah terhadap orang yang menyusahkan atau menghina.
3. Rasa dendam terhadap orang yang buat jahat pada kita.
4. Rasa takut.
5. Dengki dengan kelebihan orang lain dan gembira dengan kegagalan mereka.
6. Tamak dengan dunia; tidak pernah cukup atau tidak puas.
7. Ingin lebih, ingin dipuji.
8. Rasa rendah diri dengan kekurangan diri.
9. Benci dengan makhluk yang hina dan lemah.

Sifat-sifat yang positif yang ALLAH bekalkan pada manusia itu, ALLAH perintahkan agar ia disuburkan, dididik dan diamalkan dalam kehidupan. Untuk itu ALLAH gariskan panduan syariat tentang bagaimana sifat-sifat yang baik itu boleh disuburkan dan dijadikan akhlak diri dan sikap hidup.

Sebaliknya terhadap sifat-sifat yang negatif ALLAH perintahkan ianya dikikis dari jiwa dan tidak diamalkan dalam kehidupan. ALLAH juga menunjukkan cara bagaimana mujahadah membuangnya boleh dilakukan.


Thursday, 15 December 2011

KECINTAAN SESAMA SAUDARA ISLAM KERANA ALLAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah,

melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya.” HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim

Sahabat…

Rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan keindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akan menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya.
Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah Saw. melalui Anas ra., “Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api.”


Sahabat… Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Utsman, yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang diantara mereka merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalam perut iman, dan terlahir dari ibu yang bernama iman.

Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang ruhnya terikat dengan ikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan keimanan dan kasih sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu, manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat saudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara ini terjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis.

Sahabat… Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang berupaya mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha indah. Rasulullah Saw bersabda, “Barangsiapa bersaudara dengan seseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat di syurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya”.

Ibnu Jarir pun meriwayatkan sabda Rasulullah Saw. dari Ibnu ‘Abbas ra., ia berkata, “Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, membenci seseorang kerana Allah, membela seseorang kerana Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah, maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan dari Allah boleh diperoleh dengan perkara tersebut. Seorang hamba tidak akan menemukan nikmatnya iman, sekalipun banyak sholat dan shaum, sehingga dia bersikap demikian. Persahabatan diantara manusia pada umumnya didasarkan atas kepentingan dunia, namun perkara itu tidak berguna sedikitpun bagi mereka.”

Sahabat… Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan perekat yang mengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang kukuh dan tidak mudah roboh. Allah Swt. Berfirman; ” Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara.” Q.S Al-Hujurat : 10

Sementara itu, Rasulullah Saw bersabda, “Mukmin yang satu terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat antara sebagian dengan sebagian yang lainnya.” HR. Muttafaqun ‘Alaih

Sahabat… Persaudaraan Islam bukanlah suatu permasalahan sampingan dalam Islam, tetapi ia menjadi salah satu prinsip dasar yang menyertai syahadah (persaksian) terhadap keesaan Allah dan kesaksian terhadap kerasulan Muhammad Saw. Persaudaraan merupakan buah dan konsekuensi keimanan yang amat sangat indah. Kerana itu, kita harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim. KeagunganNya tinggi. Kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dahsyat. KeindahanNya berpadu dengan kemuliaan. KeagunganNya berpadu dengan keluhuran. KebesaranNya tidak pernah berakhir. KeindahanNya pesona hati. KeagunganNya meningkatkan cinta. Sungguh, tiada cinta yang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai makhlukNya, dan cinta kita kepadaNya. Adakah kita merasakan semuanya? Wallahualam...