Sunday 15 April 2012

CIRI-CIRI SAHABAT YANG BAIK

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


"Kalau kita memperhatikan cermin yang baik dan jernih, ianya akan memberikan bayangan yang sesuai apa
adanya yang dicerminkan. Begitu pula sahabat yang kita ibaratkan seperti cermin yang baik, maka ia
akan mencerminkan bagaimana pribadi kita yang sesungguhnya.

Jom kita tengok ciri-ciri  cermin yang dapat kita ibaratkan seumpama sahabat:

1. Lemah lembut:
cermin tiada pernah akan berlaku kasar dan mencela, tapi ia akan katakan kotoran yang melekat pada tubuh kita dengan lembut, sehingga dengan spontan kita akan mengadakan perbaikan.

2. Pandai menyimpan rahsia:
watak cermin takkan pernah memperlihatkan wajah orang yang bercermin di hari kelmarin kepada sesiapa pun yang tengah berdiri dihadapannya.

3. Tidak pilih kasih:
Siapa saja yang berdiri dihadapannya tidak pernah ditolaknya baik itu orang yang cantik atau tidak, kaya atau miskin.

4. Setia setiap saat:
Cermin selalu siap dipakai bila-bila masa. Selalu setia menanti siapa yang akan bercermin dihadapannya dan
dilakukannya dengan penuh keikhlasan.

5. Sabar dan sungguh-sungguh:
Berbagai tingkah laku dan gaya orang yang berdiri dihadapannya, hal itu takkan pernah membuatnya protes atau marah.

6. Terus terang:
Diantara sifat cermin adalah berterus terang dengan memunculkan bentuk orang yang bercermin,tidak pernah mengubah bentuk wajah orang yang bercermin, biasa-biasa saja menjadi cantik, atau pun sebaliknya.

Semoga kita menjadi salah satu cermin-cermin tersebut. Rasulullah S.A.W bersabda, diriwayatkan dari Abu
Hurairah ra : "Sesungguhnya di sekitar 'Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya, yang diatasnya terdapat suatu kaum yang menggunakan pakaian yang bercahaya. Wajah mereka bercahaya, dan mereka itu bukan nabi atau para syuhada. Akan tetapi para nabi dan syuhada merasa tertegun dan iri kepada mereka sehingga
mereka berkata: 'Yaa Rasulullah, tolong beritahu siapakah gerangan mereka itu? 'Beliau menjawab: "Mereka adalah yang saling menjalin cinta kasih kerana Allah, dan saling bermajlis kerana Allah, dan saling mengunjungi semata kerana Allah."


No comments:

Post a Comment